7 Kes Pembunuhan Berprofil Tinggi Di Malaysia, No 3 Tu Memang 1 Dunia Tahu!

Memang dah beratus – ratus kes jenayah dilaporkan berlaku di Malaysia, ada yang dah selesai dan ada juga yang kes masih dibuka kerana tiada penyelesaian. Ada juga kes2 yang berprofil tinggi yang melibatkan “orang-orang” besar, VIP dan selebriti dan sudah semestinya rakyat marhaein macam kita semua ni.

 

Disini, kami ingin membawa anda kembali ke 7 kes pembunuhan berprofil tinggi yang pernah menggemparkan dan menggegarkan bukan sahaja di Malaysia, tapi juga negara2 serantau.
7. Noor Suzaily Mukhtar – Dirogol, liwat dan dipukul sehingga menyebabkan 44 kesan kecederaan.

Noor Suzaily adalah graduan lulusan Kejuruteraan Komputer dari United Kingdom. Kes ini pernah menggemparkan negara 16 tahun yang lepas apabila dia telah dirogol, diliwat dan dibunuh dengan begitu kejam.

 

Pada 7 Oktober 2000, mangsa baru je dapat kerja dekat Pantai Medial Centre cawangan Klang. Noor Suzaily pun pergi menaiki sebuah bas untuk mendaftar pada hari pertamanya.

 

Tak ramai orang pun yang naik bas tu dan sebaik menurunkan penumpang warga Bangladesh di bandar Klang, driver bas yang bawak Suzaily tu mula melencong dari laluan yang di jadualkan. Dia sengaja tak nak ambil penumpang lain.

 

Menyedari ada yang tak kena, Suzaily yang panik telah menjerit untuk meminta pertolongan. Gadis malang ini turut mengetuk cermin bas dan cuba untuk keluar mengikut pintu kecemasan, tetepi driver bas terlebih dahulu telah menguncikan semua pintu melaui suiz automatik yang terdapat di panel pemandu. Ditambah pula dengan keadaan cermin bas yang gelap, sukar bagi orang yang ada dekat luar nak nampak dan tolong Suzaily.

 

Semasa pergelutan berlaku Suzaily telah dirogol dan diliwat. Mangsa turut dipukul tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan 44 kesan kecederaan pada tubuhnya. Ahirnya, Suzaily telah dijerut menggunakan kain pada leher sehingga menyebabkan kematian. Mayat Suzaily kemudiannya dicampakkan di sebuah kawasan perumahan yang masih di dalam pembinaan di Bukit Tinggi, Klang dalam keadaan bogel.

 

Tiga hari selepas mayat mangsa ditemui oleh orang awam, suspek utama dalam kes pembunuhan adalah Hanafi Mat Hassan berasal dari Bachok, Kelantan. Dia telah ditahan polis di terminal bas Klang.

 

Bapa dan ibu Noor Suzaily memegang keratan akhbar berhubung kes pembunuhan anak mereka Noor Suzaily pada tahun 2000.

Pada awal perbicaraan berlangsung Hanafi ni tak nak mengaku, dia juga cuba untuk mereka-rekakan cerita apabila memberitahu mahkamah yang beliau telah melihat mangsa turun dari bas dalam keadaan tergesa-gesa. Tapi polis dan pihak penyiasat telah menjumpai air mani Hanafi di lantai bas dan di dalam rahim mangsa.

Kebetulan, ada seorang pelajar sekolah, Devan al  Anbalagan (salah seorang saksi utama) telah melihat Suzaily mengetuk cermin tingkap bas yang dipandu Hanafi dalam keadaan tidak terurus. Namun saksi tersebut gagal mengekori bas yang membawa mangsa kerana beliau hanya menaiki basikal. Kalau korang nak tahu, Hanafi pernah berkahwin sebanyak empat kali dan masa kejadian tu berlaku, isteri yang ke-4 baru saja dua minggu melahirkan anak.

 

Yang sedihnya, Suzaily ni adalah satu-satunya anak perempuan daripada empat beradik. Ibu bapa Suzaily punyalah sayang dekat anak dia sampai mereka sanggup cagarkan rumah untuk membiayai pelajaran Suzaily di UK dan yang membuatkan pihak keluarga Suzaily ni sangat marah, sepanjang perbicaraan, Hanafi langsung tidak menunjukkan tanda-tanda keinsafan.

 

Hanafi Mat Hassan tersenyum setelah hakim memutuskan beliau didapati bersalah merogol dan membunuh Jurutera Komputer Noor Suzaily.

