“Dapat duit tu boleh la bantu…” – Menang saman RM1.1 juta, netizen mohon Anwar Ibrahim bantu golongan susah

Nampaknya sehingga ke hari ini kehangatan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan baharu sempena PRU14 masih belum reda apabila pelbagai perkara menjadi perhatian dan bualan netizen.

Terbaru, menurut laporan mStar Online, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bagi membayar RM1.1 juta kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana pihak TV3 didapati bertanggungjawab memfitnah dan mengaitkan Anwar sebagai dalang dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

TV3 selaku defendan diperintahkan oleh Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim untuk membayar RM600,000 bagi ganti rugi am dan RM250,000 masing-masing bagi ganti rugi teladan dan teruk terhadap Anwar selaku plaintif.

Menerusi laman Facebook bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai isu berkenaan.

Shukur alhamdulillah, Allah Maha Adil

Semoga jadi pemimpin hebat…

Kena bayar rakyat jugak,,,

Berita kini semakin telus…

Namun tidak kurang ada juga yang mencadangkan supaya duit tersebut digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Duit tu boleh la bantu…

Sumber : mStar Online 

Kredit; Ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*