RIBUAN PENDUDUK YAHUDI BERSAMA PEMIMPIN BERDOA MINTA HUJAN DI TEMBOK MERATAP

Jerusalem – Menteri Pertanian Israel, Uri Ariel mengetuai doa bersama beberapa pemimpin agama di Tembok Meratap di Jerusalem.

BBC Indonesia melaporkan hari Jumaat (29/12/2017), langkah tradisional itu dilakukan adalah bagi memohon hujan, dan menamatkan kemarau yang melanda negara.

Kemarau telah melanda Israel selama empat tahun yang terakhir ini, dan telah menyebabkan negara itu kekurangan air.

Pelbagai cara dilaksanakan oleh negara itu. Bermula dengan membina loji penyahairan air laut dan menanam tanaman makanan yang tidak memerlukan banyak pengambilan air.

Di samping itu, Ariel juga berperanan membuat dasar untuk membahagikan air ke beberapa kawasan yang paling teruk terjejas.

Walau bagaimanapun, pelbagai dasar ini tidak banyak mengubah keadaan.

Kerana itu, Ariel, seorang penganut Yahudi Ortodoks, memilih cara berdoa sebagai penyelesaian.

“Kami mengurangkan penggunaan air secara ketara, melakukan banyak penyelidikan tentang bagaimana untuk menyelamatkan air dalam tanaman yang berbeza, tetapi doa pasti dapat membantu,” kata Ariel.

Beberapa ribu orang penganut Yahudi berkumpul di Tembok Barat di kota lama Jerusalem, tempat paling suci bagi orang Yahudi untuk menyembah, mereka membaca doa khas untuk menamatkan musim kemarau.

Berdoa di Tembok Meratap (Foto: AFP)

Langkah Ariel membawa kepada kritikan kerana seorang menteri harus dapat menangani krisis dengan lebih banyak tindakan.

Akhbar terkemuka Yedioth Ahronoth menerbitkan satu ulasan yang mengatakan Ariel sepatutnya menumpukan pada menggerakkan dasar-dasar untuk melawan perubahan iklim, seperti mengehadkan pelepasan gas rumah hijau dalam bidang pertanian.

“Doa bukan perkara yang buruk, tetapi menteri mesti mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi (masalahnya) dengan sedikit cara materialistik,” komen Yedioth.

Sumber: laicikang.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*