Kisah Sedih Sang Suami Pemandu Lori Demi Sesuap Nasi Untuk Keluarganya.. Hargailah Suami

Assalamualaikum.. salam 1 malaysia😍😍..

Teringat admin satu kisah ni.😭😭

Suaminya Pemandu Lori juga, kebiasaan dia akan ikut suaminya menghantar barang. Kadang ke utara kadang ke pantai timur. Anak seorang saja. Dalam umur 3 tahun macam tu. Jadi dah biasa dia ikut suami bekerjA. Teman suami katanya, sementara anak belom bersekolah.

Suatu hari tu suami dia ditugaskan ke menghantar barang ke kuala lumpur. Tapi suami dia seboleh tak benarkan dia ikut. Dia pon rasa pelik juga. Tapi dia pon buat biasa je lah. Mungkin jb ke kl tu dekat je , tak macam selalu ke utara atau ke pantai timur. Jadi si suami cakap tak payah ikutlah.

Jam 11 malam suami dah bertolak ke kuala lumpur. Sebelom bertolak tu, suami cium anak dia ( anak masa tu dah tidur) kemudian dia peluk isteri dia kuat sangat. Macam taknak lepas. Suami dia cium dahi dia, pipi dia. Pastu siap pesan, ” abang takde, jaga anak baik2 ye. Awak jangan nakal2 , esok abang balik kita beli baju raya . Tahun ni kita beli kaler putih jelah” ( isteri dia dah rasa lain sebenarnya. Tapi lidah dia macam kelu nak balas kata2 suami dia)

Si suami terus bertolak ke kuala lumpur. Pukul 2pagi, isteri tak sedap hati, dia pon telefon suami dia, panggilan pertama tidak berjawab. Panggilan kedua baru si suami jawab. ” abang ada dekat Pagoh ni sayang, tidur kejap ni. Nasib baik sayang call abang. Ngantuk sangat tadi.”

Isteri pon jawab ” itu lah, sayang nak ikut abang tak bagi, kalau x ada juga teman borak2. ” ” takpe lah sayang, abang slow jalan ni. Ingat pesan abang, jaga anak baik2. Jumpa esok ye” ( panggilan pon terputus)

Isteri terus tertidur sampai jam 6.30 pagi. Sedar2 dia terus telefon suami dia. Panggilan tak berjawab. Sampai kali ke 5 baru panggilan dijawab oleh seseorang.

” assalamualaikum abang, kenapa lambat jawab call. Dah sampai kuala lumpur ke? ” ” waalaikumsalam, maaf Puan, suami puan kemalangan. Maafkan kami Puan. Beliau masih tak sedarkan diri ni. Kami sedang tunggu ambulan sampai. ”

Si isteri terus terduduk, air mata deras mengalir. ALLAHUAKBAR😭😭.

Suami beliau meninggal dalam kemalangan jalanraya tu. Terbabit kemalangan dengan 3 biji kereta. Dia seolah2 tahu dia akan pergi jauh. Tak izinkan isterinya ikut. Yang paling sedih , beliau pulang sebagai Jenazah😭.

Ingatlah Qada dan Qadar Allah. Jika DIA kata jadi maka akan jadi lah dengan izinnya. Tiada satu isteri pon yang mahu suaminya pulang sebagai JENAZAH.😓

Mereka hanya Pemandu lori yang kerjanya tak tentu masa, tidurnya tak tentu masa. Rehatnya hanya dijalanan. Pulangnya hanya untuk keluarga. Sampai masa Allah menginginkannya, Allah menyayanginya, Allah menjaganya.

Allahuakbar. Isteri itu kehilangan suami selepas beberapa jam saja mereka berbual. Sedih kisah ni. Admin sendiri mengalir airmata. Anak kecil kehilangan ayah.

Sabarlah duhai anak, ayahmu pergi berjuang demi keluarga. Demi memberi kamu sesuap nasi. Demi memberimu pelajaran , dan demi kehidupanmu. Ayah kamu sebenarnya seorang hero. Seorang pejuang, yang berjuang untuk kehidupanmu. 😘😘

KEPADA ALLAH KAMI BERSERAH.

*GAMBAR SEKADAR CONTOH..

#KIPL
#SAYANGTUNGGUABANGPULANG

 

Kredit: Kelab Isteri Pemandu Lori

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*