“Penangan ‘kunyit’ Luqman, suami sanggup tinggalkan saya dan anak…” – Wanita kongsi kisah benar bersuamikan seorang gay

Bismillahirahmanirahim.

Selama ini saya hanya berdiam diri saja dengan cerita-cerita mengenai saya dan saya tidak pernah kisah tentang spekulasi orang ramai mengenai penceraian saya. Tetapi hari ini, saya mahu cerita. Puncaya sebab saya dapat tahu yang suami saya ini seorang gay. Saya terbaca mesej-mesej dia dengan teman lelakinya yang bernama Luqman dan lahir pada tahun 1990.

Saya baca semua, dari percutian mereka ke Maldives, berbual mengenai horny dan saya menonton video lucah lelaki tersebut kepada bekas suami saya.

Macam mana nak kesan tanda-tanda seorang gay? Nanti saya cerita.

Setelah itu, beliau tidak mahu tinggal bersama meski pun saya sudah menerima jika tiada hubungan kelamin dalam perkahwinan kami. Ini antara saya dan dia sahaja. Tetapi semenjak balik Malaysia pada bulan November tahun 2016, beliau tidak mencari rumah untuk tinggal bersama dengan alasan tidak cukup duit. Saya disuruh tinggal bersama ibu saya.

Pada bulan Oktober 2017, saya nekad memfailkan fasakh kerana tida hubungan kelamin lebih dari tempoh setahun dan pada ketika itulah beliau meminta untuk bercerai secara baik.

Orang lain saya tak nak komen. Selama ini saya mendiamkan perkara ini walaupon keluarga bekas suami sibuk mencanangkan saya tak pandai masak dan macam macam lagi.

Setelah itu, saya menjaga anak saya sendiri. Mak saya bekerja setiap Isnin sehingga Jumaat waktu pejabat. Saya membesarkan anak saya sendiri sejak berusia 5 bulan dalam kandungan. Kami sentiasa kemana mana bersama. Banyak saksi. Saya pergi ke Kuala Lumpur pun saya akan bawa Camilla sekali. Kami telah sah bercerai pada bulan Oktober 2017. Semenjak itu beliau hanya memberikan saya RM400 sebagai nafkah anak. Walhal gaji beliau lingkungan RM20k ke atas. Semasa awal perkahwinan, gaji beliau sekitar USD22,000. Setelah berpindah ke Petronas Malaysia, saya tidak tahu gaji beliau.

Setelah bercerai, rezeki saya sentiasa ada. Saya tidak memerlukan duit dia untuk tampung hidup saya. Sehingga kini, dia masih belum membayar duit edah. Carta aliran wang masuk ke akaun saya untuk bulan Mei 2018 sahaja lebih dari RM20,000 kerana selama ini saya tidak berkira untuk belanja anak. Ansuran bulanan kereta beliau sahaja sudah mencecah RM5,000 sebulan. Tetapi belanja anak berkira.

Rumah sewa saya menetap sekarang RM1,000 sebulan. Sudah 8 bulan saya tinggal tanpa meminta apa apa duit sewa dari dia, separuh duit sewa rumah harus dibayar oleh bapa. Tadi di perbincangan, pegawai menetapkan anak dibayar RM1,060 sebulan mengikut perbelanjaan dan kemampuan bapa. Bapa pakai seluar dalam jenama Ralph Lauren, tetapi beliau menyuruh membeli baju anak di Mydin.

Ketika mahu pulang.. Saya memberi kebenaran dia untuk pegang anak. Tetapi di dalam lif, dia dan mak mentua saya mahu mengambil anak saya pulang. Mak mentua cakap mata saya seperti setan dan Camilla ini hak anaknya. Benih anaknya. Saya cuba mengambil anak saya. Tetapi saya ditumbuk oleh beliau berkali kali.

Kejadian ini disaksikan orang awam dan polis. Polis menyuruh membuat laporan.

Petikan dari ibu beliau sebentar tadi, ‘kalau nak jaga sendiri, kenapa nak tuntut nafkah? ‘ Saya bersedia jika beliau tidak masukkan 1 sen, tetapi camilla harus dibintikan abdullah.

Saya kemahkamah berdua sahaja dengan camilla, kerana ibu dan keluarga saya tidak suka campur tangan. Dan saya diam selama ni sebab dia tak minta anak, ekoran belum putus susu badan. Tetapi harini saya tak boleh terima bila dia nak ambil anak saya.

Sumber : Ayshah Abdul Rahman / Ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*