Pernah Tertanya-tanya Akan Lubang Kecil Di Kelopak Mata? Ini Fungsinya…

Cuba anda berdiri di hadapan cermin dan perhatikan bahagian mata betul-betul. Jika anda perasan, ada satu lubang kecil berada tepat di kelopak mata bahagian bawah.

Mesti anda tertanya-tanya apakah fungsi lubang kecil berkenaan, bukan? Jika ada bulu mata anda terkena lubang kecil itu, pasti anda akan berasa sedikit gatal.

Lubang kecil itu sebenarnya sesuatu yang normal kerana semua individu di dunia memilikinya. Cuma, apa yang mungkin kita tidak tahu adalah fungsinya.

Lubang kecil itu dikenali sebagai lacrimal punctum

Lacrimal punctum adalah bahagian mata yang normal; ada yang sedikit besar berbanding dengan lubang kecil pada mata sebelahnya.

Anda mungkin tidak perasan akan kewujudan lubang kecil itu pada bahagian bawah kelopak mata, tetapi pasti majoriti daripada kita yang tidak tahu langsung bahawa ia sebenarnya wujud pada bahagian atas dan bawah kelopak mata manusia.

Terdapat banyak konsep yang salah berkaitan dengan lubang kecil tersebut. Contohnya, ada yang mendakwa ia menghasilkan air mata. Ianya salah.

Untuk pengetahuan anda, lacrimal punctum sebenarnya sebahagian daripada proses saliran mata. Kalenjar air mata akan menghasilkan air mata manusia, kemudian air mata itu akan dikumpulkan oleh punctum dan disalirkan menerusi lubang itu, di mana hasilnya anda akan tersedu-sedu selepas menangis.

Ia juga boleh dianggap seperti terusan yang terbuka, di mana ia menghubungkan mata manusia kepada pundi lacrimal. Air mata akan disalirkan daripada pundi tersebut kepada saluran lacrimal yang terdapat pada bahagian hidung manusia. Hal ini lazimnya menyebabkan hidung kita berair selepas menangis.

Terdapat juga prosedur yang membolehkan lubang kecil itu daripada terus mengumpulkan air mata dengan banyak

Iaitu memasukkan plag kecil seperti ini pada lubang kecil berkenaan

Ia merupakan satu prosedur yang menakutkan, bukan? Tetapi prosedur berkenaan berperanan untuk menghalang mata daripada kering – jika air mata disalurkan secara berterusan.

Dengan menutup lubang berkenaan, mata kita akan kekal lembap, sihat dan berupaya untuk melawan sebarang jangkitan. Indikasi porsedur ini termasuklah sindrom mata kering, keratitis, sindrom Sjogren dan hakisan kornea berulang.

Terdapat juga kes di mana lacrimal punctum berfungsi secara berbalik, di mana ia membalikkan aliran bendalir. Ini bermakna, bendalir seperti air mata, udara dan bahkan darah pun boleh keluar menerusi lubang kecil tersebut!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

 

Sumber: Era Baru

Kredit: islamik info

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*