15 Gambar Individu Yang Diambil Sebelum Saat Ajal Menjemput Mereka…

Hidup ini penuh dengan teka teki. Kadang kita tertanya apa akan berlaku pada diri kita dimasa hadapan. Adakah kita kuat untuk menghadapi setiap masalah dalam hidup kita.

Adakah kita dapat memperolehi segala yang kita inginkan sebelum kita dipanggil menghadap Ilahi. Ataupun kita berjaya menjadi seseorang yang berjaya dalam setiap karier yang dipikul.

Tentu sahaja kita mengharapkan semua ini terjadi dalam hidup kita, namun tidak seorang pun akan berfikir bilakah saatnya terakhir dia didunia.

Soalan ini adalah sangat menakutkan untuk difikirkan. Namun siapa sangka, malang menimpa bagi mereka. Berikut adalah gambar mereka yang diambil sebelum ajal menjemput mereka

1. Archduke Franz Ferdinand bersama isterinya pada hari mereka dibunuh oleh Gavrilo Princip pada 28 Jun 1914.

2. Seorang pakar gunung berapi yang mengkaji Gunung St. Helens 13 jam sebelum letusan gunung berapi tersebut dan membunuhnya.

David Johnson adalah seorang penganalisis gunung berapi berusia 31 tahun yang pertama kali melaporkan letusan Gunung St Helens di Washington pada tahun 1980.

Dia terbunuh tidak lama selepas melaporkan letusan itu walaupun sejauh 6 batu dari gunung berapi. Dia terkena letupan lateral, apabila gunung berapi meletus dari sisi dan bukannya dari puncak.

3. Dua rakan mengambil gambar “selpie” dan memuat naik gambar mereka di Facebook. Kemudian malam itu gadis di sebelah kiri mencekik temannya dengan tali pinggang yang dia pakai dalam foto itu.

Cheyenne Antoine mendakwa dia tidak mengingat bahawa telah mencekik rakannya, Brittney Gargol selepas mabuk pada malam selepas dia memuat naik gambar mereka bersama.

Walau bagaimanapun, badan Gargol ditemui di sebelah tali pinggang yang dipakai oleh Antoine dalam foto ini. Antoine mengaku bersalah terhadap pembunuhan ini dan dihukum tujuh tahun penjara.

4. Rolf Bae dan Cecilie Skog sebelum cuba ke puncak K2. Rolf Bae terbunuh pada hari itu dalam runtuhan salji.

Pasangan suami isteri iaitu Pendaki dari Norwegia cuba untuk melakar sejarah dengan menawan K2 iaitu gunung tertinggi kedua selepas Everest.

Ketika runtuhan salji berlaku, Cecilie dan suaminya dalam perjalanan untuk turun dari gunung tersebut, namun Bae tidak dapat menyelamatkan dirinya dan telah ditimbus oleh runtuhan salji dari gunung itu dan membunuhnya.

K2 adalah gunung yang paling berbahaya kedua untuk didaki selepas Annapurna. Kira-kira satu dari setiap empat orang yang mencuba K2 akhirnya mati semasa mendaki.

5. Seorang pembunuh bersiri mengambil foto mangsanya, Regina Kay Walters sebelum membunuhnya.

Regina Kay Walters, seorang gadis berusia 14 tahun dari Illinois, dibunuh oleh pembunuh bersiri dikenali sebagai Robert Ben Rhoades, yang juga dikenali sebagai “The Kill Stop Killer”.

Adalah dipercayai bahawa dia telah membunuh dan merogol lebih daripada 50 wanita sebelum disabitkan kesalahan. Rhoades menculik Walters dan teman lelakinya, Ricky Lee Jones.

Dia membunuh Jones, namun dipercayai dia menyimpan Walters selama beberapa minggu sebelum membunuhnya di kandang terbiar.

6. Membunuh untuk mengadakan pesta dirumahnya

Tyler Hadley yang berumur tujuh belas tahun ingin mengadakan pesta di rumahnya, tetapi ibu bapanya berada dirumah dan tidak mengizinkan dia melakukannya, sehingga petang itu dia telah memukul kedua-dua kepala dan badan orang tuanya dengan tukul sehingga mereka mati.

Dia menyembunyikan mayat-mayat itu, membersihkan kekacauan itu, dan menganjurkan pesta itu dengan mayat orang tuanya yang masih di dalam rumahnya.

Foto ini diambil pada waktu malam, selepas dia memberitahu sahabatnya Micheal(di sebelah kiri) tentang pembunuhan itu.

7. Buddy Holly, J.P. Richardson, dan Ritchie Valens mengambil gambar sebelum menaiki pesawat yang akan jatuh terjunam ke lapangan di Iowa.

