Hafizh berada di tangga pertama untuk pelumba muka baharu

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan saingan Grand Prix Argentina di tangga kesembilan ketika tumpuan terarah kepada drama antara Valentino Rossi dan Marc Marquez, awal pagi tadi.

Penamat kesembilan membolehkan pelumba Monster Yamaha Tech3 itu meraih tujuh mata sekaligus meletakkannya berada di puncak kedudukan pertama dalam kedudukan carta muka baharu bagi kelas perdana berkenaan.

Pelumba dari Itali, Franco Morbidelli berada di tangga kedua carta berkenaan dengan enam mata, manakala Taaki Nagakami (Jepun) ketiga, tiga mata selepas dua perlumbaan.

“Syukur saya dapat penamat di tangga kesembilan,” kata Hafizh.

“Saya berada di tangga pertama untuk pelumba muka baharu,”

“Saya memang memberi 100 peratus untuk perlumbaan ini. Saya yakin dengan jentera dari awal hingga akhir saingan. Cuma pada sesi kelayakan agak sukar kerana tidak merasai cengkaman untuk memberhentikan motosikal.

“Jadi dalam perlumbaan, saya meletakkannya sebagai motivasi penuh dan percaya mampu menunggang sehingga tangga kesembilan,” katanya.

Rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco meraih penamat di tangga kedua, manakala pelumba LCR Honda Castrol, Cal Crutchlow muncul pemenang dengan catatan, 40 minit 36.342 saat.

Pusingan ketiga musim 2018 dijadual berlangsung di GP Amerika Syarikat pada 22 April ini.

“Penamat yang bermakna untuk saya. Terima kasih kepada pasukan, krew, keluarga dan peminat. Saya akan buat yang terbaik di Austin nanti dan terus berusaha terutama daripada sudut fizikal,” katanya.

Bharian

Kredit: khabarmalay.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*