9 Perkara Jahiliyyah Yang Dahulunya Dianggap Sebagai Perkara-Perkara Biasa

Dengan perkembangan teknologi terkini dan cara terbaru untuk membuat kajian, kita mungkin menganggap kita tahu segalanya tentang zaman dahulu kala atau zaman kuno.

Bagaimanapun, lebih banyak kita belajar tentang kehidupan seharian mereka, lebih banya pengetahuan yang akan mengkagumkan kita disebabkan oleh beberapa amalan atau perkara yang dilakukan oleh mereka terlalu unik dan aneh bagi kita di zaman moden.

Seiring dengan peredaran masa, pelbagai perubahan yang telah berlaku sama ada di dalam budaya ataupun di dalam peradaban manusia. Ada yang telah ditinggalkan kerana tidak lagi relevan dan ada pula yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini.

Berikut merupakan 9 perkara jahiliyyah yang dahulunya dianggap sebagai perkara biasa.

#1 Bola kaca dan tanah digunakan untuk mendapatkan payudara yang montok.

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan payudara yang besar dan montok. Bagi mereka, memiliki payudara yang besar adalah seorang wanita yang cantik dan seksi.

Mereka akan menggunakan bola gelas dan getah tanah serta menyapu krim minyak kelapa.

#2 Sistem tandas terbuka.

Jika dilihat pada abad ini, membuang air besar atau air kecil di tempat terbuka adalah perkara yang dianggap normal. Ketika ini, mereka mempunyai sifat semangat kawan yang tinggi sehinggakan buang air besar bersama.

Mereka akan berborak-borak panjang di dalam tandas sambil ‘melabur’.

#3. Mencukur bulu kening apabila kematian seekor kucing.

Kucing dianggap suci dan mulia bagi masyarakat pada abad ini. Menurutnya, kucing yang mempunyai bulu yang halus dan lebat adalah kucing yang tinggi darjatnya.

Sekiranya kucing peliharaannya mati, masyarakat ini akan berkabung dan mencukur kening sebagai tanda kesedihan pada ketika itu.

#4. Meletakkan bawang putih ke dalam alat sulit wanita untuk mengesan kehamilan.

Pada abad ini, mereka masih tidak mengenal tentang dunia perubatan. Ujian kehamilan dilakukan dengan meletakkan bawang putih kedalam alat sulit wanita (vagina) . Sekiranya nafas wanita tersebut berbau bawang putih, maka dia sedang hamil.

#5. Bapa menjual anak lelaki.

Dalam sebuah keluarga, ayah merupakan ketua keluarga yang memiliki kuasa mutlak untuk melakukan sebarang keputusan.

Si ayah akan menjual anak lelakinya untuk dijadikan hamba kepada penduduk lain. Perkara ini hanya boleh dilakukan tiga kali sahaja.

#6. Seorang bapa boleh membunuh anak perempuannya.

Seorang bapa akan memilih suami kepada anak perempunnya. Mereka hanya menurut kata sahaja. Sekiranya anak perempuan ingar akan kata-kata bapanya, maka si bapa akan membunuh anaknya itu.

Jika bapanya mendapat tahu anaknnya menjalinkan hubungan cinta bersama orang lain, bapanya akan membunuh salah seorang daripada mereka- samada anak perempuannya atau lelaki berkenaan.

#7. Golongan wanita tidak boleh meratap kesedihan di upacara pengebumian.

Sekiranya ramai orang yang datang menziarahi kematian, maka si mati merupakan orang yang tinggi darjatnya dan bersifat mulia.

Pada abad ini, golongan wanita tidak dibenarkan mengeluarkan air mata. Mereka harus tabah dan cekal untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

#8. ‘Menebuk’ lubang dikepala untuk membuang roh jahat.

Penyakit yang melanda masyarkat ketika ini seperti sawan, sakit kepala, otot-otot lemah dan muntah-muntah perlu mendapatkan khidmat rawatan dengan segera daripada seorang dukun.

Mereka akan dirawat oleh dukun dengan cara menebuk kepala pesakit untuk mengeluarkan roh jahat (penyakit).

#9. Wanita mewarnakan rambut menggunakan sulfur(belerang)

warna rambut menggunakan sulfur

Manusia telah mewarnai rambut mereka sejak zaman dahulu kala, tetapi kekurangan pengetahuan dalam bidang kimia dan penggunaan bahan-bahan yang salah kadang-kala membahayakan kesihatan mereka.

Mereka juga menggunakan bahan-bahan dari tumbuhan untuk mewarnakan rambut mereka, tetapi kesannya tidak bertahan lama. Orang Yunani dan Rom pula menggunakan pewarna rambut kekal yang terdiri daripada bahan kimia yang berbeza termasuk belerang.

rambut kebiruan dan keemasan

Pada 1700-an, orang Itali gemar merendam rambut mereka yang panjang ke dalam sejenis bahan pencuci beralkali bagi mendapatkan warna keemasan untuk rambut mereka.

Ramai wanita Eropah menggunakan serbuk kunyit dan belerang untuk menjadikan penampilan mereka lebih bergaya. Orang Afghanistan pula percaya bahawa warna rambut mereka yang berbeza dapat menyembuhkan sakit kepala.

Sumber : Taiko

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*