Sebab Kenapa Isteri Garang Boleh Bagi Kebahagiaan Dalam Sebuah Keluarga

Tahukah anda sebenarnya ada kelebihannya jika anda dapat pasangan atau wanita yang garang. Boleh dikatakan anda lebih beruntung sebenarnya. Nak tahu kenapa?

Isteri Banyak Cakap..’Bini Aku Gitu Jugok!’ – Ustaz Azhar Idrus

Mungkin anda pernah jumpa pasangan hidup yang salah seorangnya garang dan tegas dalam keluarga. Lagi-lagi kalau pasangan anda itu anak sulung. Kalau suami yang garang mungkin dianggap biasa sebab tugasnya seorang ketua pemimpin. Tapi bayangkan jika isteri yang garang?

Boleh dikatakan ramai lelaki takut jika dapat isteri yang garang. Mana tidaknya, semua tindak tanduk akan dipantau dan setiap percakapan perlu dijaga. Kalau tidak, habis semua kantoi. Hehe.

Namun tahukah anda sebenarnya ada kelebihannya jika anda dapat pasangan atau wanita yang garang. Boleh dikatakan anda lebih beruntung sebenarnya. Nak tahu kenapa? Kami senaraikan 5 sebab munasabah anda akan lebih bahagia jika dapat wanita garang.

1. MEREKA AKAN MELINDUNGI ANDA

Mak korang mesti garang kan. So kalau dapat wanita garang sebagai pasangan mereka jenis lebih mengambil berat dan menjaga anda. So, tak perlu takut dengan ancaman luar.

2. ELAK ANDA LAKUKAN PERKARA BODOH

Lelaki ni suka buat perkara bukan-bukan dan adakalanya perkara bodoh. So, kalau dapat awek jenis garang elakkan anda terjerumus untuk buat perkara tak elok.

3. MEREKA LEBIH BERDIKARI

Wanita garang ni bukan jenis lemah dan mereka mampu lakukan banyak perkara sendiri tanpa bantuan lelaki. Bila jenis berdikari ni, buatkan hubungan lebih lancar dan tiada masalah.

4. MEREKA BIJAK MERANCANG

Wanita garang ni tahu apa yang mereka inginkan dan bijak dalam perancangan. Mereka tak suka melengahkan sesuatu perkara. Kehidupan lelaki juga akan lebih teratur.

5. JENIS TAK SUKA MENYUSAHKAN

Jika anda keluar makan bersama dan teman wanita/isteri anda mahu membayarnya biarkan je. Walaupun anda mampu berikan wang beribu ringgti, wanita jenis ini ada prinsip mereka sendiri yang tidak suka menyusahkan sesiapa.

Kredit: mycomel.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*