Dah anggap macam adik.Buat baik,hari-hari bagi makanan,rupa²nya ini yang kau hantar

Percaya atau tidak,walaupun kita di zaman yang serba canggih,tetapi masih ada lagi manusia yang mengamalkan ilmu sihir dan khurafat yang telah wujud sejak zaman nabi Sulaiman lagi. Ilmu sihir atau santau selalunya ditujukan kepada seseorang dengan harapan dapat memberi mudarat kepada mangsa. Hal ini berlaku disebabkan perasaan hasad dengki dan iri hati yang ada didalam hati manusia,tidak menyenangi kelebihan yang dimilik oleh orang lain.

Apabila perasaan hasad menguasai diri,maka jalan pintas untuk memudaratkan orang yang telah dimusuhinya adalah dengan santau atau sihir. Seseorang akan bertemu dengan pengamal ilmu sihir dan meminta bantuan syaitan untuk memudaratkan orang yang dimusuhinya. Tetapi mereka lupa,syaitan dan jin itu sebenarnya akan lebih menyesatkan mereka jauh daripada kebenaran dan syaitan tidak ada kuasa memudaratkan melainkan dengan izin Allah. Semoga perkongsian kisah daripada Syarifah Fatihah Karim dapat memberi pengajaran buat kita.

Mohon berhati-hati bila menerima makanan orang!

Sedih sampai ke hari ini, saya adik kpd arwah yang meninggal kerana disantau kawan baik sendiri, dek kerana cemburu dan iri hati! kecewa sgt! sbb mereka tak ubah seperti adik beradik!

Arwah baik orgnya, sampaikan dia tak kisah berkongis apa shj dgn kwn2 dia! malah tunang dia pun dia suruh tlg ambik kawan dia balik kerja dll. Punya baik sampai orang lain jatuh hati kt tunang dia!

kisah bermula bila arwah bgi tahu nak kawin! kawan baik dia mula berperangai pelik! kadang mcm2 cara utk bgi arwah cemburu pd tunang dia! tp arwah ckp “kalau Razif dgn ko Fina, aku tak akan cemburu! kau kawan baik aku” razif tu tunang dia!

bermulalah episod makanan! hari2 si Fina ni bagi makanan kt akak, tiap kali rehat waktu kerja, fina dtg opis akak hantar makanan! baik gila! mcm mana akak tak syak dia apa2. sebab dia NAMPAK BAIK~ tp satu hari akak terjumpa paku karat dlm makanan!

Dari situ akak mula sakit! sampailah perot akak membesar mcm org mengandung! Razif tetap setia! razif pergi membawa akak berubat walaupun si fina tu fitnah akak bersekedudukan dan bunting anak luar nikah!

akhirnya jumpa seorang ustaz dan berjaya keluarkan segala benda dlm badan akak dan jumpa mcm2 benda bawah rumah! tapi sayang, akak meninggal kerana terseksa! sampai skrg kami tak dpt lupakan apa yang berlaku pd akak!

fina? entah hilang kemana, abg razif skrg dh jadi suami saya! kerana wasiat akak! aku kawin dgn abg razif! dan skrg kami dikurniakan seorang anak bernama SYARIFAH FATIMAH (Nama akak aku).

aku harap cerita aku ni blh dijadikan tauladan! share supaya kita semua berhati-hati

Ohya, dlm pada itu, ustaz yg ubat akak ajar kamu doa ni dan sya amalkan takot juga klu2 ada yg dengki dan busuk hati buat benda yg sama pada makanan kami :

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma’as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim)

Ertinya: Dengan Nama Allah yang tidak akan memberi mudarat bersama namaNya sesuatu apa pun di langit dan di bumi , dan dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Sesiapa yang membaca doa ini apa-apa pun tidak akan dapat memberi mudarat padanya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, IBn Majah dan Musnad Ahmad).

Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada kisah ini ialah pada kaca mata Islam, perbuatan menganiayai orang sangat dilarang sama sekali, lebih-lebih lagi melalui cara halus seperti perbomohan, sihir atau ilmu hitam.

Amalan sihir ditujukan kepada pihak yang dikehendaki disebabkan perasaan tidak puas hati, dengki dan dendam. Dalam masyarakat Melayu, sihir disebut santau atau ilmu guna-guna, untuk menganiaya orang lain.

Ensiklopedia maya menjelaskan, santau dilakukan dengan dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman, seperti miang buluh, kaca dan bisa besi yang boleh mengakibatkan mangsa muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia.

