Rupanya BEGINI!! 6 rahsia trik silap mata terkenal terbongkar dah.. Rupa-r upanya siapa pun dapat buat

Silap mata adalah kesukaan banyak orang. Ahli silap mata sering buat aksi-aksi yang buat orang rasa tidak percaya sampai tidak dapat tutup mulut. Semua aksi yang dibuat oleh ahli silap mata cam rasa tidak masuk akal jer, tapi ahli silap memang betul-betul dapat buat sesuatu yang buat orang terkejut!!

Apakah ialah silap mata? Apakah ahli silap dapat lakukan? Mengapa orang percaya dalam silap mata dalam menghadapi pengalaman yang begitu mengejutkan? Masih ingat dulu masa kecil sangat suka duduk di depan kaca TV tengok ahli silap buat persembahan. Satu contoh yang amat terkejut dan tidak percaya ialah topi ahli silap mata yang sangat misterius.

Mula-mula ahli silap mata tunjuk kepada penonton topi dia adalah kosong dan tidak ada apa-apa kat dalam topi tu, tapi tengok tangan dia cam ambil sesuatu kat udara sana, dan buat cam masukkan ke dalam topi tu. Lepas tu tiba-tiba tangkap satu arnah dari dalam topi dia. Ini memang buat semua orang terkejut sebab ahli silap mata tu ada tunjukkan kepada semua orang di mana topi tu memang kosong kat dalam. Kenapa tiba-tiba ada arnab muncul kat dalam topi tu?

Misterius ini ahkirnya bulan lagi misterius dah. Ada orang bongkarkan rahsia nie. Jom tonton video di bawah, Rupanya BEGINI!! 5 rahsia trik silap mata terkenal terbongkar dah.. Yang paling akhir siapa pun dapat buat

SUMBER

ARTIKEL BERKAITAN DIBAWAH…

10 Rahsia silap mata terkenal didedahkan

10 Rahsia silap mata terkenal didedahkan

Kadang-kala, sesuatu perkara yang berlaku di dunia ini tidak boleh dijelaskan. Hal yang dikatakan ialah mengenai magik. Ada yang mengatakan bahawa ianya melibatkan kuasa ghaib dan keupayaan yang luar biasa. Tetapi betulkah ianya sebegitu?

Mungkin sebenarnya terdapat penjelasan di sebalik perkara yang luar biasa dan misteri tersebut.

Di sini akan dijelaskan dan didedahkan rahsia di sebalik 10 helah dan silap mata yang terkenal.

#10 Mercu tanda Statue of Liberty dihilangkan

 

© depositphotos

Pada tahun 1983, ahli silap mata terkenal David Copperfield mengejutkan dunia dengan menghilangkan Statue of Liberty. Helah tersebut dapat dijelaskan dengan sangat mudah. Mercu tanda besar tersebut ‘dibungkus’ dengan kain fabrik yang besar dan ditutup dengan skrin besar yang diletakkan di hadapan penonton. Persediaan yang ringkas mencipta ilusi, dan pencahayaan daripada lampu sorot membutakan para penonton dengan cahayanya yang kuat. Selepas monument itu didedahkan, penonton tidak dapat melihat dengan jelas kerana pandangan mereka telah kabur seketika kerana cahaya dari lampu sorot yang sangat kuat.

#9 Helah trak besar dihilangkan 

© depositphotos

Bagaimana anda mahu membuatkan trak besar hilang di depan mata penonton? Mudah! Apa yang anda perlukan ialah langsir besar di sekeliling trak, dan cipta penonton yang palsu. Selepas menutup trak besar itu dengan langsir, suruh rakan anda memandunya keluar daripada langsir tersebut sebelum mendedahkannya. Sekarang anda pasti faham mengapa silap mata ini hanya boleh disaksikan di kaca televisyen.

#8 Orang Terapung

 

© depositphotos

Lelaki terapung di kaki lima dilakukan oleh ahli silap mata atau pendeta. Ilusi tersebut boleh dilaksanakan dengan meletakkan struktur besi [tempat duduk] di bawah ‘pelakon’, dan besi tersebut ditutup dengan kain yang labuh yang dipakai ahli silap mata. Tiada kuasa yang luar biasa diperlukan.

#7 Tangan menembusi kaca

 

© depositphotos

Ahli silap mata memerlukan dua skrin yang dipotong untuk menggerakkan tangan menembusi kaca. Apabila persembahan dimulakan, cermin betul akan digerakkan ke belakang, dan dua cermin palsu akan digerakkan ke hadapan. Sekarang terdapat ruang untuk menggerakkan tangan. Apabila persembahan tamat, pembantu akan menukarkan dan menggerakkan cermin yang benar ke bahagian hadapan.

#6 Helah menukarkan duit $1 kepada $100

 

© pixabay

Ahli silap mata akan melipat duit kertas $1 dan disorokkan di belakang jarinya. Kemudian mereka akan menukarkannya dengan wang $100. Di sinilah berlakunya transformasi tersebut.  Silap mata ini boleh dilakukan dengan berapa sahaja jumlah wang.

#5 Berjalan di atas air

 

© depositphotos

Helah ini biasanya dilakukan di kawasan air yang tidak jelas seperti sungai dan kolam renang. Tujuan utama ialah memastikan kaca atau platform plastik tidak kelihatan kepada para penonton. Kini anda juga boleh berjalan di atas air.

#4 Melepaskan diri dari gari di dalam air

 

© Summit Entertainment

Helah ini menggabungkan kekuatan fizikal dan kunci mangga yang palsu. Pembantu perlu memasang kunci dengan longgar. Ahli silap mata kelihatan seperti sedang bergelut sedangkan itu hanyalah lakonan oleh mereka.

#3 Helah kad yang ditanda

 

© depositphotos

Ahli silap mata akan menyuruh seseorang menurunkan tanda tangan mereka ke sekeping kad. Kemudian ahli silap mata akan mengiyak kad tersebut sebelum mengembalikan kad tersebut kepada rupa asal, yang akan memukau mata penontn. Rahsianya sangat mudah. Ahli silap mata mempunyai kad yang dilipat di dalam poketnya, dan dia akan menukarkan dengan kad yang ditanda sebelum mengoyakkannya. Kad yang berada di dalam poket dikoyak, dan kad yang ditanda selamat dan tidak diapa-apakan.

#2 Menelan pedang

© depositphotos

Tidak dinafikan terdapat ahli persembahan yang melatih diri dan berdepan bahaya untuk melaksanakan helah menelan pedang. Helah ini memerlukan persediaan fizikal dan mental. Ahli silap mata akan meletakkan kepalanya selaras dengan leher dan perutnya supaya dia tidak tercedera oleh pedangnya.

#1 Memisahkan badan

 

© wikipedia

Helah memisahkan badan akan dilihat benar jika anda melihatnya dari hadapan. Tetapi jika dilihat dari tepi, anda akan dapat melihat dengan jelas bahawa dari bahagian lutut ke pinggang terdapat penggunaan patung plastik. Baju labuh dan kedudukan badan mencipta ilusi sempurna lelaki memegang kakinya sendiri.

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*