Masih Ingat Lagi Filem Masam Masam Manis ? Jom Lihat Lokasi Dulu VS Lokasi Sekarang Yg Buat Semua Terpegun !

Masam-Masam Manis (ejaan lama Masam2 Manis) merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 21 Ogos 1965.

Filem Masam-Masam Manis diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Sinopsis

Norkiah tiba dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Kawan beliau, Ros, menawarkan kerja di kelab malam sebagai penyanyi. Norkiah menyewa bilik di Lojing Mak Minah.

Sewaktu mengalihkan perabut di dalam biliknya, beliau ditengking kerana membuat bising oleh Cikgu Shaari yang menyewa di bilik bersebelahan. Cikgu Shaari seorang penjawat awam berpangkat guru sekolah rendah di Klang (yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik) serta penyanyi di Copa Cabana Night Club.

Bermulalah episod perkelahian antara kedua-dua orang ini. Suatu hari, Cikgu Shaari dan Norkiah menaiki bas yang sama selepas habis mengajar. Beg duit Norkiah telah dicuri oleh seorang lelaki dan peristiwa ini telah diperhatikan oleh Cikgu Shaari.

Cikgu Shaari berjaya menolong Norkiah dan bermulalah bibit-bibit perkenalan mereka berdua. Prestasi Cikgu Shaari sebagai pendidik semakin bertambah baik. Mereka selalu berjumpa di Zoo negara.

Perkelahian mereka berakhir selepas mereka terpandang antara satu sama lain yang mana selama ini mereka berjiran. Cikgu Shaari dan Norkiah mengambil keputusan untuk berkahwin dan mereka masih tinggal di lojing tersebut.

Cikgu Shaari menyuruh Norkiah untuk berhenti kerja tetapi kontrak nyanyian Norkiah di Silver Tortoise Night Club masih berbaki 3 bulan lagi. Di suatu malam, Cikgu Shaari telah ditawarkan untuk merekodkan lagunya ke dalam piring hitam dengan syarat dia mesti bergandingan dengan seorang penyanyi wanita terkenal Norkiah Hanum di kelab Silver Tortoise.

Cikgu Shaari telah pergi ke Silver Tortoise dan berjumpa dengan Norkiah. Alangkah kecewanya hati Cikgu Shaari yang selama ini dia telah ditipu oleh isterinya. Mereka tidak tinggal sebumbung.

Hal ini membuatkan Salleh dan Rosnah berpakat untuk menyelamatkan rumah tangga Shaari dan Norkiah. Helah Salleh dan Rosnah berjaya lantas Shaari tewas dengan egonya lalu memaafkan dirinya dan menerima Norkiah semula sebagai isterinya.

5 tahun kemudian, Cikgu Shaari telah dinaikkan pangkat sebagai guru besar sekolah dan mempunyai rumah yang besar serta keluarga yang besar dan bahagia.

Filem masam2 manis. lokasi dulu vs lokasi sekarang

Filem masam masam manis adalah hasil karya dari Tan sri P ramlee. Seperti yang diketahui filem filem beliau memang banyak menghiburkan dan menghiasi industri seni tanah air. Filem masam masam manis adalah salah satu filem yang diarah oleh P ramlee. Pengambaran filem ini banyak dilakukan di sekitar kuala lumpur. Dengan memegang watak cikgu Shaari dalam filem tersebut. Didalam video ini kita boleh lihat sekolah yang dijadikan salah satu scene dalam cerita ini.

Kelas yang digunakan untuk murid murid yang membaca cikgu suka main bola hari hari cikgu main bola pun terdapat dalam video ini. Bilik mesyuarat bersama cikgu besar pun turut diberi nama bilik mesyuarat tan sri P Ramlee. Lokasi sekolah tersebut ada ditunjukan didalam video ini semasa lakonan dan juga suasana sekarang. Selain itu kawasan zoo negara tempat cikgu shaari dating pun ada. Tapi apa yang menakjubkan adalah bilik sewa makcik pim pom pet pot ada didalam video ini.

Ia lodge mak minah. Gambar dahulu dan juga suasana bilik itu sekarang. Ini memang dapat mengimbau kenangan zaman kegemilangan Tan sri P Ramlee. Kawasan kawasan lain juga dapat di lihat seperti stadium merdeka. Masjid Universiti Malaya dan juga dewan serta tokong yang terdapat dijalan loke.

Boleh share jika video ini berguna

Kredit kerul nizam

Sila tonton video:

Sumber dari MyLaluLabi

Artikel Berkaitan..

