SETELAH LAMA BERDIAM DIRI, INI SERANGAN PERTAMA NAJIB TERHADAP DR M DAN GUAN ENG

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) ‘berat sebelah’ mengenai tindakan terhadap rasuah.

Beliau dipetik Malay Mail berkata kedaulatan undang-undang mesti dikenakan kepada semua, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Apa pun, ia perlu adil. Kedaulatan undang-undang perlu diterapkan dengan cara yang sangat adil, dan ia harus dilihat dikenakan untuk semua orang. Semua orang mesti mematuhi undang-undang.

“Maksud saya, jika anda (Mahathir) telah menerima 30 ekor kuda daripada kawan-kawan anda, itu juga harus diambil kira, kerana beliau telah mengaku secara terbuka. Kuda itu diberikan oleh kawan-kawannya.

“Beliau telah menerima hadiah daripada rakan-rakannya dan telah mengakuinya secara terbuka,” kata Najib di rumahnya.

Siasatan patuhi undang-undang

Mahathir berkata dalam wawancara CNN dua tahun lalu, beliau telah menerima hadiah kira-kira 40 ekor kuda.Najib kini di bawah siasatan skandal 1MDB. Rumah dan pelbagai premis yang dikaitkan dengannya diserbu pasukan polis.

Mahathir, yang menumbangkan pentadbiran Najib pada pilihan raya umum 9 Mei, menegaskan siasatan akan mematuhi undang-undang.

Sementara itu, Najib juga mempersoalkan pelantikan Lim sebagai menteri kewangan di tengah-tengah perbicaraan kes rasuah.

“Baiklah, prinsipnya adalah kedaulatan undang-undang. Beliau tidak bersalah sehinggalah terbukti (di mahkamah), jadi beliau tidak bersalah kerana beliau dituduh.

“Walaupun beliau tidak bersalah, tetapi kebanyakan orang tidak fikir jika sesuai untuk seorang lelaki yang sedang dibicarakan (mahkamah) untuk dilantik sebagai menteri kewangan, sehinggalah beliau membersihkan namanya.

“Saya tidak mengatakan dia bersalah, tetapi bersihkan nama anda terlebih dahulu,” kata Najib.

Menteri Kewangan yang baru kini sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah mengenai diskaun pembelian banglo di Jalan Pinhorn di George Town daripada ahli perniagaan Phang Li Koon.

Guan Eng menafikan dakwaan itu, berkata ia bermotifkan politik.

sumber: malaysiakini via Media2040

SELEPAS KHAIRY JAMALUDDIN DEDAH KESILAPAN BELIAU TERHADAP NAJIB, INI RESPOND BALAS NAJIB YANG BUAT KJ TAK SENANG DUDUK!

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin patut memberitahunya bahawa beliau telah tersasar dari landasan yang betul.

“Khairy bebas untuk datang dan berjumpa dengan saya dan berkata: ‘Lihat tuan, saya rasa anda tidak berada di landasan yang betul, atau ada masalah, anda tahu, yang tidak diselesaikan dengan cara yang betul.’ Kemudian saya boleh membuat keputusan, sama ada untuk menerima atau tidak menerima.

“Dia tidak berbuat demikian. Maksud saya, dia mengakui bahawa dia tidak berbuat demikian,” kata Najib dalam wawancara dengan Malay Mail.

Khairy dalam temu bual dengan Channel News Asia berkata tiada seorang pun dalam Umno yang mahu mengakui terdapat masalah dalam Umno dan itu merupakan satu kesilapan besar.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau mengamalkan gaya terbuka yang mana orang bebas untuk menyuarakan pandangan mereka.

Suarakan secara tertutup

“Kecuali, saya mahu ia dilakukan secara tertutup (bukan kepada umum), kerana kita tidak perlu menyerang satu sama lain sebagai anggota kerajaan.

“Dia (Khairy) perlu sedar saya tidak akan menekan sesiapa yang mempunyai pendapat berbeza. Saya hanya mahukan disiplin parti dan sesiapa yang didisiplinkan parti adalah kerana mereka melanggar disiplin parti,” katanya.

Umno dan BN kalah pertama kali dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Kekalahan itu membawa kepada perletakan jawatan Najib sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei lalu.

Khairy yang juga anggota parlimen Rembau menerima kekalahan itu sebagai tanggungjawab bersama BN dan Umno ‘yang secara sistematik ditolak’ rakyat.

Sebelum ini…

“Saya silap dan saya akan ingat sampai bila-bila” – Khairy Jamaluddin Akhirnya Dedah Kesilapan Beliau Terhadap Najib!

