Tahniah! Adi Putra Dan Isteri Pertama Nikah Semula

Alhamdulillah, semalam aktor terkenal Datuk Adi Putra baru sahaja selamat bernikah semula dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof.

Berita baik tersebut dikongsikan oleh rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Instagram miliknya.

Nurul yang kini berada di Mekah untuk mengerjakan Umrah memuatnaik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari Aida. Foto itu turut beserta kapsyen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.
 

Kasih selama 11 tahun kini bertaut kembali.
“Salam tahniah dari Madinah buat @adpadiputra dan @aidayusof15… Bangga dengan kamu. “Selamat pengantin baharu”… eh… lama… Baharu… Ehh,” tulis Nurul Zahid.
 
Hampir keseluruhan komen oleh pengikut di laman sosial Nurul turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah serta mendoakan jodoh Adi dan Aida berkekalan sehingga akhir hayat.
 
Sejurus selepas itu Adi dan Aida turut memuatnaik foto berkongsikan hari bahagia mereka di instagram.
Kapsyen yang dikongsi Adi telah menarik perhatian netizen dan rata-rata bersyukur dengan pernikahan tersebut.
 
Adi dan Zuhaidah berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.
 
Pelakon itu kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.
 
Bagaimanapun, Adi dalam kenyataannya menerusi Instagram pada 23 Mac tahun lalu memberitahu bahawa dia tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua isterinya itu.
Sumber: ecarian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*