Misteri Wanita Berkebaya Merah Di Gurun Kedah

Misteri Wanita Berkebaya Merah sering menjengah ke halwa telinga penduduk di sekitar gurun Kedah sejak akhir-akhir ini. Dikatakan wanita ini akan muncul tidak kira masa dan memperlihatkan diri kepada sesiapa yang dikehendakinya sahaja. Penduduk di sektar sini turut mendakwa bahawa mereka telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai Wanita Berkebaya Merah.

Terdapat beberapa kisah yang dapat dikongsikan disini.

Antaranya ialah kisah mengenai seorang lelaki yang nyaris maut akibat mengelak daripada terlanggar Wanita Berkebaya Merah tersebut di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara.

Kejadian ini berlaku pada awal tahun 2009 yang mengakibatkan kereta kancil yang dipandunya habis remuk.

Lelaki tersebut menyatakan bahawa ketika itu beliau dalam perjalanan untuk pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya selepas selesai melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

Katanya lagi sewaktu tiba di susur keluar Plaza Tol tersebut dia menaikkan cermin kereta kerana hujan renyai-renyai dan pada masa yang sama seorang wanita muncul secara tiba-tiba dengan keadaan melenggang-lenggok sehingga nampak betis sambil tersenyum kepadanya, Selain itu ada juga kejadian yang melibatkan lori.

Kejadian berlaku pada pukul 8.15 pagi, seorang pemandu lori dan pembantunya sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth Pulau Pinang.

Dalam perjalanan di sekitar Gurun tiba-tiba sahaja ada seorang wanita yang berkebaya merah melintas jalan sehingga menyebabkan beliau hilang kawalan dan lorinya terus menjunam masuk ke kawasan Taman Perumahan Taman Keladi.

Nasib malang menimpa pemandu lori tersebut apabila dikatakan beliau parah manakala pembantunya hanya mengalami cedera ringan sahaja. Menurut penduduk, wanita berkebaya merah itu berusia dalam lingkungan 20-an, bertubuh langsing, rambut lurus ke paras bahu, bermuka bujur, hidung mancung, memakai lipstik merah yang terang dan memakai kebaya bewarna merah berbunga kecil.

Kelibat wanita tersebut dipercayai jelmaan roh daripada mangsa kemalangan maut di sekitar kawasan tersebut. Roh mangsa mungkin tidak tenteram dan wanita tersebut katanya masih berlegar-legar di sekitar kawasan Gurun yang kebetulan pernah mencatatkan banyak nahas ngeri suatu ketika dahulu. Wallahualam.

Sumber artikel: orangkedah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*