Inilah “TITANOBOA”, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup Didunia. Korang Tengok Sendiri.. Sangat NGERI! (Gambar & Video)

Inilah “TITANOBOA”, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup Didunia. Korang Tengok Sendiri.. Sangat NGERI! (Gambar)

 

Ramai bertanya ular apa yang paling besar dalam dunia ini, jawapan yang sebenar bukan anaconda atau ular sawa, tetapi Titanoboa. Benar, Titanoboa adalah ular gergasi yang hidup pada zaman prasejarah.

Menurut penemuan fosil Titanoboa, ular gergasi ini mempunyai ukuran panjang sama dengan bas, beratnya sahaja boleh mencapai 900 kg. Dengan saiz sebesar itu, boleh dikatakan Titanoboa mampu menelan seekor lembu dalam sekelip mata.

Jika mahu mendapatkan lebih banyak info tentang Titanoboa, berikut kami kongsikan beberapa fakta mengerikan ular prasejarah raksasa itu disiarkan Laicikang.com yang diambil dari laman web About.com.

1. Titanoboa hidup selepas dinosaur pupus

Inilah “TITANOBOA”, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup Didunia. Korang Tengok Sendiri.. Sangat NGERI! (Gambar)

(Foto: About.com)

Setelah dinosaur pupus 65 juta tahun lalu dipercayai akibat meteor, beberapa juta tahun lagi diperlukan sebelum kehidupan baru muncul di daratan bumi. Ketika zaman Paleocene, Titanoboa muncul bersama dengan kura-kura dan buaya purba. Reptilia raksasa ini adalah makhluk paling berkuasa di muka bumi saat itu.

2. Titanoboa terus menelan mangsanya

Inilah “TITANOBOA”, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup Didunia. Korang Tengok Sendiri.. Sangat NGERI! (Gambar)

(Foto: UNL)

Titanoboa bukan seperti ular besar lain yang suka membelit mangsanya sehingga lemas. Namun, ia akan terus menelan mangsanya terus dengan rahangnya yang besar. Ular gergasi ini membaham mangsanya seperti buaya.

3. Titanoboa mahu berkongsi tempat dengan kura-kura raksasa

Inilah “TITANOBOA”, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup Didunia. Korang Tengok Sendiri.. Sangat NGERI! (Gambar)

(Foto: About.com)

Siapa boleh menduga ular seganas Titanoboa sanggup berkongsi tempat bersama kura-kura raksasa purba yang dikenali sebagai Carboneyms. Fakta ini dibuktikan berdasarkan penemuan fosil Titanoboa bersama dengan Carboneyms di Amerika Selatan.

4. Saiz Titanoboa yang sangat besar

Inilah “TITANOBOA”, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup Didunia. Korang Tengok Sendiri.. Sangat NGERI! (Gambar)

Loading..

No automatic alt text available.

Loading..

Image may contain: text

(Foto: EPIC Creature)

Sebuah simulasi gambaran saiz Titanoboa pernah dipamerkan di Grand Central Station, di New York, pada bulan Mac 2012 lalu. Dalam pameran tersebut, dipaparkan patung Titanoboa dengan panjang mencapai 48 kaki 14 meter.

Sumber: laicikang

Inilah “TITANOBOA”, Ular Terbesar Yang Pernah Hidup Didunia. Korang Tengok Sendiri.. Sangat NGERI! (Gambar)

Para, Brazil 27 Sept. – Seekor ular anaconda gergasi sepanjang lebih 10 meter ditemui bersembunyi di dalam gua berhampiran tapak pembinaan sebuah empangan di Brazil, baru-baru ini.

Reptilia seberat hampir 400 kilogram itu ditemui oleh pekerja tapak pembinaan tersebut selepas mereka melakukan letupan terkawal di Gua Altamira di utara Para pada 25 September lalu.

Dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube, pekerja tersebut terpaksa menggunakan kren untuk memindahkan ular tersebut yang kelihatan sudah mati akibat letupan tersebut.

Video tersebut, bagaimanapun mengundang banyak kritikan oleh netizen yang berpendapat ular gergasi tersebut tidak sepatutnya dibunuh.

Sumber: mediahijrah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*