Baru Berusia Seminggu, Ini ‘Amaran Keras’ Abang Siti Aafiyah Kepada Bakal Boyfriend

Majlis tahnik, aqiqah dan pengumuman anak Dato’ Siti Nurhaliza berlangsung meriah semalam sambil ditonton puluhan ribu peminat secara langsung di Youtube. Benarlah, Siti Aafiyah kini menjadi bayi nombor satu Malaysia apabila menjadi anak kepada penyanyi nombor satu negara.

Kehadiran orang baru dalam hidup keluarga Siti dan Dato’ K ini bukan sahaja dinanti-nanti oleh pasangan itu sahaja, malahan abang-abang gadis kecil itu turut meluahkan rasa teruja mereka mempunyai adik perempuan.

Aazief merupakan anak bongsu Dato’ K hasil perkahwinan dengan Tengku Zawyah Tengku Izham. Selain Aazief, 3 orang anak tiri Tokti adalah Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf.

Aazief yang kini melanjutkan pelajarannya di luar negara menyatakan rasa tidak sabarnya untuk berjumpa dengan adik perempuannya itu apabila tiba masanya nanti.

Aazief juga mengucapkan syukur kerana penantian bapa dan ibu tirinya yang mesra disapa Mak Iti akhirnya berbaloi. Ketika dapat melihat Siti Aafiyah untuk pertama kali, Aazief menyifatkan adiknya itu saling tak tumpah seperti penyanyi kesayangan ramai itu dan tidak sabar mahu ‘menggomol’ si comel berkenaan.

Aazief juga menegaskan dia sebagai abang kepada adik yang baru dilahirkan itu akan menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi bakal mana-mana lelaki yang cuba mendekati si adik di masa depan.

Walaupun kedengaran seperti bernada gurauan, sudah tentunya sebagai abang, Aazief dan adik-beradiknya yang lain semestinya akan bersifat melindungi adiknya itu.

Sumber: Aazief Khalid

Kredit; Ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Arena Star

Sumber: Sumber

Via arenastar.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*