KAPAL UNTUK MENCARI MH370 YANG HILANG SELAMA 80 JAM DIJUMPAI.. PUNCA KEHILANGAN MENGEJUTKAN SEMUA ORANG

MISTERI kehilangan kapal pencari pesawat MH370 selama 80 jam sebelum ini, semakin menarik selepas kapal itu, Seabed Constructor berlabuh di Perth hari ini, dalam keadaan penuh rahsia.

Menurut laporan ABC News, kapal itu berlabuh di Kompleks Marin Australia, Henderson, selatan Perth, dan kemasukan ke pelabuhan berkenaan dikawal rapi, namun Seabed Constructor boleh dilihat dari jauh.

Kapal itu menghabiskan dua minggu di Lautan Hindi cuba mengesan pesawat MH370 dan Ahad lalu, ia menjadi perhatian kerana berhenti menghantar isyarat menunjukkan ia Kmematikan sistem pengesan ketika berada di laut, menimbulkan persoalan ke mana dan apa dilakukannya.

Sehingga kini, syarikat milik Ocean Infinity dari Texas itu tidak membuat sebarang ulasan mengenai ‘kehilangan’ Seabed Constructor selama lebih tiga hari itu atau perkembangan pencarian.

Kapal berkenaan melaksanakan operasi mencari MH370 untuk kerajaan Malaysia dengan perjanjian ‘tiada bayaran jika MH370 tidak ditemui’. Namun jika berjaya, syarikat kapal itu akan menerima bayaran antara $20 juta hingga $70 juta.

Kapal berkenaan berhenti menghantar isyarat ketika berdekatan dengan bangkai kapal dipercayai dari Peru yang tenggelam kira-kira 100 tahun lalu, menyebabkan muncul teori Seabed Constructor melencong untuk mengambil peti harta dari bangkai kapal terbabit.

ABC melaporkan, kapal berkenaan berlabuh di Perth untuk mengisi minyak dan mengambil bekalan sebelum meneruskan pencarian.

ARTIKEL BERKENAAN KEHILANGAN KAPAL MENCARI MH370

KEJADIAN Seabed Constructor iaitu kapal pencari pesawat MH370 yang ‘hilang’ dari radar selama 80 jam menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sistem Identifikasi Automatik (AIS) kapal berkenaan dilaporkan tidak berfungsi pada 31 Januari lalu, dipercayai menutup sistem penjejaknya.

Menurut laporan Daily Mail, sistem AIS kapal itu diaktifkan semula 80 jam kemudian, namun sebab kenapa sistem itu dimatikan, masih belum dapat dipastikan dan lokasinya sepanjang tempoh hilang itu tidak diketahui.

The Sun UK melaporkan, kejadian itu berlaku 10 hari selepas Seabed Constructor memulakan usaha mencari pesawat Malaysia yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014.

Kapal pencarian Seabed Constructor milik Ocean Infinity dari Texas, Amerika Syarikat, diupah kerajaan Malaysia menerusi perjanjian ‘tiada bayaran tanpa sebarang penemuan’ pesawat MH370. Namun, jika berjaya menemui MH370 dalam masa 90 hari, syarikat itu akan menerima bayaran 39.5 juta pound (RM216 juta).

Kapal itu berlayar dari pelabuhan Durban, Afrika Selatan, pada 2 Januari 2018 dan tiba di lokasi pencarian pada 21 Januari lalu. Kru kapal itu menggunakan peralatan pengimbas sonar dalam usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang selepas sistem komunikasi ditutup sejam selepas berlepas. Pesawat itu yang membawa 239 orang masih belum ditemui sehingga hari ini.

Dalam kenyataan, syarikat itu memaklumkan kapal pencarian terbabit memanfaatkan keadaan cuaca baik untuk bergerak ke arah zon pencarian.

Sumber: HMETRO ONLINE via rakan media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*