RAMAI TERKEJUT,RUPA-RUPANYA TUN MAHATHIR PERNAH MEMPERCEPATKAN WAKTU SUATU KETIKA DAHULU. RAMAI YANG TIDAK MENGETAHUI FAKTA INI!

Ramai Terkejut,Rupa-rupanya Tun Mahathir Pernah Mempercepatkan Waktu Suatu Ketika Dahulu. Ramai Yang Tidak Mengetahui Fakta Ini!

Ramai Terkejut,Rupa-rupanya Tun.Mahathir Pernah Mempercepatkan Waktu Suatu Ketika Dahulu
Tun Mahathir, ketika menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia, banyak melakukan perubahan yang menongkah arus perdana. Salah satu perubahan kontroversi yang beliau pernah lakukan adalah mempercepatkan masa.

Ya! Mempercepatkan masa.

Pada 31 Disember 1981, jam 11:30 malam, jutaan rakyat Malaysia menyaksikan jam di menara Bangunan Sultan Abdul Samad dipercepatkan 30 minit menjadi jam 12 tengah malam. Semua jam di semenanjung Malaysia juga di arah berbuat demikian.

Kenapa di semenanjung sahaja?

Sebelum tarikh keramat itu, zon masa di Malaysia Barat(MB) dan Malaysia Timur(MT) tidak selaras. MB guna GMT+7.30, manakala MT guna GMT+8. Bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadiran ekonomi negara, Tun Mahathir mahu waktu di seluruh Malaysia diselaraskan.

Beliau telah memilih GMT+8 untuk dijadikan Waktu Piawai Malaysia(WPM). Memandangkan MT memang dah guna GMT+8, hanya jam di MB sahaja terlibat ketika penyelarasan waktu tersebut.

Namun begitu, ramai yang mempertikaikan pemilihan GMT+8 sebagai WPM. Bukankah pusat ekonomi Malaysia pada ketika itu adalah di Kuala Lumpur? Mengapa tidak diselaraskan kepada GMT+7.30?

Pilihan Tun Mahathir itu mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih meluas. Kuasa ekonomi besar di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China dan Taiwan menggunakan zon masa GMT+8, jadi berada pada zon masa yang sama dengan kuasa-kuasa ini dikira akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing.

Anjakan 30 minit kehadapan ni telah menjadikan waktu MB sedikit pelik berbanding waktu di bandar-bandar lain yang terletak berhampiran garis khatulistiwa.

Pelik bagaimana?

Di khatulistiwa, secara ideal, pertukaran siang dan malam berlaku sekitar jam 6 pagi dan 6 petang. Ini menjadikan
siang dan malam sama panjang sela masanya, iaitu masing-masing 12 jam.

Siang berlangsung dari 6 pagi hingga 6 petang, jadi pertengahan waktu siang adalah jam 12. Sebab itu jam 12 digelar “tengah hari”.

Malam berlangsung dari 6 petang hingga 6 pagi, jadi pertengahan waktu malam adalah jam 12. Sebab itu jam 12 digelar “tengah malam”.

Di bandar-bandar yang terletak berhampiran khatulistiwa—Somalia, Jakarta, Makassar, Bandar Seri Begawan, malah di Kota Kinabalu dan Labuan, — matahari terbit sekitar jam 6 pagi dan terbenam sekitar jam 6 petang. Ini hampir ideal.

Di Kuala Lumpur dan bandar-bandar MB pula, matahari terbit sekitar jam 7 pagi dan terbenam 7 petang. Pelik kan?

Oh ya! Tun Mahathir bukan orang pertama yang tukar waktu di Malaysia. Semasa zaman penjajahan beberapa kali zon waktu di rantau ini diubah. British pernah arahkan gunakan zon waktu GMT+7. Zaman penjajahan Jepun, kita guna GMT+9, selaras dengan zon masa Tokyo.

Penyelarasan zon masa bukanlah sesuatu hanya berlaku di Malaysia. Demi kepentingan ekonomi dan pentadbiran, Singapura juga terpaksa ikut berganjak 30 minit kehadapan pada tahun penghujung tahun 1981 itu.

Bayangkan kalau Singapura kekal guna GMT+7.30. Niaya orang Johor yang bekerja di seberang tambak. Setiap hari, selepas melalui kaunter imigresen, kena laraskan semula jam tangan. Tak pun pakai jam di kedua-dua belah tangan. Kanan waktu Malaysia, kiri waktu Singapura. Hahaha

Selain itu, pada tahun 2001, Thailand juga pernah bercadang menukar zon waktunya daripada GMT+7 kepada GMT+8, namun tidak terlaksana. Malah usul tentang penyeragaman zon waktu negara-negara ASEAN pernah diketengahkan dan zon waktu pilihan dalam usul itu adalah GMT+8.

Patutlah orang semenanjung selalu lewat datang temujanji. Lupa nak cepatkan jam 30 minit ketika tahun 1981 tu kot. Tak ikut ‘Jam Mahathir’. Kahkahkah

Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan via Suara Media

.

Ingat Lagi Dengan Julia Rais? Lihat Perubahan Puteri-Puterinya Yang Sangat Mengejutkan Dan Terlajak Cun…

Untuk anda yang tidak tahu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah mempunyai 10 orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Baginda bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah pasangan diraja ini dikurniakan enam cahaya mata, 4 Putera dan 2 Puteri.

Walaubagaimanapun, putera sulung baginda berdua,Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah yang dilahirkan pada 24 Julai 1990 mangkat pada hari yang sama. Pasangan diraja ini juga mempunyai seorang anak angkat lelaki iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah

3 Puteri Diraja Ini Warisi Kecantikan Bonda

Tengku Abdullah juga mempunyai isteri kedua yang juga pelakon veteran terkenal, Cik Puan Julia Rais. Nama Julia Rais sering kali menjadi perhatian suatu ketika dahulu menerusi drama yang dilakonkannya.

Hasil perkahwinan baginda bersama Julia Rais, baginda dikurniakan 3 puteri yang sama cantik seperti bonda mereka. Perkenalkan, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana Tengku Abdull

Kesemua puteri – puteri baginda kini berada di England bersama bonda mereka, Cik Puan Julia Rais.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*