Tetapi keadilan telah berjaya ditegakkan, penjenayah ini telah dijatukan hukum mengikut seksyen 376 kanun kesiksaan iaitu penjara 20 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan merogol dan hukuman gantung sampai mati di atas kesalahan membunuh. Pada 19 Disember 2008, Hanafi maut di tali gantung di penjara Kajang, Selangor.

Kalau nak diikutkan pada masa itu, Suzaily hanya berbaju kurung dan tidaklah berpakaian seksi pun. Tetapi sudah ditakdirkan yang beliau berada di tempat yang salah pada masa yang salah telah menyebabkan beliau menjadi mangsa seorang manusia yang kejam.

6. Canny Ong – mayatnya dibakar, disimen dan dicampakan ke dalam lubang sedalam 1 miter.

Pada 13 Jun 2003, kehilangan seorang wanita cantik berdarah kacukan Cina dan India yang bekerja sebagai penganalisis teknologi maklumat di San Diego, California, Amerika Syarikat menjadi berita sensasi media. Kisah ini bermula dengan sebuah parti keraian tetapi berkesudahan dengan tragedi yang membingungkan. Apabila Canny menghadiri makan malam bersama kawan-kawannya, tiada siapa yang tahu ia sebenarnya menjadi majlis perpisahan mereka untuk selama-lamanya.

 

Masa malam kejadian Canny telah pergi ke keretanya bersendirian untuk mengambil tiket parking yang tertinggal manakala ibu dan kakak mangsa menunggu di tempat pembayaran. Tetapi, penantian ibu dan kakak mangsa selama 30 minit di kawasan bayaran tiket di Bangsar Shopping Center menjadi sia-sia apabila Canny telah diculik oleh Ahmad Najib Aris, dirogol, dibunuh dan kemudiannya mayatnya dibakar dalam keadaan yang mengerikan.

 

Namun begitu, motif pembunuhan Canny Ong oleh Ahmad Najib masih samar sehingga ke hari ini dan melalui keterangan di mahkamah, dia telah menghampiri sebelum menculik mangsa kerana Canny telah melanggar motosikal milik beliau dan tidak membayar ganti rugi.

 

Suspek telah menendang mangsa masuk ke dalam kereta. Kemudian Canny telah dibawa ke sebuah kawasan sunyi di Kelana Jaya berhampiran Lapangan Terbang Subang.

 

Suspek dipercayai ingin merogol magsa di tempat kejadian tetapi terbantut apabila terdapat dua orang anggota polis peronda bermotosikal menghampiri kereta tersebut apabila melihat keadaan kereta yang mencurigakan. Yang misterinya, Canny hanya tunduk berdiam diri je masa polis tu datang dan menghulurkan kad pengenalannya kepada suspek untuk dihulurkan kepada dua anggota polis terbabit. Mungkin juga pada masa tu Canny telah diugut dan berada dalam keadaan yang sangat takut.

 

Pearly Viswanathan, ibu kepada Canny Ong dan suami mendiang, Brendan Ong ketika pengebumian mangsa.

Sebenarnya Canny ada memberi dua syarat tangan pada polis, tetapi mereka tidak memahaminya. Akibat terlalu cuak bila ada polis, Najib telah melarikan diri walaupun masa tu IC dia masih ada dekat tangan polis. Polis lantas terus melepaskan tembakan dan terkena tayar depan kereta yang dipandu suspek.

 

Lepas Ahmad Najib berjaya melarikan diri, dia kemudianya telah memberhentikan kereta di Sungai Way Petaling Jaya. Menurut saksi kejadian, suspek telah meminta bantuan alatan daripada orang awam untuk menukar tayar yang telah ditembak tadi dan yang memusykilkan ramai pihak, saksi tu cakap dia nampak Canny hanya duduk diam je dalam kereta tu. Salah satu benda yang menjadi debat kat makhamah kenapa Canny tak cuba melarikan diri tambahan pula beliau memiliki Black Belt dalam seni mempertahankan diri. Namun banyak perkara yang berkemungkinan terjadi pada ketika itu.

 

Walaupun pada mulanya Najib berhenti sebab nak tukar tayar, tapi tidak berjaya pun dan beliau telah meneruskan perjalanan dengan tayar yang rosak menuju ke Jalan Klang Lama, Petaling Jaya. Pada Sabtu, 14 Jun 2003, suspek di percayai telah merogol dan kemudianya membunuh mangsa di Jalan Klang Lama, PJ.

