Lihat Bagaimana 12 Pengawal Peribadi Lindungi Kim Jong-Un.. Sampai Macam Ni Sekali.

Jumaat lalu satu sejarah dunia telah tercipta apabila pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dan Korea Selatan Moon Jae-In bersua muka buat kali pertama dalam sidang kemuncak bersejarah di Zon Bebas Tentera (DMZ) di sempadan Panmunjom. Kedua-dua pemimpin itu juga kemudian menanam pokok tanda peringatan yang membawa mesej “Menanam kedamaian dan kemakmuran”.

Selain dari sidang bersejarah itu, viral satu video mengenai cara pengawal peribadi melindungi kereta dinaiki Kim Jong-Un daripada sebarang perkara yang tak diingini. Tetapi apa yang peliknya? Kerana semua pemimpin sememangnya memerlukan perlindungan. Lihat video ini.

 Demi melindungi seorang pemimpin

Menerusi laporan media antarabangsa, video telah diambil ketika pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un ingin ke sidang kemuncak antara Korea Utara dan Korea Selatan. Tetapi apa yang menarik perhatian netizen apabila tular satu video bagaimana pengawal peribadi melindungi pemimpin mereka. Lihat video diatas.

Sumber: YouTube Daily Mail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*