[VIDEO] Hadiah Wang Hantaran USD 50 Juta, Putera Arab 68 Tahun Kahwin Gadis 25 Tahun

Baru baru ini viral di laman sosial apabila Putera Arab Saudi, Sultan Bin Salman yang berusia 68 tahun telah berkahwin dengan seorang gadis berusia 25 tahun. Paling menarik perhatian ramai adalah putera itu telah memberikan hantaran berjumlah AS$50 juta bersamaan RM 197 juta kepada isteri barunya itu.

Selain itu, beberapa laporan media tempatan turut mendakwa bahawa pengantin perempuan yang berasal dari United Arab Emirates itu telah menerima banyak hadiah mewah sehingga berjuta-juta dolar. Memang untung sungguh!

Jangan merungut

Putera Arab Saudi, Sultan Bin Salman membayar USD 50 juta sebagai mas kahwin untuk pengantin perempuan berusia 25 tahun dan korang kat sini merungut bila awek korang ajak makan tengahari.

Perarakan kereta mewah

Seorang pengguna Twitter, Amal Abdul mendedahkan bahawa wanita itu diberikan berlian dan perhiasan batu berharga lain sebagai hadiah.

Konvoi perkahwinan itu juga dilaporkan mempunyai antara 20-30 Rover berwarna putih dan tidak kurang daripada 30 kotak besar yang dilepaskan dari sebuah bus mewah putih untuk dipersembahkan kepada keluarga pengantin.

Puteri Sultan kahwin muda

Sultan Bin Salman dilahirkan pada 27 Jun 1956, beliau adalah anak kedua Raja Salman bin Abdulaziz Al Saudmempunyai tiga orang anak.

Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang sains sosial dan politik di Maxwell School of Citizenship and Public Affairs, Syracuse University, Amerika Syarikat pada tahun 1999.

Sumber : Rizal Hakim

Kredit: oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*