Senarai Bantuan Kerajaan Yang Anda Masih Boleh Mohon Bulan April 2018.JANGAN Lepaskan Peluang Ini

Bagi anda yang sedang mencari bantuan kerajaan 2018,berikut dikongsikan bantuan yang masih aktif beroperasi bagi membantu menringan kan beban rakyat malaysia.

Terdapat beberapa bantuan baru yang diumumkan ketika pembentangan Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu seperti Amanah Dana Anak Malaysia 2050 yang menyediakan hadiah RM200 kepada bayi yang baru lahir bermula 1 Januari tahun ini.

Bagi anda yang ingin membeli rumah tahun ini,kerajaan juga menyediakan beberapa Skim Perumahan  Seperti  Rumah Mesra Rakyat,Skim MyHome 2018dan sebagainya,Sila rujuk kategori bantuan kerajaan untuk maklumat lanjut.

1. Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)

AS1M adalah satu Pelaburan Saham yang disokong oleh pihak kerajaan,melalui pelbagai portfolio pelaburan yang ditawarkan,AS1M menawarkan aliran pendapatan tetap untuk setiap pemegang unit amanah sambil mengekalkan modal pelaburan mereka untuk jangka masa panjang.

untuk maklumat lanjut mengenai AS1M,boleh diperolehi disini

2. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Pemberian BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012,ia akan memanfaatkan 4.7 isi rumah dan 2.7 juta individu bujang di seluruh malaysia. ia adalah sebuah polisi pembayaran secara sekali untuk isi rumah berpendapatan RM4,000.00 dan kebawah atau individu bujang berumur 21 tahun keatas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan. peserta dibawah program ekasih dengan pendapatan RM1,500.00 dan kebawah akan turut menerima BR1M.

untuk maklumat lanjut mengenai BR1M ,Sila layari ini.

3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

KADS1M adalah satu inisiatif baru bagi mengantikan bantuan buku satu malaysia (BB1M), bagi pelajar yang layak. Bantuan RM250 BB1M akan dikredit ke akaun bank melalui KADS1M . Pelajar perlu mendaftar dengan Bank Rakyat untuk melayakkan mereka menerima kad ini. pelajar juga akan menerima diskaun daripada premis premis yang mengambil bahagian.

Layari laman web ini untuk maklumat lanjut.

4. Klinik 1Malaysia

Klinik 1Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Terdapat 361 buah Klinik 1Malaysia di seluruh negara dan kesemuanya terletak di kawasan strategik yang berdekatan dengan kawasan perumahan.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema; rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi dan prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan; serta perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi.

Dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital, klinik ini sentiasa dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan kemudahan dan bekalan ubat mencukupi. Setiap lawatan dikenakan caj hanya RM1 bagi warganegara dan percuma untuk warga emas. Ia beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti umum dan hujung minggu.

Maklumat lanjut mengenai Klinik 1Malaysia dan lokasi Klinik 1Malaysia boleh didapati dalam peta interaktif di bawah atau di sini.

5. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Pada 1 Oktober 2014, Unit PPA1M, JPM ditubuhkan bagi mengambil alih peranan yang dimainkan oleh UKAS, JPM. Penubuhan Unit ini adalah untuk memberi perhatian khusus di dalam merancang, mengawal pelaksanaan program dan memantau projek-projek PPA1M. Dengan kewujudan Unit ini, peranan Agensi Pelaksana diambil alih oleh Unit PPA1M, JPM. Agensi Pelaksana lain adalah Perbadanan Putrajaya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.Skim ini menekanan aspek rekabentuk,kualiti,saiz,lokasi dan harga yang berpatutan sesuai untuk penjawat awam dapatkan bantuan lanjut mengenainya di sini

6. Perumahan Rakyat 1Malaysia

PR1MA dibina bagi menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia mendapatkan rumah idaman mereka pada harga mampu milik. Khusus untuk rakyat berpendapatan sederhana, projek PR1MA sedang dibangunkan di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai PR1MA, anda boleh klik di sini.

7. Skim MyDeposit

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) inisiatif kepada pembeli rumah pertama bagi memiliki kediaman sendiri sepertimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2018 kini dibuka

Skim MyDeposit akan membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang berpendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM15,000 sebulan untuk memiliki kediaman sendiri

Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah pertama kini dibuka bermula 15 Disember 2017 Sehingga 15 Febuari 2018.

Kerajaan telah memperuntukan RM25juta bagi meneruskan pelaksanaan Skim Mydeposit 2018,Untuk info lebih lanjut anda boleh baca disini

8. Amanah Dana Anak Malaysia 2050

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50 telah diperkenalkan pada pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini. Berikut dikongsikan panduan cara memohon skim ADAM50 bagi setiap bayi yang lahir bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Mengikut satu laporan media, sebanyak RM100 juta setahun dijangka dibelanjakan bagi pembiayaan skim tersebut.

Untuk info lebih lanjut anda boleh baca di sini

8. Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

SL1M ialah program yang menyasarkan golongan belia untuk meningkatkan kebolehgajian graduan baru yang menganggur. Menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat dari sektor swasta, program ini menyediakan latihan dan latihan amali untuk graduan baru.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila layari ini.

Ape Pendapat Anda?

Sila SHARE dan Semoga BERMANFAAT

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*