Awie Menjawab Tuduhan Tentang Anak Luar Nikah. Ini Jawapan ‘Berani’ Awie Yang Mengejutkan Peminat!

Seorang wanita yang mendakwa hamil hasil hubungan terlarang dengan seorang anggota sebuah kumpulan rock diminta mengemukakan bukti.

Vokalis Wings, Datuk Awie meminta wanita itu tidak bersembunyi di sebalik purdahnya dan dia diminta membuat laporan polis.

“Jika benar apa yang didakwa sila tunjukkan bukti dan tunjuk wajah sebenar dan bukannya berselindung di sebalik purdah yang dipakai.

“Kalau benar dakwaan yang dibuat mengapa perlu menutup wajah? Lebih baik buat laporan polis,” katanya.

AWIE AKAN BUAT TINDAKAN SEKIRANYA FITNAH

Awie memberitahu Wings juga tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sekiranya dakwaan itu fitnah.

Awie berkata demikian sebagai mengulas pendedahan seorang wanita misteri yang mendakwa hamil anak anggota kumpulan rock.

Wanita itu meminta individu tersebut yang kononnya seorang pemuzik Wings bertanggungjawab terhadap anak dalam kandungannya yang kini mencecah lima bulan.

Dalam pada itu, Awie berkata, kontroversi itu sedikit sebanyak telah mencalarkan nama baik dan kredibiliti Wings.

“Dakwaannya itu bukannya sahaja membabitkan seorang individu tetapi melibatkan anggota lain dalam Wings dan boleh jadi ia merupakan agenda menjatuhkan kami.

Wings bakal mengadakan persembahan istimewa bersempena Ramadan di Hotel Priemera Kuala Lumpur pada 26 Mei ini.

ADAKAH INI AGENDA UNTUK JATUHKAN MEREKA

“Kalau dia gagal untuk mendapat balasan cinta ke apa, semua orang pernah melaluinya… Ini dia buat cerita seolah-olah ini zaman jahiliah,” ujarnya.

Tambahnya, pihak Wings juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap wanita tersebut sekiranya apa didakwa itu fitnah.

Sementara itu, Awie berkata, sekiranya benar anggota Wings adalah individu dimaksudkan dia sendiri akan memastikan individu berkenaan bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Semua manusia ada melakukan kesilapan dan sekiranya perkara itu benar, saya sendiri akan pastikan individu itu bertanggungjawab atas perbuatannya,” kata Awie.

RAKAMAN TEMUBUAL WANITA TERSEBUT TENTANG TUDUHAN ANAK LUAR NIKAH

Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah. Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah.

.

Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya, malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya. Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya.

Youtube Kredit: Berita Harian Online

SUMBER : MSTAR ONLINE via http://buletinnetizen.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*