Mereka Mahu Islam Yang Liberal Dan Sekular

KUALA LUMPUR – Terdapat pihak mahukan Islam yang membuka pintu kepada perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T seperti judi, arak dan sebagainya kepada penganut Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan itu mahu umat Islam menerima konsep bahawa urusan negara adalah kepunyaan manusia dan cuma agama kepunyaan Allah S.W.T

“Wanita Islam yang menutup aurat dianggap mengongkong diri dan tidak tahu bersosial. Bebas memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar badannya tanpa rasa malu sehingga ada yang bertelanjang dikira hak kebebasan yang dihormati.

“Mereka yang menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dikira bahaya mengancam masyarakat. Melakukan kemungkaran dan melindunginya dikira hak kebebasan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi berkata, golongan seperti itu sebenarnya mahukan Islam tanpa hidayah mengikut bahasa Al-Quran kerana ia dianggap sebagai suatu yang jelik.

Jelas beliau, jenama yang mereka mahu adalah Islam Liberal atau Islam Sekular yang meninggalkan aqidah, syariat dan akhlak yang kononnya sealiran dengan zaman kini walaupun ia sebenarnya kembali ke ‘zaman jakun’.

“Demikianlah hanggapannya terhadap Islam. Media massa (sosial) yang dikuasai digunakan habis-habisan untuk menyebarkan maklumat tersebut dalam dunia tanpa sempadan dan langit terbuka.

“Mereka lupakan pepatah mereka sendiri bahawa manusia tidak boleh ditipu dalam semua masa. Apabila Islam dicemuhkan, maka tetap ada kalangan manusia yang ingin tahu hakikat yang sebenar lalu membaca dan mengkaji. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh manusia yang berakal,” katanya lagi. –

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*