 

Semasa perbicaraan di hadapan hakim mahkamah Tinggi Shah Alam, Najib telah mengakui yang beliau telah mengajak Canny melakukan hubungan seks tetapi mangsa hanya mendiamkan diri sehinggalah dipaksa dengan menggunakan pisau. Kejadian dipercayai telah dilakukan di dalam kenderaan milik mangsa. Akhirnya Canny telah ditikam sebnyak dua kali sebelum suspek mencampakan mayat mangsa di dalam lubang pembentungan yang sempit sedalam 1 meter.

 

Suspek kemudianya meninggalkan kereta mangsa di belakang rumah kedai yang berhampiran di Batu 7 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya. Akibat takut yang Canny masih hidup, Najib datang semula ke kawasan pembunuhan dengan membawa dua botol minyak petrol untuk membakar mangsa. Mayat Canny hanya ditemui empat hari kemudianya pada 17 Jun 2003 dengan kedua-dua tangannya bersilang di dada, kakinya terjuntai keluar daripada lubang manakala badannya telah dihimpitkan dengan dua buah tayar besar berisi simen.

 

Disebabkan kes ni agak kompleks, pihak forensik terpaksa melakukan semua proses kejadian yang melibatkan 8 lokasi dan telah menemui 5 bahan bukti baru termasuk kondom yang digunakan suspek ketika merogol mangsa untuk dibawa ke makahmah. Kesan DNA daripada darah Canny juga telah dijumpai pada seluar jeans Najib dan bukti ini telah membawa beliau kepada hukuman bersalah kerana merogol dan membunuh.

 

Di sebabkan kes ini agak rumit dan kabur, ianya di antara 10 perbicaraan yang terpanjang dalam sejarah perundangan jenayah Malaysia dan berakhir dengan Najib dihukum gantung pada 24 September 2016 di penjara Sungai Buloh, Selangor. Najib masih mengaku tidak bersalah sehinggalah di akhir perbicaraan ini.
5. Kes pembunuhan 4 beranak di Gemencheh – Kepala mangsa dipenggal dan dibawa menaiki bas.

 

“Dia telah membunuh datuk dan neneknya yang berumur lalu memotong kepala bapanya sebelum menikam adik perempuannya yang berusia 22 tahun dan meninggalkan mereka untuk mati dalam keadaan perlahan.”

 

Pada 4 Januari 2010, Malaysia telah digegarkan dengan satu lagi kes pembunuhan di mana empat beranak ditemui mati dalam keadaan yang amat mengerikan termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yg terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

 

Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76 dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.

 

inilah gambar mangsa pembunuhan kejam yang pernah mengemparkan Malaysia pada masa dahulu. Sumber dari Kosmo.

Mayat-mayat mangsa telah di jumpai oleh anak Ismail, Siti Mariam, 18, apabila beliau pulang dari sekolah kira-kira pukul dua petang. Menurut Siti Mariam, kebiasaannya Ismail akan menjemputnya dengan motosikal di jalan besar. Namun pada hari kejadian, kelibat bapanya tidak kelihatan dan dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah.

 

“Sampai saja di rumah, saya panggil kakak, tapi dia tak jawab. Pelik juga sebab biasanya dia akan sambut saya pulang. Bila saya buka pintu, saya nampak kakak terbaring di lantai dengan pisau terpacak di dadanya,” – Sumber dari Kosmo.

 

Siti Mariam yang terkejut melihat keadaan kakaknya kemudian telah berlari ke rumah datuk dan neneknya yang terletak tidak jauh dari rumah mereka untuk mendapatkan pertolongan, tetapi setibanya beliau di hadapan pintu rumah, beliau mempunyai satu lagi kejutan apabila dia melihat mayat bapanya tanpa kepala manakala datuk dan neneknya bergelumang dengan darah dan putus pergelangan tangan.

 

Korang bayangkanlah keadaan Siti Mariam masa tu bile balik sekolah je, dia jumpa ahli keluarganya dalam keadaan yang mengerikan.

Dalam kes ini, pembunuh sebenarnya adalah anak, abang dan cucu kepada mangsa-mangsa sendiri. Kalau korang nak tahu, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa. Beliau telah membunuh datuknya (Atan) dan menetak tangan kanan mangsa sehingga putus. Manakala neneknya yang berusia 80 tahun (Sufiah) juga mati dibunuh dengan tangan kanan mangsa putus ketika mayat dijumpai.

