Cadangan Cukai Google, Facebook Akan Dibawa Ke Kabinet – TPM Zahid Hamidi

PUTRAJAYA: Cadangan untuk mengenakan cukai iklan Google dan Facebook akan diserahkan kepada Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya akan membawa perkara ini kepada Kabinet untuk perbincangan esok (14 Mac),” katanya pada Selasa.

Beliau berkata cukai yang dicadangkan ini dibangkitkan pada sesi dialog Majlis Makan Tengah Hari Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan pada Selasa.

Cadangan tersebut diajukan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai, yang menegaskan bahawa Vietnam mengenakan cukai ke atas iklan yang diposkan di Facebook dan Google.

Dr Ahmad Zahid berkata media dan kerajaan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi media cetak dan elektronik berikutan media alternatif.

Beliau juga menimbulkan isu pengawalan diri dalam industri media, dengan mengatakan salah satu cara ialah penubuhan majlis atau melantik penasihat awam.

Tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan satu surat peringatan tegas, dua amaran, 14 peringatan, 44 nasihat dan empat surat tunjuk sebab bagi pelanggaran di bawah Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984.

Sumber: mstar

Artikel Lain:

NGERI.. Gara-Gara Tak Dapat Duit, Anak Sembelih Ibunya [VIDEO]

HANYA disebabkan tidak diberi wang tunai, seorang lelaki di Indonesia tergamak menyembelih ibu kandungnya sendiri sehingga mati di tengah kawasan sawah padi.

Kejadian itu berlaku di daerah Kebumen, Jawa Tengah itu berlaku setelah lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sumudi menggunakan parang untuk memenggal kepala ibunya, Sutarmi Mad Muslim sehingga putus.

Menurut saksi kejadian, Jumadi, suspek tiba di sawah tempat ibunya bekerja sebelum meminta wang sebanyak 500,000 rupiah (RM137) pada tengah hari Jumaat lalu.

Apabila permintaannya ditolak, lelaki tersebut mengamuk dan mengancam untuk membunuh ibunya sekali gus menyebabkan wanita tersebut berlari ke tengah sawah kerana berasa takut.

Suspek kemudiannya bertindak agresif dengan mengeluarkan sebilah parang daripada begnya dan bertindak mengejar ibunya yang menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kemudian menetak leher ibunya berkali-kali.

“Selepas permintaannya tidak dituruti. Tiba-tiba pelaku mengambil sebilah parang dari dalam beg dan langsung menebas leher ibunya dengan parang,”jelas Junadi yang menyaksikan kejadian tersebut.

Tambahnya, kebanyakan saksi di tempat kejadian tidak mampu membuat apa-apa dan tiada siapa berani mendekatinya kerana berasa amat takut.

Jenazah ibunya kemudian dibawa pihak berkuasa ke sebuah hospital berhampiran untuk dijalankan proses autopsi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kebumen, Komisioner Arief Bahtiar, berdasarkan siasatan polis suspek pernah menghidap gangguan mental sebelum ini.

Malah penduduk sekitar yang mengenali Sumudi mendakwa suspek memang terkenal dengan sikap panas baran selain sering memarahi ibu dan adik kandungnya jika tidak diberi wang.

Setelah sehari melakukan pencarian, suspek akhirnya berjaya ditangkap polis ketika sedang berbasikal di daerah tersebut pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu lalu.

Tambahnya lagi, ketika ditahan, pemuda yang mempunyai tatu di seluruh mukanya itu tidak sedikit pun menyesal atas tindakannya, malah mengakui sedar ketika membunuh ibunya dengan kejam.

Sejumlah barang bukti juga berjaya ditemui pihak polis antaranya parang yang digunakan untuk menetak ibunya, baju mangsa, beg suspek dan juga basikal milik suspek.

Justeru, bagi tindakan seterusnya, polis akan membawa suspek untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital terdekat berdasarkan sejarahnya yang mempunyai penyakit itu.

Disebabkan perbuatannya itu, Sumudi berkemungkinan dijatuhkan hukuman mati atau pun hanya penjara seumur hidup.

 

Sumber:MYNEWSHUB.CC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*