Diberi ubat pelali, diperkosa sebelum dibunuh

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diberi ubat pelali dan diperkosa berulang kali oleh enam lelaki, sebelum kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut.

Pada petang 10 Januari lalu, Asifa Bano yang berasal dari dari daerah Jammu di India tidak pulang ke rumah setelah diminta membawa balik kuda milik keluarganya dari sebuah padang ragut.Namun lima hari kemudian mayat kanak-kanak malang itu ditemui di kawasan hutan berhampiran.

Berdasarkan siasatan, Bano dikurung di sebuah kuil selama beberapa hari dan diberi ubat pelali sebelum didera dan diperkosa berulang kali.

Kanak-kanak itu kemudian dicekik dan kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut sebelum mayatnya dibuang.

Sanji Ram, seorang penjaga kuil didakwa melakukan jenayah itu bersama dua anggota polis khas Deepak Khajuria dan Surender Verma, rakannya Parvesh Kumar, anak saudaranya yang masih di bawah umur, dan anaknya sendiri Vishal Jangotra.

Kes tersebut mencetuskan kemarahan masyarakat Islam Gujjar yang mendakwa jenayah itu sengaja dilakukan untuk menakut-nakutkan dan mengusir mereka dari daerah Jammu yang majoriti penduduknya beragama Hindu. – BBC/Agensi

once a day. Subscribe now!

6 Anak Yatim Perempuan Jadi Mangsa Cabul Dan Rogol Penjaga 55 Tahun Di Ampang Jaya

BY LUCASPEEBO — 23 JAN 2018

Dia didakwa berulang kali mencabul dan merogol kanak-kanak berumur 12 tahun.

 

 

 

 

6 Anak Yatim Perempuan Jadi Mangsa Cabul Dan Rogol Penjaga 55 Tahun Di Ampang Jaya

 

Enam kanak-kanak di sebuah rumah anak yatim di Ampang Jaya dipercayai telah menjadi mangsa kepada lelaki berusia 55 tahun yang diamanahkan untuk memastikan kebajikan mereka

 

Memetik laporan The Sun Daily, setahun selepas pusat itu mula beroperasi, suspek pedophile itu didakwa mencabul dan mengambil gambar bogel gadis-gadis, berumur antara 10 dan 12.

Suspek yang dikatakan yang bekerja sebagai penjaga, telah mengambil gambar kanak-kanak itu dalam keadaan telanjang ketika mereka mandi dan menukar pakaian mereka.

 

Perbuatan terkutuk itu berakhir apabila seorang mangsa mengadu pada ibunya dan kemudiannya membuat laporan polis

 

Difahamkan seorang lagi penjaga, seorang wanita berusia 20-an menyedari perbuatan terkutuk suspek itu terhadap anak-anak tetapi memilih untuk tidak melaporkannya.

Kira-kira dua minggu yang lalu, laporan polis telah dibuat ke atas suspek kerana melakukan serangan seksual terhadap dua gadis berusia 12 tahun – seorang di rumah tersebut dan satu lagi kes di Jinjang, Kuala Lumpur.

 

Lelaki itu bersembunyi selepas polis Kuala Lumpur dan Selangor melancarkan pencarian. Suspek akhirnya ditahan di Klang pada 4 Januari lepas.

 

Selepas polis Kuala Lumpur selesai menyiasat kes di Jinjang, suspek diserahkan kepada polis Selangor untuk disiasat atas kes rogol di rumah anak yatim itu.

“Beliau akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak. Kami menjangkakan untuk menahannya di mahkamah tidak lama selepas polis Selangor menyelesaikan siasatannya,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata suspek akan berada di bawah perintah reman selama tujuh hari

 

“Polis Selangor telah mengenal pasti dua mangsa setakat ini – seorang dirogol dan seorang lagi dicabul dan dijadikan bahan rangsangan seks ketika dia sedang mandi. Kami sedang mengumpul bukti mengenai kes-kes dan memeriksa sama ada terdapat lebih banyak kanak-kanak yang menjadi mangsa oleh suspek,” ujar beliau.

Fadzil berkata polis juga mengambil kenyataan daripada penjaga wanita itu.

Beliau berkata anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (Seksual/Penderaan Kanak-Kanak/Keganasan Rumah Tangga) juga akan menemuramah penduduk-penduduk lain di rumah untuk menentukan tahap jenayah suspek

 

Kredit: mediahijrah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*