Skandal Dengan Isteri Orang ??Di Beri Tempoh Masa 24 Jam Pada Syamsul Debat Untuk Memberi Keterangan

SEREMBAN, 26 Mac — Katanya, setakat ini polis juga masih belum memanggilnya untuk memberi keterangan berhubung perkara itu tetapi ia tiada masalah untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Susah nak percaya..tapi dia mesti bersihkan nama dia dengan semua pertuduhan.

“Buat masa ini laporan polis dah dibuat dan saya sedia beri keterangan,” katanya.

Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita seperti mana yang disiarkan media semalam.

“Saya baru balik umrah semalam dan terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan ada laporan polis mendakwa saya mempunyai skandal dengan isteri orang,” kata penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, 41, melahirkan rasa terkejut selepas dihujani pelbagai pertanyaan daripada anggota keluarga sebaik saja pulang dari Tanah Suci Makkah, semalam.

Syamsul Amri, 41, berkata, tuduhan itu tidak benar malah tidak tahu apa isi kandungan dan siapa yang membuat laporan polis terbabit.

“Saya menafikan tuduhan itu. Saya sendiri tidak tahu laporan mengenai apa, motif laporan itu dibuat dan tidak tahu juga sama ada laporan itu bertujuan untuk menjejaskan reputasi saya.

“Saya tidak terfikir ada orang berdendam kerana setiap hari saya berinteraksi dengan ramai orang dan banyak mengadakan ceramah,” katanya pada sidang media di sebuah restoran di Seremban, hari ini.

Beliau yang tiba bersama peguam Datuk T Anandan kelihatan tenang pada sidang media kira-kira 10 minit itu berikutan perlu berkejar ke Kuala Terengganu untuk program jam 9 malam ini.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan mengenai penceramah bebas yang mempunyai skandal dengan isteri orang yang dibuat seorang lelaki di Johor Bahru kelmarin.

Justeru, beliau memberi tempoh 24 jam kepada medima terbabit untuk membuat permohonan maaf atau berdepan tindakan undang-undang.

Pengadu dalam laporan polis dibuatnya mendakwa penceramah terbabit berkenalan dengan isterinya berusia 39 tahun yang tinggal di Johor Bahru melalui laman Facebook sebelum hubungan mereka menjadi lebih rapat dan berhubung melalui telefon.

Lelaki itu turut mengadu pada hujung Disember lalu, mereka didakwa bertemu di sebuah hotel di Seremban sebelum penceramah berkenaan dikatakan meminta wanita itu melakukan seks oral dan memberinya sejumlah wang.

Mengulas lanjut Syamsul Amri turut kecewa dengan tindakan media yang melaporkan mengenai perkara itu dengan profil lengkap dirinya, seolah-olah dia terbukti terbabit.

“Laporan itu jelas tidak menjaga sensitiviti saya dan keluarga terutama ibu yang agak terkesan dengan berita itu. Saya berharap kenyataan ini dapat membersihkan nama saya dan keluarga,” katanya.

Syamsul Amri berkata, meskipun terpalit dengan perkara itu, dia masih menjalankan aktiviti berceramah seperti biasa bagi memenuhi undangan.

“Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini.

“Laporan akhbar tulis ada laporan polis dibuat di Johor Bahru dan kita pun tak tahu siapa, lelaki ke perempuan ke, (dan) orang yang buat tuduhan dan saya tak boleh kata apa cuma kalau tuduhan itu kata libat isteri orang, saya menafikan. Apa tuduhannya pun kita tak jelas,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan seorang pendakwah terkenal disiasat atas dakwaan terlibat skandal dan mengganggu isteri orang.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin dipetik sebagai berkata, siasatan itu dilakukan selepas polis menerima laporan yang dibuat seorang pengadu di sebuah balai polis di Johor, baru-baru ini.

Syamsul Amri berkata beliau setakat ini belum pun dipanggil polis untuk memberi keterangan.

“Laporan media itu seolah-olah saya dah disoal siasat, jadi tidak tepatlah. Saya menafikan. Saya tak tahu apa punca tuduhan ini dan kenapa saya? saya kena bersihkan nama saya,” katanya.

Syamsul Amri berkata pihaknya turut mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada media yang telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam kes terbabit.

“Saya mohon media berkenaan buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya dan itu sewajarnya… dengan tahap sekarang ini, kita tak tahu apa laporan itu, (sama ada) betul ke tak betul ke hujung pangkal.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada penceramah bebas itu dalam tempoh terdekat.

Jom Ikuti Keterangan beliau pada video di bawah.

 

Like Dan Share Info Ini.

 

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*