 

Bukan setakat itu je, adik kandung pembunuh juga menerima nasib yang sama apabila ditemui mati dengan senjata tajam terpacak di dada. Lebih sadis lagi apabila mayat ayah kandungnya Ismail dijumpai tanpa kepala akibat dipenggal, kepala itu kemudiannya dibawa ke Shah Alam untuk ditanam di tanah perkuburan Seksyen 21.

 

DI lantai rumah ini, Mariam menemui mayat datuk, nenek dan bapanya yang terbujur kaku. Sumber dari Kosmo.

Rasidi yang merupakan anak kepada Ismail, akhirnya telah ditangkap dan didakwa kerana membunuh. Walaubagaimanapun, Mahkamah Tinggi Seremban mendapati bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia ini tidak bersalah atas jenayah itu kerana beliau tidak siuman dan mengalami schizophrenia.

4. Sosilawati Lawiya – jasad mangsa dikerat sebelum dibakar sehimga menjadi abu.

Pada 16 September 2010, berita kematian Datuk Sosilawati, 47 yang beberapa hari dilaporkan hilang mula tersebar di laman sosial Twitter dan telah mendapat perhatian luar biasa dari rakyat Malaysia. Berita rasmi kemudiannya telah dikeluarkan oleh Bernama, Kosmo dan Utusan. Menurut Utusan, keempat-empat mayat termasuk Datuk Sosilawati ditemui di pantai Morib. Kesemua mereka dibunuh kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

 

Keratan Akhbar Mingguan Malaysia pada 12 September 2010. Sumber dari Utusan Malaysia

Semuanya bermula apabila Sosilawati meninggalkan rumahnya di Gombak untuk ke Banting, Selangor bagi membincangkan urusan pembelian tanah pada 30 Ogos 2010 dan di sinilah beliau bersama-sama dengan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 44 telah menjadi mangsa kepada salah satu pembunuhan  paling mengerikan yang pernah disaksikan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu, kekeliruan dan misteri kehilangan beliau masih menjadi tanda tanya sehinggalah pada 11 September 2010, apabila seorang peguam berpangkat Datuk (N. Pathmanabhan) dan adiknya telah ditahan bagi membantu siasatan dan di sinilah segala perlakuan keji mereka terbongkar.

 

Hasil soal siasat, mereka telah membawa polis ke sebuah pusat ternakan ayam yang dikelilingi di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana kesemua mangsa dibunuh. Yang mengejutkan, pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat.

 

Anggota polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang dan bahan bukti yang dibuang ke dalam Sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga pembantunya. Sumber dari Harian Metro.

Bagaimana kronologi Datuk Sosilawati mati dibunuh bersama-sama 3 lagi mangsa yang lain?

Pada mulanya kesemua mangsa-mangsa ini dipukul tanpa belas kasihan langsung mnggunakan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan mangsa diikat menggunakan dawai. Selepas itu mangsa ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah. Memang mengerikan apabila ada mangsa yang dikatakan dikerat-kerat tubuhnya sebelum dibakar.

 

Tak cukup dengan kekejaman tu, pembunuh-pembunuh ni kemudianya telah melumurkan tubuh mangsa dengan tahi lembu. Sebenarnya tahi lembu ni digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran. Lepas tu kesemua mayat mangsa dibalut pula dengan dengan zink. Minyak petrol dicurahkan ke atas mayat dan kemudianya dibakar menjadi abu. Penjenayah buat macam tu sebab nak menghilangkan bukti jenayah yang diorang lakukan. Berdasarkan bukti awal, kejadian pelupusan mayat ni di lakukan di Sungai Gadong, Tanjung Sepat.

 

Keesokan harinya, penjenayah ni datang lagi ke tempat kejadian, tapi kali ini mereka datang sebab nak kutip sisa cebisan dan abu mayat mangsa yang sudah dibakar, lepas tu diorang kumpulkan dalam satu guni sebelum dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan. Suspek dipercayai turut membuang senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai yang sama.

 

Inilah ambar orang-orang jahat yang terlibat dalam kes pembunuhan. Sumber dari Harian Metro

Kes yang mendapat liputan luar biasa ini berkesudahan pada 4 Desember 2015 dengan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atas empat lelaki kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantu beliau. Mereka yang terlibat ialah bekas peguam, N. Pathmanabhan, 45, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 23, R. Matan, 24 dan R. Kathavarayan, 35.
3. Altantuya Shaariibuu – bom untuk meletupkan bangunan digunakan terhadap mangsa bagi menghilangkan bukti.

