Lelaki Tekad Cekik Jiran Sendiri Hingga Mati Sebab Asyik Bertanya ”Bila Nak Kahwin”

Gara-gara berang kerana sering ditanya oleh jiran bila beliau akan berkahwin dan ‘tidak laku’, seorang lelaki bertindak nekad membunuh seorang jirannya yang merupakan seorang ibu yang sedang hamil, lapor Detik.com.

Lelaki berkenaan, Alias Nunur, 28, telah membunuh Iis Aisyah, 32, di rumah wanita berkenaan selepas ditemui terbaring di rumahnya di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat kira-kira jam 8 malam 19 Januari Lalu.

Menurut Pesuruhjaya polis, Budi Satria Wiguna, sebelum kejadian Nunur sedang termenugn di depan rumah, mangsa yang ternampak Nunur telah menegur dan menasihatkan beliau supaya cepat kahwin.

Katanya mangsa telah telah mengeluarkan kata-kata berbunyi “Geura kawin (cepat-cepatlah menikah), orang lain sudah ada anak dua, tiga orang, ini kau belum laku-laku.”

Ternyata kerana teguran itu menyebabkan emosi suspek lalu bertindak pergi ke rumah mangsa, beliau dijemput masuk dengan baik kerana tidak menyangka suspek ada niat jahat.

Ketika mangsa menuju ke sebuah bilik, suspek mengekorinya dari belakang sebelum bertindak menolak wanita hamil itu ke atas katil.

Mangsa cuba untuk melawan dengan menggit jari suspek hingga berdarah, namun tidak berdaya melawan sebelum dicekik hingga mati.

Nunur barjaya ditangkap (Photo: Detik.com)

Selain itu, dia telah mengambil telefon bimbit mangsa dan wang tunai berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) sebelum melarikan diri ke Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesan dan telah ditangkap pada 29 Januari lalu.

Sumber & Kredit: SiakapKeli.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*