Rahsia Kesedapan Ayam Gunting Terbaik Guna Serbuk Istimewa Dari Keropok Twisties

Setiap jenis ayam gunting ada rahsia kesedapan yang tersendiri. Ini rahsia yang super easy bagi amatur untuk menggoreng isi ayam sedap seperti jual di kedai. Selalunya isi ayam memang kurang digemari ini cara untuk galakkan makan isi ayam.

AYAM GUNTING

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam-potong nipis-nipis
  • 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
  • 1 1/2 cawan serbuk roti
  • Telur

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan tepung dengan serbuk roti.
  2. Masukkan ayam dan gaul sekata.
  3. Celup ayam dalam telur.
  4. Masukan kembali dalam tepung tadi dan goreng deep fried. (buat sekeping-sekepinh jangan masukan semua ayam tu dalam tepung)
  5. Angkat toskan dan taburkan serbuk istimewa.

INFO: Ketuk isi ayam terlebih dahulu untuk dapat isi ayam lembut. SERBUK AYAM GUNTING

  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah)
  • Twisties BBQ curry separuh sahaja guna dari 1 paket besar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula

CARA MEMBUAT:

  1. Kisar kering semua bahan diatas dan siap.
  2. Gaul dengan ayam yang baru digoreng dan gunting ikut ketebalan yang anda suka.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Are Peace

Sumber: Rasa

Via Limau Manis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*