TERKINI, Najib Razak kesal dengan tindakan pihak berkuasa, Ini Sebabnya.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menyita barangan peribadi di dua unit kediaman keluarganya secara melulu.

Menurut peguamnya, Datuk Harpal Singh Grewal, kondominium pertama didiami anak lelakinya, Norashman Najib dan yang kedua didiami anak perempuannya, Nooryana Najwa atau Gina serta keluarga.

“Dalam serbuan pertama di kondominium yang didiami Ashman, polis menyita beberapa barangan peribadi seperti jam tangan dan komputer riba milik pembantunya, manakala, dalam kes Ashman pula, telefon bimbit, Ipad dan komputer riba lama miliknya disita. Semua barangan itu digunakan untuk tujuan kerja oleh Ashman.

Najib tidak puas hati, dakwa pakaian harian cucu pun dirampas - Peguam

HARPAL: Najib terkejut apabila barangan hadiah perkahwinan Gina turut dirampas.

“Ketika serbuan dijalankan di kondominium Gina, hanya pembantu rumah yang berada di dalam rumah. Ia adalah tindakan yang mengejutkan kerana barangan sitaan adalah milikan peribadi yang dibeli atau dihadiahkan kepadanya sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Kelmarin polis menyerbu dua kondominium Menara A, Pavilion Residences Jalan Raja Chulan.

Harpal berkata, turut mengejutkan adalah sitaan hadiah perkahwinan milik Gina tanpa cubaan mengenal pasti jenis barangan sebelum dirampas.

“Tambah mengejutkan sitaan beberapa pasang kasut dan pakaian bayi yang dibeli untuk anak mereka.

“Namun, Najib dan keluarganya akan terus memberi kerjasama kepada polis dalam siasatan yang dijalankan.

“Selain itu, publisiti meluas berkenaan sitaan itu yang kebanyakannya adalah barang peribadi milik anak Najib sudah memalukan keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Ashman dan Gina sudah hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk permohonan barangan sitaan dipulangkan semula secepat mungkin bagi mengelakkan penghinaan dan tekanan terhadap keluarga.

“Tiada bukti relevan dalam sitaan itu,” katanya.

sumber: hmetro

SUMBER : media2060

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*