(10 GAMBAR) “DALANG” SEBENAR DISEBALIK KEJATUHAN SENIMAN P. RAMLEE YANG RAMAI TAK TAHU !! JOM SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA ARWAH

Siapa tak kenal dengan lagenda P. Ramlee yang sehingga kini masih lagi dikenali malah diminati oleh generasi baru. Untuk pengetahuan anda semua, sebelum meninggal dunia, P. Ramlee hidup dalam kemiskinan. Ikuti kisahnya.

Dalang Sebenar Disebalik Kejatuhan P. Ramlee

Periuk nasi P. Ramlee ditutup oleh 2 syarikat yang dinaikkan oleh P. Ramlee:

1. Jaafar Abdullah, Eksekutif Shaw Brothers keluar surat memberhentikan khidmat P. Ramlee atas arahan RunRun Shaw dan RunMe Shaw. Ditulis, “Karya P. Ramlee tak bagus..”

2. EMI menamatkan kontrak P. Ramlee, Mrs Devan berkata “Lagu P. Ramlee dah tak laku.. orang tak beli”. EMI Malaysia juga kata kontrak P Ramlee adalah dgn EMI Singapura.

Harus diingat, P. Ramlee pulang ke Malaysia apabila Shaw Brothers yang suruh apabila pekerja Studio Jalan Ampas yang dibayar gaji amat rendah membentuk Union pekerja Melayu dan membuat banyak protes. Lee Kuan Yew arah Shaw Brothers ditutup utk sekat union itu. Apa tujuan LKY?

EMI pula seolah tidak lagi kenang jasa P. Ramlee. Seniman Agung ini telah memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada EMI hasil dari ratusan lagu dan album P. Ramlee, Saloma dll… Kenapa perlu buang terus P. Ramlee? Ikon terbesar industri musik semasa itu? Bukankah kompilasi lagu P. Ramlee dan hasil lirik setta lagu P. Ramlee masih popular?

Itu lah dua punca dari bidang lakonan dan lagu yang telah jatuhkan karier P. Ramlee. Ianya satu bentuk pengkhianatan P. Ramlee adalah seorang pejuang seni yang berjuang memartabatkan budaya Melayu dalam filem dan lagu Melayu fu dalam nyanyian.

Tak cukup dengan itu, wartawan tempatan juga kerap memperlekeh usaha P. Ramlee pada ketika irama Pop Yeh Yeh, Blues, Rock dan Pop sedang meresap ke dalam jiwa anak bangsa. P. Ramlee terpaksa memboikot media yang sering memutarbelit kenyataan nya.

Karyawan pula ramai dengki dan merasakan mereka lebih baik. Apabila P Ramlee tubuhkan PERFIMA bersama HM Shah.. Dan turut disertai Jaafar Abdullah, Jins Shamsuddin dan Salleh Ghani.. Maka BOD putuskan bahawa P. Ramlee tak bagus sebagai pengarah filem kerana ‘tiada kelayakan akademik’.. Maka Jins Shamsuddin yang dilantik jadi Pengarah Filem kerana dia baru balik dengan sijil pengarahan filem dari London.

Maka P. Ramlee dan HM Shah keluar dari PERFIMA pada Februari 1973. Segala usaha P. Ramlee disabotaj. 3 bulan selepas itu, P. Ramlee menjadi bertambah stress apabila menerima saman mahkamah. Beliau menjadi penjamin/guarantor kepada deorang kawan untuk satu pinjaman. ‘Kawan’ ini lesap, P. Ramlee berhadapan tindakan mahkamah yang boleh menjatuh hukum bankrapsi sedang P. Ramlee tidak ada wang untuk tebus diri.

Beliau mengalami kemurungan dan kekecewaan yang amat sangat. Sedang Nasir P. Ramlee pula kawin di usia 19 dan keluar rumah. P. Ramlee kecewa dan marah kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.. Beliau menjadi tidak terurus, tak bercukur sehingga hari tragik itu.. Sedih.. Kecewa.. Stress hampir maksima.

Seminggu selepas menerima surat saman itu P. Ramlee meninggal dunia menjelang subuh 29 Mei, 1973 akibat serangan jantung. Sblm nya beliau mengadu sakit dada dan dalam kesakitan sempat berpesan kepada Sazali.. ” Jaga Mama baik-baik walau apapun yang terjadi…”

Innalillahi Wainna Illaihi Roji’un.

Faham kan kenapa saya share benda ni? Kalau dah faham sila share.

Sumber: www.blogmazeer.com via Bibirbergetar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*