3 Cara Paling Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika Anda

Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan terlampau panas memang membuatkan kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.

Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah dan berkesan, ikuti langkah ini. Memang berkesan.

Cara 1

  • Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
  • Sapu rata.
  • Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
  • Kesan hitam hilang dengan pantas.

Cara 2

  • Gunakan garam halus dan surat khabar lama.
  • Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
  • Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
  • Gosok seterika pada garam tersebut berulang kali hingga kesan hitam hilang.
  • Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.

Cara 3

  • Gunakan daun pisang.
  • Ambil sehelai daun pisang muda.
  • Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang tersebut.
  • Gosok hingga kesan hitam tanggal dari seterika.

Cuba komen kaedah mana satu yang korang telah cuba dan berjaya hilang kesan hangus pada seterika. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*