INI merupakan siri pertama dari dua siri temubual eksklusif Astro AWANI dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam siri ini, Khairy cuba menyentuh punca sebenar kemerosotan sokongan terhadap parti yang telah memerintah selama 61 tahun itu, hingga kehilangan kuasa buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.
Keputusan untuk terus bersama UMNO, walaupun sudah ada unsur-unsur salah tadbir urus oleh bekas Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), merupakan satu keputusan yang jelas tidak betul, kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.
Kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi, kesilapan besar beliau dan Pergerakan Pemuda UMNO adalah terlalu menjaga hati pemimpin atasan dan memegang kepada konsep feudalism secara membuta tuli.

“Apabila Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie dan sebagainya dipecat daripada parti, kami (Pemuda) telah membuat pilihan untuk terus bersama parti, itu adalah pilihan kami dan jelas pilihan itu adalah tidak betul.

“Ini merupakan pengajaran buat UMNO kerana selepas ini, kita kena berani menegur presiden, kena berani menegur pemimpin … dan jangan sekali-kali kita menyimpan suara sebenar rakyat daripada pemimpin,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO, di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Jelas bekas Menteri Belia dan Sukan itu lagi, sekiranya ahli UMNO terus dengan budaya mengampu, dengan budaya tidak berani bercakap ini, parti yang berusia 72 tahun itu langsung tidak akan berganjak ke hadapan, selari dengan perubahan drastik lanskap politik masa kini.

“Ini termasuk saya, kerana saya pun melakukan kesilapan,” katanya lagi.

Pada PRU yang lepas, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kekalahan yang cukup teruk, apabila mereka hanya mampu mendapat 78 kerusi parlimen berbanding 133 yang dimenangi pada PRU sebelumnya.

Keadaan itu sekaligus membuat parti itu hilang kuasa memerintah buat pertama kalinya semenjak kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, dan pembentukan Malaysia pada 1963.

Ditanya bila sebenarnya beliau merasakan indikasi penolakan semakin ketara sepanjang tempoh berkempen PRU yang lepas, Khairy berkata, penolakan itu sudah lama dirasakan, namun hanya pada sudut mikro.

Namun, jelasnya, UMNO dan BN masih merasakan pengundi tegar masih serta pengundi simpanan tetap masih bersama parti itu.

No Malay Tsunami

“There wasn’t any Malay Tsunami. Dalam tempoh berkempen itu, saya cuma merasakan agak dingin, namun saya tidak rumuskan kita akan kehilangan kuasa secara total. Hati kecil saya berbisik, mungkin majoriti akan berkurangan kepada 120 kerusi Parlimen sahaja.

“Tetapi pada hari pembuangan itu, di kawasan saya sendiri (Rembau), saya sudah mula merasakan penolakan secara subtle. Pengundi saya macam segan, saya boleh rumuskan dia tidak benci saya, tetapi dia kata – minta maaflah kali ini saya tak dapat sokong anda,” katanya lagi.

Khairy berkata, penolakan itu jelas akibat isu-isu tertentu seperti 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan kesilapan besar mereka ialah tidak membaca tanda-tanda kemarahan dan keresahan rakyat lebih awal.

“Dan kesilapan ini saya akan ingat selama-lamanya, yang sepatutnya kita baca tanda-tanda ini lebih awal lagi. Dan ini satu kegagalan bagi semua pihak dalam UMNO dan Barisan Nasional,” jelasnya lagi.

Atas sebab itu, kata Khairy, perkara paling utama dalam proses pembinaan UMNO yang bermula sekarang ialah, beban itu tidak harus ditanggung bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

“Kita kena terima tanggungjawab itu secara collective. Jangan kita ingat dengan pengunduran Datuk Seri Najib, dengan adanya kepimpinan baru, dengan itu semata-mata, UMNO akan pulih.

“Jangan kita buat kesilapan pada tahun 2008 di mana kita menurunkan Pak Lah (Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi), tetapi kita gagal buat perubahan yang total kepada UMNO,” katanya.

Bercakap lebih mendalam mengenai sudut Pemuda pula, Khairy berharap pimpinan sayap itu yang seterusnya dapat menjadikan ini sebagai pengajaran, dan lebih tegas sekiranya mendapati pemimpin teratas mula tersasar dari landasan perjuangan.

“Saya harap, pada masa akan datang, siapa sahaja yang menggantikan saya dapat melakukan dengan lebih hebat lagi. Kerana saya akui di situ, kita gagal menyuarakan kebimbangan dan keresahan rakyat biasa terhadap isu-isu yang disebut tadi seperti 1MDB dan sebagainya,” katanya lagi.

sumber: astroawani via Media2040

Sumber; youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*