VIDEO!! GELANDANGAN TERKEJUT DAN SEBAK APABILA MELIHAT WAJAHNYA DI CERMIN SETELAH DISOLEK OLEH PEREKA FESYEN TERKENAL MENJADIKAN DIRINYA KACAK DAN BERGAYA…

Jose Antonio, 55 tahun merupakan seorang gelandangan yang hidup sekadar mengutip bayaran parkir secara haram.

Selama 25 tahun hidup sebagai gelandangan, rambut dan jambangnya tidak pernah dipotong serta penampilannya tidak terurus.

ge2

Sehinggalah suatu hari, Jose telah ditawarkan untuk melakukan transformasi gaya dan penampilannya.

Seorang pemilik kedai gunting rambut yang berada berdekatan dengan kawasannya menjaga parkir telah menawarkan perkhidmatan ini.

ge3

Jose yang dahulunya kelihatan serabai telah berjaya ditukar kepada seorang lelaki yang tampan dan bergaya sesuai dengan gaya masa kini, hipster.

ge4

ge5

Malah, perubahan ini mengejutkan dirinya sendiri. Orang ramai yang sudah kenal dengannya juga tidak menyangka lelaki itu ialah Jose Antonio.

Beberapa wanita juga tertarik dengan penampilan barunya yang tidak ubah seperti seorang model dan pemuda yang kacak.

Ketika sesi menggunting rambut, Jose membiarkan sahaja dan reaksi wajahnya seolah-olah tidak ingin mengambil tahu apa-apa.

ge6

Mungkin, Jose lebih memikirkan tentang kehidupannya yang tiada masa depan tetapi beliau tidak sedar kehidupannya akan berubah pada waktu tersebut.

ge7

Selesai sesi transformasi wajah ini, Jose melihat cermin dan berkata, “Oh Tuhan, ini sangat menakjubkan. Adakah ini betul-betul diri saya?”

ge1

Menurut Jose, perubahan ini bukan perubahan kepada wajahnya sahaja tetapi perubahan untuk kehidupannya.

Walaupun sehingga kini beliau belum mendapatkan apa-apa pekerjaan, Jose mengekalkan gaya ini dan menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Beliau turut mendapat bantuan kewangan daripada sebuah syarikat yang enggan dikenali.

Peristiwa ini telah berlaku pada tahun 2015 tetapi baru sahaja dikongsi melalui laman rasmi Facebook kedai gunting rambut tersebut pada tahun ini bagi meraikan ulang tahun ketiga mereka.

 

Sumber: era baru via seek truth

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*