Selepas TMJ “Payung” Barang Dapur Semalam, Harini AEON Terpaksa Ditutup…Eh, Kenapa Pulak?

TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan membantu membelikan keperluan asas sewaktu sesi ramah mesra bersama rakyat Johor, semalam.

Menurut kenyataan di akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail mengeluarkan sejumlah wang untuk membayarkan harga barang-barang keperluan mereka yang sedang membeli-belah di pusat beli-belah AEON Tebrau City.

Dalam kenyataan itu, Tunku Ismail memaklumkan beliau sangat menyayangi rakyat Johor dan segala yang dilakukan adalah kerana kasih sayang itu.

Tetapi, apa yang berlaku selepas itu amat menyedihkan. Seorang netizen berkongsi “aftermath” selepas TMJ belanja orang Johor di AEON. Nak kata teruk, memang teruk la..kesian staff AEON tu..Macam dah dilanggar zombi..

No automatic alt text available.

Image may contain: 3 people, text

No automatic alt text available.

 

Sementara itu, TMJ dalam kenyataannya berkata:

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor. Saya di pihak Johor,” kata beliau seperti yang dipetik dalam kenyataan itu.

Beliau hadir ke pusat beli-belah itu bersama isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam, dan kelihatan tidak kekok bermesra dan mengambil gambar swafoto bersama pengunjung.

Biarpun tidak memperincikan jumlah sebenar perbelanjaan di situ, namun menerusi gambar-gambar yang dikongsi, boleh disimpulkan bahawa jumlah yang dikeluarkan tentunya sangat besar.

 

Kredit: virality666.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*