Pegawai Bank Dirog0l Kejam Oleh Pemandu Uber Ditemui Dalam Keadaan Mengerikan!

Kejam dan tidak berhati perut,itulah kata-kata yang patut ditunjukkan kepada pelaku pembunuhan seorang wanita malang yang dikenali sebagai Dera Dewanti 35.

Mayat berkenan ditemukan pagi semalam kira kira jam 7:00 di area persawahan selatan Waduk Cengklik Desa Ngargorejo jawa tengah,tanpa busana,tangan di ikat ,leher memiliki bekas jerutan,lebih memilukan apabila mulutnya di sumbat seluar dalam.

Menurut hasil siasatan awal, mangsa dipercayai dibunuh dan dirogol ditempat lain sebelum membuang mayatnya di pintu masuk kampung itu.

Pihak polis yang terus mengembangkan siasatan pagi ini,mangsa dilaporkan hilang sejak dua hari lalu,hal itu turut di tuturkan oleh jiran mangsa.namun kehilangan mangsa tidak menimbulkan rasa curiga,kerana sebelum ini Dera diketahui kerap balik kampung untuk menjaga ibunya yang sakit.

Bagaimanapun kepolisian Ngemplak, AKP Rubiyati,berkata kes masih lagi dalam siasatan,pihak mereka juga masih lagi menunggu hasil bedah siasat.

Diberitahu orang kampung ada melihat wanita malang ini menaiki kereta, tidak pasti kereta Uber, Grab atau kereta sewa jalanan.

Katanya sehingga kini masih belum ada di buat tangkapan kepada mana-mana individu namun mereka masih lagi meminta keterangan-keterangan dari orang terdekat mangsa yang bekerja di Bank Perkreditan Rakyat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Sumber: Pesona Media

Seterusnya:

Kejam!! Ibu Jerut & Sembur Mulut Anak Dengan Spray Nyamuk Hingga Mati Hanya Kerana Punca Yang Tak Masuk Akal!

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun maut keracunan dipercayai akibat dari didera oleh ibu kandungnya sendiri Novi wanti 30 dirumah mereka jakarta barat.

Diketahui mangsa sebelumnya kerap di pukul namun kali ini suspek bertindak lebih akresif.

Tidak hanya dipukul dengan penyapu,kanak-kanak malang itu juga turut dijerut menggunakan tali rafia dan di ikat sebelum di kurung dalam bilik hanya kerana mangsa kencing dalam seluar.

Sekitar jam 11:30 semalam ,Novi wanti datang semula mendera anaknya hingga kanak-kanak malang berkenan terberak dalam seluar,berang dengan hal itu Novi wanti kemudian menyemburkan spray nyamuk jenama Baygon kemulut anaknya.

Akibat dari kejadian itu mangsa tidak sedar kan diri ,suspek kemudian bertidak melarikan anaknya kehospital namun sayang,kanak-kanak malang berkenan tidak dapat diselamatkan.

Menurut ibu mangsa, dia hanya memberi hukuman kepada anaknya itu kerana kerap kencing dalam seluar.

Lain daripada itu,sikap anaknya sejak belakangan ini di lihat berubah antara tidak menuruti orang tuanya yang merupakan seorang janda yang tidak memiliki kerja tetap.

Sementara itu Ketua Hak perlindungan anak indonesia Reza Indragiri Amriel berkata.selain disebabkan faktor lain,seperti kurangnya perhatian,ekonomi ,perselingkuhan menjadi punca utama kekerasan terhadap anak.

Mereka adalah sasaran yang lunak untuk pengganti kekesalan kedua orang tua.katanya.

Bagaimanapun suspek kini ditahan pihak polis jakarta barat dan di jerat dengan Pasal 80 ayat 3 junto Pasal 76 C dengan hukuman 15 tahun penjara

Kredit: eraviral.com

Guna besi pukul anak, bapa dipenjara

PETALING JAYA: Seorang bapa dihukum penjara sebulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memukul kepala anak perempuannya berumur 11 tahun dengan besi sehingga cedera tahun lalu.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Ng Beng Chun, 41, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dalam bahasa Mandarin.

Tertuduh mengaku menganiaya anak kandungnya itu sejak kanak-kanak itu berumur 6 tahun.

Pemeriksaan doktor mendapati terdapat parut luka dan kesan calar di bahagian badan, kaki kiri dan kanan mangsa selain bekas pukulan rotan, lebam serta luka pada kepala akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan penjara setahun sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh tidak membayar denda itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hilmiah menasihati tertuduh supaya insaf dan sebagai bapa, seharusnya melindungi anak perempuannya.

“Didikan tidak boleh sampai tahap mencederakan, walaupun mangsa adalah anak kandung kamu, dia mempunyai hak sebagai warganegara untuk dilindungi bawah undang-undang. Ambillah hukuman ini sebagai pengajaran di masa depan,” katanya.

Tertuduh yang bekerja sendiri itu didakwa menganiaya anaknya itu dengan memukul kanak-kanak tersebut menggunakan besi di kepala di sebuah rumah di Pangsapuri Cempaka, Jalan Prima 7/1, Taman Puchong Prima, pada 7.00 malam, 8 Julai 2016.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh.

“Laporan perubatan juga menunjukkan banyak kesan luka lama di badan mangsa, hanya hukuman penjara yang mungkin dapat menginsafkan tertuduh.

“Mengambil kira faktor kepentingan awam dan keseriusan kesalahan, saya pohon hukuman berbentuk pemenjaraan setimpal,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia memukul untuk mengajar anaknya itu.

“Saya kehilangan perkahwinan, keluarga dan kerja saya disebabkan kes ini… saya benar-benar insaf dan berharap mahkamah dapat memberikan satu lagi peluang untuk saya berubah,” kata lelaki itu.

Mengikut fakta kes, kanak-kanak itu sedang duduk bersendirian di sebuah stesen minyak di Puchong Prima sebelum dihampiri pekerja di situ yang menyoal mangsa dan mangsa memberitahu dia melarikan diri dari rumah kerana sering dipukul bapanya.

Pekerja itu kemudian membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Bukit Puchong dan hasil siasatan mendapati mangsa sering dipukul oleh bapanya sejak 6 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! KK

Sumber

Kredit: kepohkuat.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*