Pada tanggal 18 Oktober 2006, seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu  yang berusia 28 tahun telah diculik dan dibawa ke sebuah kawasan terpencil di Shah Alam, Malaysia. Mangsa kemudianya dibunuh dengan cara yang teramat kejam, mangsa telah ditembak di kepala menggunakan senjata automatik sebelum bahan letupan gred tentera (C-4) diikat pada jasad dan mayat mangsa kemudianya dimusnahkan dengan letupan yang biasanya digunakan untuk meletupkan bangunan.

 

Kes pembunuhan Altantuya adalah salah satu kes yang masih menjadi sebutan sehingga ke hari ini.

Kes pembunuhan ini adalah antara kes yang berprofil tinggi dalam sejarah Malaysia kerana penglibatan seorang penganalisis politik yang dikatakan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Abdul Razak Baginda. Sebenarnya, sehari sebelum pembunuhan mangsa telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Dalam laporan tersebut, mangsa telah mengatakan bahawa beliau bimbang akan keselamatan dan nyawanya. Dalam laporan tersebut beliau berkata:

 

“Saya hanya seorang gadis biasa cuba untuk bertemu kekasih saya yang berbohong kepada saya, yang menjanjikan banyak perkara tetapi kini mahu meletakkan saya dalam penjara atau membunuh, mungkin salah saya untuk memeras ugut beliau tetapi saya mempunyai masalah saya sendiri kerana pembohongan beliau. Jika sesuatu berlaku kepada saya, sila semak dengan orang ini. “

 

Kehilangan Altantuya hanya disedari oleh sepupunya pada 19 Oktober 2006, beliau kemudianya telah membuat laporan polis dengan mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Mongolia di Bangkok. Lepas tu masa polis siasat, mereka telah menemui serpihan tulang yang kemudiannya disahkan sebagai Altantuya. Hasil siasatan juga mendedahkan bahawa mangsa telah ditembak dua kali sebelum C-4 digunakan pada mayat mangsa. Akibat daripada letupan yang kuat gila tu, jasad mangsa telah berkecai dan identiti mangsa hanya dapat dikenal pasti melalui ujian DNA melalui serpihan tulang yang bertaburan.

 

Gambar Abdul Razak Baginda bersama isteri dan anak beliau selepas dibebaskan dari pada tuduhan membunuh oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Sumber dari Utusan Malaysia.

Dalam temu bual bersama The Malaysian Insider, Abdul Razak Baginda telah mengakui bahawa beliau mempunyai hubungan sulit bersama mangsa. Beliau juga mendakwa bahawa Altantuya Shaariibuu telah berkali-kali menganggu dan blackmail beliau dan sebab itulah mendorong beliau untuk mendapatkan Timbalan Superintenden Musa Safri untuk membantu.

 

Beliau juga telah mengupah seorang penyiasat persendirian P. Balasubramaniam untuk melindungi beliau dan keluarga. kalau korang nak tahu, DSP Musa Safri ni adalah ketua kepada Azilah dan Sirul, tetapi yang peliknya, pendakwa raya masa kes ni tengah dibicarakan langsung tak panggil beliau sebagai saksi atau tertuduh sepanjang perbicaraan.

 

Proses perbicaraan di Mahkahmah Tinggi Shah Alam akhirnya mendapati bahawa dua orang anggota PDRM, Ketua Inspektor Azilah Hadri, 30 dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35 didapati bersalah kerana membunuh dari bukti fizikal dijumpai di dalam kereta Sirul, rumah Sirul dan akaun yang mereka kedua-duanya hadir di hotel tempat Altantuya tinggal, dan di luar rumah Abdul Razak Baginda pada malam kejadian.

 

Untuk pengetahuan korang, mereka ini adalah anggota Unit Elit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia dan kedua-duanya telah ditugaskan sebagai pengawal peribadi kepada TPM Najib. Walau bagaimanapun, mahkamah telah membebaskan Abdul Razak Baginda di atas alasan kekurangan bukti.

