“Mohon Hembuskan Aku Ke Syurga Dengan Doamu,” Menderita Sakit Jantung Dan Masalah Paru-Paru, Luahan Hati Bob Lokman Buat Netizen Sebak

27 Mac – Siapa tak kenal dengan penulis lirik dan juga pelawak terkenal Bob Loman. Beliau ketika ini dikatakan sedang terlantar sakit di Hospital Universiti Institut Teknologi Malaysia (HUITM) di Sungai Buloh kerana menderita sakit jantung dan masalah paru-paru.

Menerusi akaun Twitter salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan Bob Lokmankembali sihat seperti sedia kala. Di akaun Facebook milik Bob Lokman sendiri, beliau meninggalkan pesanan pilu khas buat sahabat dan penyokongnya yang sangat menyentuh hati.

Assalamualaikum Sahabatsss. Aku jumpa doktor lagi hari ni, rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah. Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu.

Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa utk mencari peluang terbaik seterusnya. Sahabatsss, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan, dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai disini, cuma mungkin aku yg akan mendahului dgn faktor yg aku miliki. 

Sahabatsss, terima kasih atas segala bantu dan aku membalas dgn mohon hembuskan aku ke syurga dgn doa mu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz dan aku berpesan dalam kelemahan… pertahankanlah ISLAM kerana itulah benteng terakhir yg aku perjuangkan. 
Bob Lokman. 
16.02
UiTM Sg Buloh.

 

Kredit: siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*