Bahaya! Dagu Terbelah Ketika Sedang Menaiki Motor Hantar Makanan, Bagaimana Ini Boleh Berlaku?

LELAKI menerima 25 jahitan pada dagu selepas terkena tali tangsi ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Sistem Penyuraian Kuala Lumpur Barat Sdn Bhd (SPRINT) berhampiran di Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya, semalam.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, mangsa, 25, yang bekerja sebagai penghantar makanan dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan berhampiran Glomac Damansara, Jalan Damansara.

Image may contain: text

Sumber berkata, mangsa dipercayai terlanggar seutas tali tangsi yang merentang di tengah jalan menyebabkannya cedera pada dagu lalu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Ketika menunggang motosikal dari arah Persiaran Tropicana menghala ke Glomac Damansara melalui Lebuhraya SPRINT, lelaki berkenaan terlanggar seutas tali tangsi sebaik tiba di lokasi.

“Tali berkenaan terkena pada dagu dan leher mangsa sebelum dia menerima rawatan di PPUM. Mangsa menerima 25 jahitan akibat luka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Image may contain: one or more people

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kewujudan tali tangsi berkenaan sama ada ia berunsurkan perbuatan khianat atau sebaliknya.

Hari ini, tular di laman sosial Facebook mendakwa seorang penghantar makanan mengalami luka akibat terlanggar tali tangsi.

Dalam satu gambar yang tular memaklumkan penghantar makanan itu baru sahaja membuat penghataran di satu lokasi sebelum terkena tali tangsi yang merentang di tengah-tengah lebuh raya.

Difahamkan, terdapat kediaman penduduk di sebelah lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, majikan pekerja berkenaan yang memuat naik gambar mengenai kejadian itu enggan mengulas lanjut.

SUMBER : HMETRO ONLINE

Kejadian sebegini bukan kali pertama berlaku ..

Taktik Terbaru Penyamun, Rentap Penunggang Motosikal Guna Tali Tangsi Yang Tidak Mudah Putus

 

Dikongsikan di laman Facebook hari ini satu kes yang melibatkan seorang pengguna motosikal yang dikatakan cuba disamun oleh sekumpulan lelaki di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan berhampiran tol Batu 3, Shah Alam.

Menurut laman Facebook berkenaan penyamun menggunakan taktik baru yang kejam dimana ternyata boleh mendatangkan kecederaan kepada pengguna laluan motosikal.

Mereka telah menggunakan tali pancing yang lebih dikenali sebagai tali tangsi yang kuat, apabila mangsa mereka lalu mereka akan menyentap menggunakan tali berkenaan yang membuatkan penunggang motosikal jatuh.

Perlu diketahui bahawa tali berkenaan amat kecil yang membuatkkan ia menjadi tajam seperti pisau jika terkena dengan momentum yang kuat.

Mereka memuatnaik dua keping gambar mangsa untuk membuktikan kejadian berkenaan di mana di dalam gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki yang luka di bahagian leher selepas terkena tali tangsi berkenaan.

Lelaki berkenaan bernasib baik kerana tali yang disentap itu terkena dahulu pada topi keledarnya sebelum mengenai leher.

Kejadian ini menimbulkan keresahan dikalangan pengguna motosikal yang kerana sudah banyak kes samun di laluan motosikal yang terjadi .

Seorang penguna facebook menggunakan nama Faizal Daniel berkata “kawan den pun pernah kene d laluan subang skypark menghala ke sg buloh…..biasa kegiatan berlaku waktu malam sbb tali tu xnampak secara kasar lagi2 kalu bawak laju.”

Selain itu, Syazwaniey Aoki berkata “Dah pernah kena dah sebulan lepas. Tapi dekat jejantas before sampai ikea. Nasib bawak moto slow sebab jammed. Kalau tak mmg melayang dah nyawa.”

Manakala penguna Facebook menggunakan nama, Reksasa Kuat “Dah banyak kes aku dgr kes samun laluan motor antara shah alam-klang. Member punya adik sendiri kena samun, sampai buta sebelah mata. Apa nk jadi orang skrg ni.”

Apapun kepada anda pengguna motosikal yang menggunakan laluan motosikal terutamanya pada waktu malam dinasihatkan berhati-hati dengan kejadian ini.

Elakkan melalui kawasan berkenaan berseorangan untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penyamun-penyamun ini.

Harap pemantauan yang lebih kerap dilakukan oleh pihak berkuasa di lokasi-lokasi ini yang dianggap ‘panas’ di laluan motosikal Lebuhraya persekutuan kerana taktik terbaru ini ternyata merbahaya kepada nyawa pengunggang motosikal

SUMBER : SIAKAP KELI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*