 

Koperal Sirul Azhar Umar sempat melarikan diri ke Australia sebelum keputusan Mahkamah Tinggi dibacakan. Sumber dari Malaysiakini

Namun begitu, Pada 23 Ogos 2013, Sirul dan Azilah telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas kegagalan pihak pendakwaan untuk menyediakan motif yang kukuh untuk kedua-dua lelaki ini membunuh mangsa. Pada 13 Januari 2015 pihak pendakwa mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan dan mereka berjaya membatalkan pembebasan kedua-dua individu dan memutuskan bahawa kedua-duanya bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman mati.

 

Sirul ini kira bijak jugaklah sebab dah plan awal-awal dan beliau sempat melarikan diri ke Australia sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan dibacakan. Usaha oleh pihak berkuasa Malaysia untuk mengekstradisi beliau telah dihalang oleh undang-undang Australia yang melarang ekstradisi individu ke negara-negara dengan hukuman mati.

 

Kes pembunuhan yang penuh kontroversi ini masih lagi menjadi misteri dan telah menimbulkan banyak persoalan rakyat Malaysia dan dunia. Hanya pelakunya saja yang tahu akan apa sebenarnya yang terjadi dan siapa dalang yang bertanggungjawab di atas pembunuhan kejam ini. Sehinggalah ke hari ini, motif pembunuhan gadis Mongolia ini terus menjadi misteri dan masih lagi tidak dapat dirungkai di dalam perbicaraan di ketiga-tiga mahkamah yang telah membicarakan kes tersebut.

2. Adik Nurin Jazlin – pembunuh memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa sehingga menyebabkan kematian.
Nurin Jazlin Binti Jazimin adalah seorang mangsa pembunuhan kejam yang pernah menggemparkan Malaysia. Kanak-kanak yang baru berusia lapan tahun itu pada asalnya dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar basah berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk membeli klip rambut pada malam 20 Ogos 2007.

 

Ini lah gambar adik Nurin Jazlin Jazimin. Pembunuh kanak-kanak ini masih lagi bebas sehingga ke hari ini.

Selepas tidak pulang ke rumah, ibu bapanya jadi risau dan membuat laporan polis. Carian juga telah dibuat pada minggu-minggu berikutnya oleh beberapa pertubuhan termasuk media arus perdana dan NGO. Akhirnya, pihak polis berjaya mencari rakaman CCTV yang menunjukkan beliau diheret ke dalam van putih pada malam beliau dilaporkan hilang.

 

Pada pagi 17 September 2007, masyarakat sekali lagi digemparkan apabila sebuah beg sukan telah ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya dan telah ditemui oleh pemilik kedai tersebut keesokan paginya. Yang menyedihkan, beg tersebut mengandungi mayat adik Nurin yang disumbat ke dalam beg dalam keadaan berbogel.

 

Laporan bedah siasat telah mendedahkan apa yang tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana kanak-kanak, adik Nurin telah didera secara seksual. Lebih sadis lagi masa post-mortem tu, timun dan terung telah ditemui disumbatkan ke dalam kemaluan mangsa menyebabkan rektumnya pecah. Penderaan teruk ini jugalah mengakibatkan beberapa bahagian tubuh Nurin terkoyak dan dijangkiti kuman, lantaran meragut nyawanya.

 

Akibat kesan penyiksaan teruk yang dialami mangsa, ibu bapa Nurin Jazlin tidak dapat mengenal pasti mayat anaknya kerana perubahan dalam ciri-ciri fizikal beliau yang ketara ketika mayat mangsa ditemui. Keadaan bertambah buruk apabila beberapa panggilan palsu daripada orang yang tidak dikenal mendakwa bahawa Nurin berada di bawah jagaan mereka membawa harapan kepada ibu bapa mangsa bahawa anak perempuan mereka mungkin masih hidup.

 

Keratan Akhbar Berita Harian memaparkan wajah ayah dan ibu kepada kanak-kanak malag ini. Sumber dari Berita Harian.

Sifat penyeksaan kejam dan kematian di tangan penyerang yang tidak diketahui telah mencetuskan kemarahan di seluruh negara. Memang kecohlah Malaysia masa itu sebab kes ni diangap sebagai jenayah paling menakutkan yang terjadi dekat negara.

 

Ketua Polis Negara ketika itu, Musa Hassan pada mulanya suruh pihak polis siasat sama ada ibu bapa Nurin Jazlin telah cuai, kesalahan yang boleh membawa kepada pertuduhan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. Namun cadangan ini lagilah menimbulkan kemarahan orang ramai, yang paling menonjol adalah dari Lee Lam Thye, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, yang menjawab bahawa menghukum ibu bapa lagi akan menjadi tak adil.

