Geram Dengan Azhan Rani Dalam Drama Nur , Penonton Mahu Pecahkan TV

Kejayaan sebuah drama/telenovela/filem bukanlah bergantung kepada watak hero semata-mata. Boleh dikatakan watak pembantu atau watak penjahat inilah yang menjadikan sesebuah karya itu dinantikan sehingga penghujungnya.

Terkini, drama Nur yang baru masuk lima episod sudah membuatkan penonton merasa mahu mencarut dan marah dek kerana geram dengan karektor jahat yang berselindung disebalik kebaikan. Apatah lagi ia adalah lelaki yang bergelar ustaz tetapi sebenarnya penunggang agama!

Syed Hamadi yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri menjadikan dirinya dibenci kerana pelakon tersebut berjaya menjiwainya. Azhan Rani, pelakon berwibawa yang menyebabkan ramai penonton mahu memecahkan televisyen kerana geram dengannya

Ustaz Syed Hamadi’ yang dibawakan oleh Azhan lengkap dengan pakej jahat, berpura-pura baik, menerima rasuah dan pelbagai lagi menjadikan dia begitu dibenci.

Ada pula netizen yang menceritakan yang senario sama pernah dihadapi ketika tayangan sinetron Bawang Putih Bawang Merah (yang beratus episodnya) ada makcik bawang yang terlalu geram sampai memecahkan televisyen dengan membaling batu ke arah tv yang tidak bersalah.

Dahsyat sungguh penangan jika terbawa-bawa ke alam realiti kan?

Begitulah, jika setiap pelakon berjaya membawakan wataknya hinggakan penonton merasa setiap inci emosi yang ditonjolkan

Rata-rata penonton mengatakan drama Nur antara yang terbaik pernah ditonton tahun ini. Siap ada yang marah kepada Ustaz Adam (Syafiq Kyle) yang tidak ambil kisah hal madrasah. Marahnya sehingga tidak sedar berada di bulan puasa. Nasib baiklah waktu malam tayangannya kan?

Azhan (tengah) bersama pelakon utama Syafiq Kyle dan Raja Atiqullah

Lakonan mantap Azhan Rani bersama pelakon lain menjadikan cerita ini antara yang ditunggu-tunggu selepas solat terawih. Mesti tak sabar-sabar nak tahu kesudahannya kan?

sumber : cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*