Lelaki Ini Beli Plate RM70 Ribu ‘AKU 8055 @ AKU BOSS’ Tapi Hanya Letak Pada Motor Demak EX90. Sebabnya Buat Netizan Kagum!

IPOH – Nombor pendaftaran AKU 8055 yang berjaya dibida dengan harga RM74,000 oleh seorang ahli perniagaan dari Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini digunakan pada sebuah motosikal jenis Demak EX-90 yang hanya berharga kira-kira RM2,600.

Keputusan pemilik nombor AKU 8055 yang menjadi rebutan ramai mencetus tular di media sosial terutamanya Facebook apabila ramai yang terkejut dan rata-rata memberi komen bahawa nombor tersebut disifatkan sebagai tidak sepadan dengan motosikal Demak EX-90.

Gambar motosikal Demak EX-90 milik De Wei menggunakan nombor pendaftaran AKU 8055 berharga RM74,000 yang tular di laman sosial Facebook sejak kelmarin.

Pemilik AKU 8055 yang mirip perkataan AKU BOSS berjaya dibida oleh Ch’ng De Wei selepas bersaing dengan ramai kenamaan lain termasuk artis dan bintang sukan.

Selepas berita nombor pendaftaran AKU 8055 didaftarkan pada motosikal Demak EX-90 menjadi tular di media sosial, De Wei menerusi jurucakapnya yang mahu dikenali sebagai Bob tampil membuat penjelasan.

Menurut Bob, ahli perniagaan yang berjaya membida nombor tersebut sebenarnya mempunyai perancangan lebih besar iaitu menjual motosikal tersebut dengan harga RM400,000.

sumber: kosmo

Lebih RM200,000, ‘AKU 1’ lebih mahal dari ‘AKU 8055’

Nombor plat kenderaan siri AKU 1 yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak hari ini menerima bidaan tertinggi, iaitu bernilai RM207,898.90.

Pengarahnya Mohd Zawawi Zakaria berkata bidaan nombor plat kenderaan siri itu (AKU 1) yang dikeluarkan sejak 3 Julai dan ditutup 18 Julai lalu mengatasi nombor popular seperti 8055, 1305 dan 805.

Beliau berkata bagi nombor plat kenderaan siri AKU 8055 yang menyerupai perkataan ‘AKU BOSS’ pula menerima nilai bidaan tertinggi berjumlah RM74,000.

JPJ Perak menerima 3,315 permohonan dan daripada jumlah itu sebanyak 239 permohonan ditolak kerana gagal mengikut syarat yang ditetapkan.

“Nombor terlaris siri AKU ialah AKU 1305 iaitu seramai 49 pembida, AKU 8055 (27), AKU 89 (23), AKU 69 (21), AKU 2121 (20), AKU 4212 (19) dan AKU 805 (18) pembida,” katanya pada sidang media di ibu pejabat JPJ Perak di sini.

Mohd Zawawi berkata jumlah kutipan keseluruhan nilai bidaan nombor plat kenderaan AKU ialah RM3.5 juta dan ia merupakan jumlah bidaan tertinggi yang direkodkan JPJ Perak setakat ini.

“Kebiasaannya permohonan tender nombor plat kenderaan yang direkodkan JPJ Perak adalah antara 500 hingga 600 penyertaan sahaja, tetapi bagi siri AKU permohonan bertambah enam kali ganda,” katanya.

Berdasarkan senarai pemilik nombor siri kenderaan pada papan kenyataan JPJ, pembida tertinggi nombor AKU 1 ialah Mohd Shah Rizad Mohammed Rashid manakala AKU 8055 pula milik Ch’ng De Wei. — Bernama

SUMBER : Malay Mail Online

5 Nombor Plat Kenderaan Paling Mahal Di Dunia. No plat malaysia berapa juta?

 

Kecoh apabila JPJ Perlis dikatakan mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah agensi itu apabila telah mengutip sebanyak RM12.2 juta hasil bidaan nombor pendaftaran “RR”. Kutipan tertinggi sebelum ini adalah sebanyak RM7.1 juta. No plat “R1” tidak dibida oleh sesiapa kerana merupakan no plat khas Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah memenangi bidaan dua nombor plat iaitu RR6 dan RR6 dengan jumlah RM856,780.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 nombor pendaftaran kenderaan termahal dalam sejarah dunia.

