Padah Nak Cantik, Model Instagram Buta

MODEL Instagram, Nadinne Bruna, 32, kini menjadi buta selepas melakukan pembedahan untuk menukar warna mata di Colombia, dengan doktor yang tidak diiktiraf oleh Amerka Syarikat (AS).
Nadine, menetap di Miami namun sanggup terbang ke Colombia itu untuk mengubah warna matanya dari hazel ke kelabu. Pembedahan yang memasukkan implant silikon itu menelan kos sekitar RM11,600.

Namun pembedahan itu mengakibatkan dia hilang 80 peratus penglihatan di sebelah kiri mata dan 50 peratus di kanan mata.

Nadine yang berasal dari Argentina, sebelum itu telah mengalami penglihatan yang kabur dan matanya sakit selama berbulan-bulan selepas pembedahan memasukkan implan itu dilakukan tahun lepas.

Dia kembali semula ke Colombia sebanyak dua kali untuk merawat matanya namun akhirnya terpaksa meminta bantuan doktor di Miami.

Implan itu dibuang namun penglihatannya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa berdepan dengan keadaan itu selama-lamanya.

Nadinne dan kembarnya, Danna sering memuatnaik imej mereka yang menjalani pelbagai pembedahan plastik di Instagram. Mereka sering mendapat tajaan untuk melakukan pembedahan plasti0l. Kedua-dua akaun mereka jika digabungkan mempunyai lebih satu juta pengikut.

“Sebelum pembedahan ini, mata saya sihat. Saya sangat naïf dan sejak pembedahan itu, penglihatan saya menjadi kabur. Selama setahun mata saya asyik gatal dan merah,’’ katanya.

Jelasnya, kembarnya kini menjadi seperti `ibunya’ dan terpaksa melakukan semua perkara untuk Nasine. – MYNEWSHUB.CC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*