Para pemuzik ini dalam perjalanan bersama untuk membuat konsert lawatan dan menyewa sebuah pesawat dari Clear Lake, Iowa ke Moorhead, Minnesota.

Namun cuaca buruk telah berlaku dan melanda kapal mereka dan kapal mereka terjunam, lalu membunuh ketiga-tiga pemuzik dan juruterbang tersebut, Roger Peterson. Peristiwa ini dikenali sebagai “The Day the Music Died.”

8. Cherish Perrywinkle, dibawa oleh seorang lelaki adalah pembunuhnya.

Apabila seorang lelaki bernama Donald James Smith, mendekati Cherish dan keluarga dan dia menawarkan diri untuk membeli pakaian untuk cherish dan mereka apabila smith terdengar cherish meminta ibunya membelikan pakaian untuknya, namun ibu cherish tidak mempunyai wang yang cukup.

Keluarga itu pergi bersamanya ke Walmart, di mana beliau kemudian menawarkan diri untuk membawa Cherish ke McDonalds untuk membeli makanan tetapi kemudian menculik dan membunuhnya. Itulah kali terakhir mereka melihat Cherish bernyawa.

9. Penyanyi dan pelakon Jenni Rivera dan kakitangannya menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Monterrey, sebelum terhempas.

10. Tuqa Razzo, 21, malam sebelum dia terbunuh dalam serangan udara AS yang menghancurkan rumahnya di Mosul, Iraq.

Malam sebelum dia meninggal dunia, keluarganya mengadakan pesta di rumah mereka. Dia menyalakan mercun, bunga api di dalam rumahnya dan bapanya memarahi dia dan menyuruhnya pergi ke luar, kerana ia adalah berbahaya untuk bermain bunga api di dalam rumah.

Malam itu, rumah mereka terkena serangan udara AS. Tuqa, ibunya, ibu saudara, pakciknya dan sepupu terbunuh dalam serangan itu. Hanya bapanya terselamat.

11. Christina Grimmie membuat persembahannya yang terakhir sebelum dia dibunuh.

Pada 10 Jun 2016 Christina Grimmie, penyanyi dan bekas peserta “The Voice” ditembak oleh seorang peminatnya semasa konsertnya.

Peminat tersebut mengambil teksi dari St Petersburg ke Orlando dengan bersenjatakan dua pistol dan pisau memburu.

Abang kepada Grimmie cuba untuk menangkap lelaki itu, tetapi dia tidak berjaya dan lelaki tersedut kemudiannya menembak dan membunuh dirinya sendiri.

12. Dua jurutera berdiri di kincir angin yang terbakar.

Di Belanda, dua orang jurutera menjalankan penyelenggaraan pada turbin kincir angin apabila ia terbakar.

Pintu Laluan untuk melarikan diri mereka tersekat. Seorang daripada mereka melompat dari Kancir angin, dan seorang lagi terbakar hingga mati.

13. Anne Faber menghantar gambar selfienya kepada teman lelakinya sebelum diculik dan dibunuh.


Anne keluar dengan menunggang basikalnya seorang diri. dalam perjalanannya dia terpaksa berhenti untuk mencari tempat teduh kerana hujan kuat turun secara tiba-tiba.

Lalu dia menghantar gambarnya “selfienya” kepada teman lelakinya untuk menunjukkan kepadanya keadaan sekeliling. Tubuhnya ditemui dua minggu kemudian di dalam hutan.

14. Paul Walker sebelum masuk ke dalam kereta yang akan terhempas.

Paul Walker dan Roger Rodas terbunuh pada tahun 2013 dalam satu kemalangan jalan raya. Kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok dan terbakar. kedua-dua mereka terbunuh dalam kemalangan tersebut.

15. Foto terakhir Jolee Callan sebelum bekas kekasihnya menembak, membunuh dan kemudian menolaknya dari tebing.

Jolee Callan yang berusia lapan belas tahun pergi untuk mendaki dengan bekas teman lelakinya di pergunungan Alabama.

Bekas teman lelaki beliau menembaknya 2 kali dan membunuhnya kemudian mencampakkan badannya ke tebing, selepas memuat naikkan beberapa gambar milik Callan di Instagram termasuk gambar ini.

Dia menyerah diri pada hari yang sama, dan menegaskan bahawa mereka berdua berniat untuk merancang mahu membunuh diri. Namun bekas teman lelakinya tidak dapat meneruskan niatnya, setelah membunuh Jolee. Dia dijatuhi hukuman 52 tahun penjara.

Sumber : sukamukaviral via qauqje.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*