[VIDEO] ‘Ada pihak mahu saya mati’ – Dr Mahathir Dedah Cubaan Pesawat Di Sabotaj! Ini Respond Menteri Pengangkutan Terhadap Perkara Ini

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada pihak yang mahu melihatnya terkorban dalam nahas pesawat ke Langkawi untuk berkempen sekali gus menggagalkannya untuk ke majlis penamaan calon pada Sabtu.

Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan, dia dimaklumkan pesawat yang akan dinaikinya terpaksa ditangguhkan kerana mengalami kebocoran yang teruk dan tidak dapat dibaiki dalam tempoh yang singkat.

“Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas.

“Kemudian saya cuba minta pinjam pesawat kawan-kawan namun mereka tidak dapat meminjamkan kepada saya kerana telah dihalang pihak tertentu, tetapi syukurlah ada seorang rakan yang sudi pinjamkan pesawatnya, dapatlah saya sampai ke Langkawi untuk majlis ini dan penamaan calon esok,” dakwanya semasa sidang media selepas Majlis Perjumpaan dan Minum Petang Bersama Wanita Cina dan India Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dr Mahathir akan menjadi calon Parlimen Langkawi pada PRU14.

Beliau dijadual ke pusat penamaan calon pada pukul 8.45 pagi Sabtu.

Kerusi Langkawi disandang Datuk Nawawi Ahmad, yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).

Sementara itu di dalam ucapannya, Dr Mahathir memberitahu akan membawa semula kemajuan yang tertangguh di Langkawi selepas tidak lagi menjadi perdana menteri pada 2003.

Paling penting jelasnya, ia akan menjadi kenyataan selepas menang dan menjadi perdana menteri semula untuk Pakatan Harapan.

Siasatan segera diarah mengenai dakwaan Dr Mahathir pesawat disabotaj

Siasatan segera diarah mengenai dakwaan Dr Mahathir pesawat disabotaj

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pesawat peribadi yang hendak dinaikinya ke Langkawi awal hari ini mungkin telah disabotaj.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Jabatan Penerbangan Awam telah diarah untuk menyiasat perkara itu.

“Dakwaan ini serius, kami memandang berat dakwaan itu. Pada masa yang sama, kami berharap ini bukan satu drama politik. Ini bukan perkara yang boleh digunakan untuk kepentingan politik,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Liow berkata kapten dan pemilik jet peribadi itu akan diminta untuk memberi kenyataan mereka.

“Ini adalah perkara yang serius mengenai keselamatan penerban gan dan kami tidak mahu sesiapa pun meragui standard dan pematuhan kami,” kata beliau.

Beliau berkata setakat ini belum ada laporan yang dibuat oleh juruterbang, kata beliau.

Menurut laporan media, Dr Mahathir mendakwa bahawa juruterbang pesawat yang dinaikinya telah membatalkan penerbangan sejurus sebelum berlepas setelah mengesan beberapa kerosakan dan pembaikan segara tidak dapat dijalankan.

Dr Mahathir sepatutnya menaiki pesawat tersebut ke Langkawi bagi penamaan calon Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) esok apabila beliau bertanding menggunakan logo pembangkang.

“Nasib baik dapat tahu awal kalau tak tahu awal ada kemungkinan kapalterbang tu terbang dan crash,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya ketika program hi-tea wanita HARAPAN bersama komuniti Cina dan India di De Baron Resort, Langkawi, hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan telah disabotaj pihak tertentu.

“Ada orang yang rancang ini saya fikir, tak pernah berlaku dalam sejarah saya naik kapalterbang ni sudah beribu kali tapi inilah kali pertama,” katanya.

sumber: malaysiakini, astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*