Manakala santau angin dikatakan lebih mistik iaitu dengan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Bisa santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin ke arah mangsa dan dihidu masuk ke dalam paru-paru mangsa.

Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, berkata hukum belajar, mengajar dan mengamal sihir adalah haram.

“Pengamal sihir dihukum kufur apabila memuja dan menyeru jin serta syaitan dalam amalan sihirnya. Meminta khidmat pengamal sihir juga haram dan berdosa.

“Sihir menurut Rasulullah, satu daripada dosa besar. Ia merosak dan menghancurkan sesuatu bangsa dan darjat pelakunya jatuh sama ada di dunia atau di akhirat,” katanya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Haramnya sihir tidak hanya terbatas kepada menjadi tukang sihir malah merangkumi individu yang mempercayai apa saja yang diperkatakan tukang sihir terbabit.

Antara perbuatan tukang sihir yang ketara dalam masyarakat ialah memisahkan hubungan suami isteri, mengganggu seseorang dan menimbulkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat.

Orang yang bersahabat, meminta pertolongan dan menggunakan jin seperti tukang sihir tukang tenung tergolong di dalam golongan yang menzalami diri sendiri.

Ini kerana al-Quran menjelaskan perkara ini, maksudnya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu). (Yunus: 106)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.” Riwayat Ahmad dan Hakim)

Sabda baginda lagi, maksudnya: “Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.” (Riwayat al-Tabrani)

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati dan ilmu penjauh jin yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Di dalam hadis riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Dari Ibn Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.” (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Menurut Dr Abdul Salam, walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus kepada pengamal ilmu sihir, mereka boleh diambil tindakan apabila melakukan jenayah seperti membunuh.

“Menurut pendapat ahli fekah, hukuman bunuh boleh dikenakan kepada pengamal sihir disebabkan perbuatan mereka yang membahayakan masyarakat.

“Al-Quran mengajar kita berlindung diri kepada Allah daripada kejahatan tukang sihir. Firman-Nya bermaksud: (Dan aku berlindung diri) daripada kejahatan tukang meniup simpul. (al-Falaq: 4).

“Apabila kita mendapati ada orang menggunakan khidmat bomoh yang mengamal ilmu sihir, kita hendaklah berusaha memberi nasihat supaya tidak berbuat demikian. Ini kerana ia haram dan berdosa. Sihir membawa kemudaratan kepada diri dan agama,” katanya.

Pendek kata ilmu dan amalan yang bertentangan dengan Islam, dilarang keras daripada diamalkan, bukan saja memudaratkan dan menzalimi orang lain, malah menyebabkan akidah menyimpang daripada mentauhidkan Allah.

Semua itu termasuk dalam ilmu dan amalan yang dilarang lagi menyesatkan, boleh disimpul dalam satu istilah ilmu hitam.

Lawan kepada ilmu hitam adalah ilmu putih, kiasan kepada ilmu yang baik untuk diamalkan dan diredai.

Imam al-Ghazali menulis suatu bab mengenai ilmu terpuji dan ilmu yang keji, bahagian dan hukum kedua-duanya. Beliau menjelaskan apa yang fardu ain dan apa yang fardu kifayah.

Dinyatakan di dalam bab ini di bawah tajuk Penjelasan Mengenai Fardu Kifayah: Ketahuilah bahawa fardu itu tidak dapat dibezakan daripada yang selainnya melainkan dengan disebutkan bahagian-bahagian ilmu.

Ilmu terbahagi kepada ilmu syariah dan ilmu yang bukan syariah. Ilmu syariah diperoleh daripada kalangan nabi. Ia tidak dihasilkan oleh akal seperti ilmu perubatan dan tidak diperoleh melalui pendengaran seperti ilmu bahasa.

Ilmu yang bukan syariah terbahagi kepada ilmu terpuji, ilmu dikeji dan kepada ilmu yang diharuskan. Ilmu yang menjadi fardu kifayah ialah semua ilmu diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan kepada manusia.

Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya.

Janganlah pelik bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan termasuk dalam fardu kifayah.

Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, hancurlah negeri itu dan mereka akan menghadapi kesusahan.

Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubat. Justeru, tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu terbabit.

Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna. Dan ilmu yang diharuskan ialah seperti ilmu syair yang berfaedah dan ilmu sejarah.

Sumber 1 :Syarifah Fatiha Karim via Viral Oh Viral
Sumber 2 : izzatfirdausphotography.blogspot.my
Edit oleh :Suaramedia.org

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*