Jangan korek hidung dengan jari berdakwat kekal kerana ia boleh memudaratkan – Doktor

9 Mei 2018, hari yang akan menentukan sama ada Barisan Nasional akan kekal memerintah negara atau Pakatan Harapan akan mengambil alih kepimpinan di Putrajaya. Tidak kira siapa yang menang, namun anda perlu tahu nasihat daripada doktor ini yang mencegah para pengundi memasukkan jari yang telah dicalit/celup dengan dakwat kekal ke dalam hidung atau mulut.
Ini kerana katanya, dakwat berkenaan mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan terutamanya saluran pernafasan yang membawa kepada rasa pedih terbakar dan sekiranya terhidu ia boleh menyebabkan sakit tekak, sakit kepala, loya, muntah dan menyebabkan serangan asma akut.
MENGAPA Doktor tidak benarkan main-main korek hidung atau sebagainya selepas jari anda dicelup dengan dakwat kekal pilihan raya? Nampak kelakar tapi bahaya menunggu!
Dakwat kekal mengandungi bahan kimia Silver Nitrate (AgNo3). Apabila dakwat terkena kulit berlaku tindakbalas dan ia membentuk Silver Chloride yang tidak larut dalam air dan kekal pada kulit sekurang-kurangnya selama 72 jam!
Ia tidak boleh dibasuh dengan sabun, air panas, alkohol atau pencuci lainnya. Ia akan hilang apabila kulit lama mati dan digantikan dengan kulit yang baru.
Silver Nitrate adalah satu bahan yang beracun dan jika digunakan dalam kuantiti yang banyak ia boleh menyebabkan hakisan pada kulit, kesan ‘terbakar’ kemerah-merahan pada kulit dan ia boleh merosakkan membran mukosa dan mata sekiranya terkena dalam kuantiti yang banyak.
Di dalam lubang hidung dan saluran pernafasan kita ia dilapisi dengan membrane mukosa. Silver Nitrate akan memberi kesan yang sangat merbahaya kepada lapisan tersebut. Ia boleh menyebabkan rasa pedih terbakar dan sekiranya terhidu ia akan menyebabkan batuk, ‘Wheezing’, sakit tekak, sesak nafas, sakit kepala, loya dan muntah dan boleh menyebabkan serangan asthma akut.
Cara elakkan bahaya di atas:
1. Minta pegawai bertugas calitkan sedikit sahaja di jari kita, elak dari mencelupkan jari ke dalam botol dakwat, tetapi sekiranya terpaksa celupkan sedikit hujung jari sahaja.
2. Guna jari tangan kiri yang tidak digunakan untuk makan.
3. Ketika dakwat masih basah jangan sekali-kali dikenakan kepada membran mukosa seperti diletak dalam hidung atau mulut.
4. Jangan hidu bau dakwat ketika basah kerana boleh menyebabkan gangguan sistem pernafasan.
5. Kepada petugas pilihanraya, tutup dakwat yang tidak digunakan untuk elak terhidu dan tumpah dan anda dinasihatkan memakai sarung tangan dan topeng muka sekiranya perlu.
(Occupational Health Doctor)
Sumber: Thereporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*