Mahathir sahkah GST dimansuhkan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan seperti mana dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Menurutnya, beliau telah mengeluarkan arahan supaya kerajaan tidak lagi mengutip GST.

“Kita akan bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan.

Kerajaan sebelum dah pungut lebih daripada yang dibayar dalam cukai GST,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beberapa undang-undang distruktur semula termasuk Akta Anti Berita Tidak Benar 2018, akta berkaitan kebebasan media dan berucap, akta berkaitan keselamatan kebangsaan dan beberapa akta lain.


AKAN MENYUSUL

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! OO

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*