Jinjit Beg Tangan Merah Datang Ke SPRM, Netizen “Siasat” Harga Beg Rosmah Dan Ini Hasilnya.

Penampilan isteri kepada bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi menjadi perhatian netizen.

Rosmah yang hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi mengenakan baju kurung rona biru yang dipadankan dengan selendang merah.

Menariknya, perhatian netizen tertumpu kepada beg tangan rona merah Rosmah.

Di laman sosial Twitter, netizen melakukan ‘penyiasatan’ tersendiri mengenai jenis dan harga beg tangan Rosmah.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter bernama @MeowPhone, Rosmah menggunakan beg tangan merah jenama Gianni Versace yang berharga RM5,026.

Rosmah hadir ke pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Ia susulan kenyataan badan anti rasuah itu yang mengarahkan Rosmah hadir pada pagi ini untuk dirakamkan keterangan berhubung perkara berkenaan.

Rosmah yang datang bersama anaknya, Nooryana Najwa dan menantunya tiba di SPRM jam 10.43 pagi dengan menaiki kenderaan Mercedez selepas bertolak dari kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur, tanpa kehadiran polis pengiring.

 

Sumber: Astro Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*