Bekas teman lelaki didakwa bμnuh Nuraliya

PELAJAR Kolej Vokasional Port Dickson dihadapkan di Mahkamah Majistret di Prot Dickson hari ini, atas tuduhan membunuh bekas teman wanitanya, bulan lalu.

Ahmad Faisal Omar, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Faisal didakwa membunuh Nuraliya Damia Mohd Hairi, 19, di Taman PD Permata Lukut, Port Dickson.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam, pada 24 Mei lalu.

Ahmad Faisal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori.

Media sebelum ini melaporkan mayat Nuraliya Damia yang juga penuntut Diploma Rangkaian Komputer KVPD itu ditemui di Taman PD Permata.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, di Klang, jam 6.50 petang, pada 25 Mei lalu.
sumber:Harian Metro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Terdahulu:

Suspek lap darah, periksa nadi Nur Alya Damia

PORT DICKSON 26 Mei – Suspek kes bunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Port Dickson di sini kelmarin mengelap darah di hidung mangsa dengan tuala kecil sebelum menolaknya keluar dari kereta di tepi jalan di Taman PD Permata di sini.

NUR ALYA DAMIA HAIRI bergambar bersama suspek semasa majlis konvokesyen di Kolej Vokasional Port Dic

NUR ALYA DAMIA HAIRI bergambar bersama suspek semasa majlis konvokesyen di Kolej Vokasional Port Dickson tidak lama dahulu. – UTUSAN ONLINE

Sumber memberitahu, suspek yang merupakan bekas teman lelaki Nur Alya Damia Hairi, 19, juga memeriksa nadi mangsa dan beranggapan dia hanya pengsan selepas pergelutan antara mereka.

“Suspek yang juga pelajar tahun akhir di kolej sama bertengkar dengan mangsa di dalam kereta jenis Proton Wira mengenai hubungan mereka yang terputus sebelum ini.

“Susulan pertengkaran itu, berlaku pergelutan di dalam kereta kerana suspek berang dengan tindakan mangsa mahu menyebarkan gambar dan mesej antara mereka selama ini kepada kekasih suspek.

“Semasa bergelut, mangsa telah dicekik di bahagian leher sehingga mati sebelum mayatnya ditinggalkan di tepi jalan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira puku 10.30 malam itu, Nur Alya Damia yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Diploma Rangkaian Komputer ditemukan mati oleh seorang pekerja kilang di tepi jalan di Taman PD Permata.

Mangsa yang berasal dari Klang, Selangor sebelum itu keluar dari rumah sewa di Taman Selasih di sini untuk menemui suspek kira-kira pukul 9.30 malam.

Polis telah menahan suspek di sebuah rumah di Taman Selasih kira-kira 15 minit selepas penemuan mayat itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*