Semoga tiada anasir jahat di bawah kepimpinan Ayahanda kami, Tok Ti harap terbaik untuk Malaysia.

Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) telah mencipta fenomena luar biasa buat negara ini apabila menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi kembali menduduki kerusi perdana menteri.

Golongan selebriti tanah air juga tidak melepaskan peluang untuk meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut menerusi laman Instagram masing-masing.

Paling bersemangat apabila penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memuat naik beberapa posting mengenai kemenangan tersebut serta berkongsi perasaan gembira di laman Instagram miliknya.

Video Player

Terbaru, isteri kepada Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa itu mendoakan agar tanah air tercinta ini dilindungi daripada anasir-anasir luah dan terus aman sejahtera di bawah kepimpinan berwibawa Tun M.

“#throwback Jumaat yang mulia ini, doa saya moga Allah SWT terus melindungi Malaysia daripada anasir jahat & terus aman damai di bawah kepimpinan Ayahanda yang kami sayangi @chedetofficial bersama Bonda Tun Siti yang setia menemaninya.. #malaysiakutercinta #malaysiabaru,”  katanya menerusi kapsyen.

Perkongsian itu disambut baik oleh pengikutnya yang rata-rata turut mengaminkan doa berkenaan serta berharap yang terbaik untuk Malaysia.

Amin, hidup Tun!

Semoga Malaysia aman!

Semoga Tun & isteri dipanjangkan usia!

Semoga Allah lindungi Malaysia!

Terima kasih Tun!

Sumber : Siti Nurhaliza

Kredit; Ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*