5. Tidak diketahui pemiliknya, Scotland – 2008

s1 845

Berada di tangga ke-5 no plat termahal di dunia pernah dicatatkan adalah no plat “S1”. No plat ini dipercayai no plat pertama di Scotland dan dahulunya dipasangkan kepada kereta yang dimiliki oleh antara pemilik kereta pertama di Scotland iaitu Lord Kingsburgh pada tahun 1903.

red skoda

Dengan harga RM2.23 juta, ia telah dibeli pada tahun 2008 oleh seseorang yang tidak mahu diketahui identitinya yang memberitahu akan dipasangkan pada kereta Skoda model lama yang berwarna merah

4. Afzal Khan, United Kingdom – 2008

f1

No plat : F1

Harga : RM2.43juta

Seorang usahawan dari Bradford, United Kingdom telah memadamkan rekod yang dipegang oleh no plat “S1”, dengan membayar harga RM2.43 juta bagi mendapatkan nombor plat “F1” yang samgat sinonim dengan Formula 1. Ia juga merupakan no plat termahal dalam sejarah Britain.

afzal khan

Pada tahun 2014, Afzal Khan telah menolak tawaran satu individu yang ingin membeli no plat “F1” ini dengan harga RM33.16 juta. No plat ini dipasangkan kepada kereta Mercedes SLR McLaren beliau. Beliau memberitahu ia merupakan pembelian yang berbaloi kerana harga sebenarnya mungkin bernilai 10 kali ganda.

3. John Collins, United Kingdom – 2014

john collins

john collins

Harga : RM2.86 juta

25 o

No plat ke-3 termahal di dunia dan termahal di Eropah telah dibeli oleh penjual kereta klasik iaitu John Collins dengan harga RM2.86 juta. No plat “25 O” tersebut dipasangkan pada sebuah kereta Ferrari 250 SWB yang pernah dimiliki oleh lagenda Eric Clapton dan bernilai RM42.8 juta.

2. Talal Ali Mohmmad Khouri, UAE – 2007

talal ali mohmmad khouri

25 o

Harga : RM19.35 juta

Talal Ali Mohmmad Khouri, seorang ahli perniagaan dan ahli lembaga Abu Dhabi Chamber of Commerce, telah mencatatkan rekod pembelian no plat termahal di dunia pada tahun 2007. Sebanyak RM19.35 juta dibelanjakan oleh hartawan ini bagi mendapatkan no plat “5” itu.

talal ali mohmmad khouri

Dalam lelongan yang sama, beliau juga membeli satu lagi no plat iaitu “55” dengan harga RM4.4 juta. Talal Ali memberitahu akan menjual no plat itu apabila beliau meninggal dunia dan menggunakannya untuk amal jariah.

1. Saeed Abdul Ghaffar Khouri, UAE – 2008

1 329

Harga : RM40 juta

Tak syak lagi nombor pendaftaran kereta termahal di dunia yang pernah dibeli adalah di Abu Dhabi. Rekod yang dipegang oleh Talal Ali pada tahun 2007 telah dipecahkan oleh Saeed Abdul Ghaffar Khouri yang merupakan ahli perniagaan dan juga salah seorang ahli keluarga kaya Abu Dhabi telah membeli nombor plat “1” denga harga RM38.67 juta.

Terdapat beberapa sumber yang menunjukkan no plat ini digunakan pada beberapa kereta termasuklah Pagani Zonda F, Bugatti Veyron dan Phantom . Namun, harga no plat ini sendiri lebih mahal daripada harga kereta-kereta ini.

kredit: iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*