Inilah Jenis Tsunami yang hanyutkan Najib & Umno. Lihat Video

Tanggal 9 Mei 2018, inilah hari bersejarah kuasa undi rakyat Malaysia. Kemarahan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membawa mereka keluar dalam jumlah besar untuk memberikan undi mereka dalam pilihan raya umum ke-14 yang bersejarah.

Hanya segelintir rakyat Malaysia yang menyangka mereka akan dapat melihat hari ini – kekalahan BN yang dipimpin Umno yang telah berkuasa selama 61 tahun.

Inilah kali pertama negara menyaksikan perubahan kerajaan sejak kemerdekaan dari British pada tahun 1957.

Malaysia mungkin satu-satunya negara di dunia, selain segelintir negara komunis, yang tidak pernah mengalami perubahan rejim.

Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) bahkan lebih luar biasa disebabkan terdapatnya pembahagian kawasan parlimen yang memberi kelebihan parti pemerintah, banyak cubaan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggagalkan kempen pembangkang dan mengadakan hari pengundian pada pertengahan minggu ini, yang kemungkinan besar mengakibatkan jumlah pengundi yang lebih rendah.

Sekali air bah sekali pasir berubah, BN tumbang kerana ‘tsunami rakyat Malaysia’ – Melayu, Cina dan India – tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

Pada penghujung hari, persempadan semula, yang diluluskan parlimen selama beberapa minggu sebelum pilihan raya, kembali berulang.

Pengundi, kecewa dengan pelbagai isu, membuat keputusan di peti undi di seluruh negara untuk menggalkan rancangan BN dan fungsinya untuk menipu pilihan raya ini.

Lebih penting lagi, pilihan raya ini menyaksikan sokongan orang Melayu yang memihak kepada pembangkang walaupun ditakut-takutkan dan cuba digula-gulakan dengan ‘sogokan’.

Oleh yang demikian, Malaysia telah memulakan langkah pertama menjadi sebuah negara ‘normal’ (biasa).

Negara ‘normal’ bermakna dua atau lebih banyak gabungan parti politik akan bersaing untuk kuasa. Negara ‘normal’ bermaksud kuasa datangnya daripada rakyat dan bukannya ahli politik. Dalam sebuah negara ‘normal’, kaum dan agama bukanlah ‘alat politik.’

Kini kerja keras baru bermula. Tiada seorang pun boleh berharap kerajaan baru akan semudahnya dapat memulihkan kerosakan negara yang telah berakar selama beberapa dekad.

Bagi sebuah negara yang secara politik berpecah-belah, pastilah mengambil masa menyembuhkan luka-lukanya dan untuk rakyat Malaysia membina semula kepercayaan antara satu sama lain serta membetulkan banyak institusi negara yang telah gagal.

Penghargaan patut diberikan kepada pimpinan BN seperti Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang amat berbesar hati menerima kekalahan, menekankan suara rakyat adalah yang paling penting.

Begitu juga, pendukung HARAPAN juga mesti berhati-hati atas kemenangan ini.

Tarikh 9 Mei 2018, juga merupakan peringatan kepada semua ahli politik untuk tidak memandang rendah keupayaan rakyat. Hari ini menjadi peringatan bahawa rakyat ialah tuan mereka dan ahli-ahli politik dipilih untuk berkhidmat dan bukan untuk menjadi tuan kepada rakyat.

Adalah bijaksana bagi kerajaan baru untuk sentiasa memegang peringatan ini.

Tahniah Rakyat Malaysia!

Sidang media HARAPAN tawanPutrajaya

HARAPAN akhirnya memperoleh kerusi minimum untuk mendapat majoriti di Dewan Rakyat pada awal pagi ini.

Jumlah yang diperlukan bagi mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat ialah 112.

Bilangan kerusi yang dicapai HARAPAN kira-kira jam 2.45 pagi ini ialah 114, tidak termasuk Batu yang dimenangi calon bebas dan mendapat sokongan PKR.

Setakat ini BN memenangi 74 kerusi berbanding PAS 17. Tiga orang calon bebas turut mencatat kemenangan.

Pemenang untuk 14 kerusi lagi belum dapat disahkan.

Bercakap kepada media pagi ini Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mereka tidak akan membalas dendam ke atas sesiapa.

Kenyataan itu dibuat apabila beliau ditanya sama ada kerajaan baru nanti akan mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir juga sudah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk mengumumkan hari ini (Khamis) dan esok sebagai cuti umum.

Ia selaras dengan janji gabungan berkenaan jika mereka mendapat mandat dalam PRU ke-14 ini.

Dalam pada itu, Mahathir akan mengadakan mesyuarat dengan semua presiden parti komponen gabungan itu bagi menentukan barisan menteri kabinet.

Pakatan Harapan juga akan minta pengampunan Di Raja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, kata calon perdana menteri HARAPAN itu.

Sumber : Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*