 

Akibat kes ni dah jadi tumpuan masyarat, polis pun dah tertekan sebab tak ada klu dan akhirnya pada 28 September 2007, sepasukan polis menyerbu sebuah kedai di Seksyen 7, Shah Alam, di mana mereka menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 27 dan 35 tahun berkaitan dengan pembunuhan. Tetapi, wanita tersebut telah dibebaskan selepas disoal siasat, manakala lelaki ditahan reman untuk tahanan polis selama tujuh hari. Walau bagaimanapun, mereka telah dibebaskan tanpa syarat tiga hari kemudian kerana kekurangan bukti.

 

Di sebabkan buntu tanpa petunjuk yang lain, polis kemudiannya meletakkan ganjaran RM10,000 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan pembunuh Nurin. Seorang ahli perniagaan swasta tanpa nama juga bersetuju untuk menambah ganjaran dengan tambahan RM10,000 bagi pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh kejam ini.

 

Jenazah Nurin Jazlin telah disemadikan pada 20 september 2007 di tanah perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Sumber dari mstar

Pada 11 Oktober 2007, polis mengeluarkan dua rakaman video yang dirakam oleh kamera CCTV berhampiran sebuah rumah kedai di Petaling Utama, Petaling Jaya, di mana beg sukan yang mengandungi mayat Nurin berusia lapan tahun ditemui. Rakaman CCTV telah dihantar pada 26 September kepada FBI untuk nak clearkan imej yang kabur. Rakaman pertama telah menunjukkan seorang penunggang motosikal membawa beg sukan (dengan badan Nurin di dalamnya) dan meninggalkannya di rumah kedai.

 

Rakaman kedua direkodkan sejam kemudian menunjukkan seorang wanita yang dilihat melepak di rumah kedai dan kemudiannya diambil oleh tiga lelaki yang tiba di tempat kejadian. Walaupun rakaman telah dipertingkatkan dengan bantuan FBI, bagaimanapun ianya masih gagal untuk mendedahkan wajah penunggang motosikal dan plat lesen motosikal.

 

Untuk maklumat korang, kes ini masih dibuka dan masih tiada pendakwaan dilakukan kerana petunjuk yang sangat sedikit. Identiti lelaki bermotosikal yang telah meletakkan beg berisi mayat Nurin dan penjenayah yang beroperasi dari van putih terus menjadi misteri yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis sehinggalah ke hari ini.
1. Mona Fandey (Datuk Mazlan Idris) – sebahagian kulitnya disiat dan mayat mangsa dikerat 18.

Satu pembunuhan telah berlaku di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang. Namun mayatnya hanya ditemui 10 hari kemudian. Mayat Datuk Mazlan Idris, bekas ADUN Batu Talam Raub Pahang telah ditemui tertanam di dalam lubang sedalam 1.8m di dalam sebuah stor di rumah berkenaan.

 

23 tahun lalu, negara telah digemparkan dengan pembunuhan yang amat kejam dan sadis. Cara yang digunakan penjenayah untuk menamatkan riwayat mangsa berada di luar jangkawan akal fikiran manusia normal dan ianya telah dilakukan tanpa perikemanusian langsung.

Motif pembunuhan yang diketahui adalah kerana tamakkan harta dan wang ringgit. Sebenarn

ya, pembunuhan ahli politik itu telah dirancang awal oleh suspek kejadian Mona Fandey, suaminya Affendi dan seorang pembantunya Juraimi dangan amat teliti berdasarkan lubang yang telah dikorek di dalam stor seminggu sebelum mangsa dibunuh.

 

Keratan Akhbar menunjukan perbicaraan Juraimi Hussin, Affandi dan Mona Fandy di atas kesalahan membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang pada tahun 1993.

Beberapa jam sebelum Mazlan dibunuh, mangsa telah dipujuk untuk mengeluarkan wang hampir RM300,000 dari beberapa bank di ibu negara. Mazlan diberitahu kononnya wang tersebut boleh digandakan tetapi selepas beliau mandi bunga dan hanya dalam tempoh 10 hari selepas pembunuhan itu, pasangan bomoh tersebut telahpun berbelanja sebanyak RM300,000 iaitu jumlah yang sama dikeluarkan oleh Mazlan dari akaunnya di dalam bank.

