’Kak Lofa Kau, Kalau Gelak Setahun Baru Berhenti, Biar Dia Gelak Dulu’, Kerana Respon Chubb E Yang ‘Blur’, Neelofa Gelak Pecah Habis.

Program MeleTop adalah salah satu program bual bicara yang sentiasa mendapat tempat di dalam hati penonton. Mana tidaknya, lihat saja gelagat dan telatah pengacaranya sendiri iaitu , Nabil Ahmad dan Neelofa yang ada sahaja benda untuk dijadikan bahan.

Menerusi rancangan MeleTop pada Selasa lepas, juara Ceria Megastar, Chubb-E dan juga anak cilik yang sedang viral kerana nyanyiannya yang hebat bak Ziana Zain, Nurul Iman menjadi tetamu undangan pada segmen terakhir.

Ketika Neelofa dan Nabil menemubual adik Nurul Iman tentang video nyanyiannya yang viral di Youtube yang hampir mencecah 2 juta itu, Lofa bertanyakan soalan pada adk Nurul Iman siapa lelaki yang berada di sebelahnya dalam video itu.

“Lelaki yang sebelah adik tu, siapa dia?”

Adik Nurul Iman yang kelihatan terpinga-pinga lambat untuk menjawab, tiba-tiba Chubb-E yang kebetulan duduk di sebelahnya bertanya adakah dirinya yang diperkatakan? Hahaha..

Saya?

 

Neelofa tidak dapat menahan gelaknya dari respon Chubb-E yang agak blur itu, kerana lain ditanya, lain orang yang menjawab. Nabil pula menjelaskan kepada Chubb-E bukan dirinya yang diperkatakan sekarang ini. Tambahnya lagi, Chubb-E menjadi ‘ting-tong’ pula selepas menjadi juara Ceria Megastar.

Dalam pada itu, Neelofa yang masih tidak habis gelak menarik perhatian orang ramai. Amboi gelak Lofa, pecah habis. Nabil menyampuk dan menjelaskan kalau Neelofa gelak lambat mahu habis. Mahu setahun baru habis!

“Kak Lofa kau, kalau dah gelak setahun baru berhenti. Biar dia gelak dulu”

Ramai yang terhibur dengan respon Chubb-E yang blur itu. Dalam pada itu, rata-rata netizen merasakan gelak Neelofa yang besar itu mampu membuatkan mereka hilang stress.

Mengalir air mata aku, hahaha!

Gelak Lofa buat orang lain tergelak juga..

Boleh hilang stress tengok Lofa gelak!

Video Neelofa gelak besar!

Sumber: Youtube Meletop, IG Tuannas.Umar

KisahDunia.COM via beritasteady

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*