 

Mangsa dipercayai telah dibunuh pada jam 10 hingga 12 malam, 2 Julai 1993. Mangsa dipercayai ditetak di kepalanya sebanyak 3 kali sehingga terputus. Badan mangsa telah dikerat kepada 18 bahagian manakala beberapa bahagian kulit mangsa telah dilapah.

 

Dikatakan yang mangsa ni pergi mandi bunga untuk kekebalan dan mengukuhkan lagi kedudukanya dalam bidang politik tanah air.

 

Allahyarham Datuk Mazlan Idris adalah mangsa pembunuhan kejam, apabila badanya telah dikerat kepada 18 bahagian.

Masa nak jalankan upacara mandi bunga tersebut, Mona dikatakan menyuruh mangsa berbaring di lantai bilik air dimana mata mangsa telah ditutup. Akibat terlalu taksub dengan unsur-unsur khurafat, akhirnya mangsa telah menjadi korban.

 

Pada mulanya Datuk Mazlan disangka telah diculik disebabkan beliau tak hadir ke meeting di Raub Pahang. Pada 18 Julai 1993, laporan polis telah dibuat apabila dia tak muncul-muncul di beberapa majlis rasmi di Pahang sejak 3 Julai 1993. Sebaik sahaja polis menerima laporan kehilanhgan ahli polik itu, siasatan terperinci telah dijalankan.

 

Penyiasatan dibuat ke atas rumah separuh siap yang didiami oleh pasangan bomoh (Mona & Affendi) yang sering dikunjungi oleh ahli politik itu. Ketika pihak polis sampai ke rumah itu, mereka telah berjaya menahan seorang pembantu pasangan bomoh terbabit iaitu Juraimi untuk siasatan dan hasil siasatan tersebut telah membongkarkan kegiatan mereka.

 

Selepas 2 minggu siasatan dijalankan, pada Julai 1993, Mona dan Affendi telah berjaya diberkas oleh anggota polis dekat Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

Keratan Akhbar Harian Metro pada tahun 1993. Sumber dari Malaysian Digest

Untuk pengetahuan korang, Maznah Ismail atau nama komersialnya Mona Fandey pernah cuba untuk jadi penyanyi dan pernah hasilkan sebuah album pun yang bertajuk Diana I pada tahun 1987 tetapi ianya tidak mendapat sambutan.

 

Ketidakupayaan Mona untuk menyanyi dengan baik dikatakan telah menjadi punca beliau beralih kerjaya kepada bidang pembomohan, dan mereka dikatakan hidup mewah sehinggakan pada satu ketika beliau mampu untuk memiliki sebuah kereta Jaguar. Suami kepada Mona fandey, Nor Afendy Abdul Rahman pula merupakan suami ketiga Mona dan beliau juga pernah menuntut ilmu persilatan di Indonesia.

 

Pada 12 september 1994, bermulalah perbicaraan kes pembunuhan di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang. Mona Fandey, 38 Mohd. Affandi Abdul Rahman, 37 dan pembantu mereka Juraimi Hussin, 24 telah di tuduh dibawah 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman mati mandatori jika disabitkan.

 

Mona Fandey dan Mohd Affandi dikuburkan di kawasan perkuburan Islam di Kajang sementara Juraimi Hussin dikuburkan di kampung halamannya di Port Klang, di kubur Muslim Telok Gong, Selangor.

 

Perbicaraan ini telah membabitkan 7 orang juri. Akibat daripada kekejaman luar biasa si pembunuh, perbicaraan kes ini telah mendapat perhatian luar biasa dari masyarakat Malaysia.

 

Namun begitu, semasa perbicaraan berlangsung, terdapat percanggahan keterangan di antara tertuduhapabila mereka saling berbalah dimana Juraimi menyatakan bahawa Mona dan Affendi yang merancang segalanya manakala di pihak Affendi dan Mona mereka telah menyatakan bahawa sebenarnya Juraimi telah hilang pedoman dan menetak leher mangsa.

 

Mahkamah Tinggi Temerloh akhirnya telah memutuskan pada 1995 ketiga-tiga suspek bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

 

Mereka telah ditempatkan di penjara Kajang selama 4 tahun sementara menunggu hukuman dilaksanakan dan pada tahun 2 November 2001 di Penjara Kajang menandakan berakhirnya riwayat kisah yang cukup popular dikalagan rakyat Malaysia sehingga ke hari ini di atas kekejaman mereka terhadap si mangsa. Mona Fandey juga meninggalkan seorang anak, Mazdiana yang ketika ini telah pun berusia 29 tahun.

 

sumber : soscili

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*