6 Fakta Tentang Kebaikan Bawang Untuk Kesihatan Tubuh Manusia

Orang selalu kata, “Tak elok makan banyak bawang nanti badan berbau…” Tetapi, penulis pasti, selepas anda baca 6 fakta tentang kelebihan bawang kepada tubuh badan manusia ini anda pasti nekad untuk melebihkan penggunaan bawang di dalam masakan harian anda!

Jom Wanista kupas! Apa agaknya khasiat bawang kepada kesihatan kita?

#1 Menghalang Pembentukan Darah Beku

“RUTIN” adalah sejenis sebatian flavanoid yang terkandung dalam bawang dan buah epal. Ia dikatakan sangat berkesan untuk membantu menghalang pembentukan darah beku kritikal di dalam tubuh badan manusia.

Menurut sebuah hasil kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Investigation baru-baru ini, Rutin berfungsi untuk menghalang pengumpulan platelet dalam arteri serta ‘generasi fibrin’ di dalam urat yang menjadi punca utama kepada pembentukan darah beku dalam tubuh.

#2 Melawan Kanser

Para pengkaji dari Universiti Cornell telah melakukan perbandingan antara bawang merah bersama 10 lagi pelbagai jenis bawang lain. Ternyata, bawang berupaya untuk melawan radikal bebas serta menghalang pertumbuhan sel kanser.

Dalam pada itu, kajian itu juga menunjukkan bahawa bawang merah memiliki kandungan bersifat antioksida paling tinggi yang begitu efektif untuk membunuh sel kanser hati.

#3 Meningkatkan Folat

Folat atau lebih dikenali sebagai Asid Folik atau Vitamin B9 memainkan peranan utama dalam menggerak fungsi otak, mental serta kesihatan emosi manusia.

Anda tahu tak, bahawa 1/2 cawan daun bawang cukup untuk menyalurkan 9% keperluan nutrien harian anda? Jadi, makanlah daun bawang sebanyak yang mungkin!

#4 Menguatkan Struktur Tulang

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Medical University of South Carolina mendapati, wanita yang berumur 50 tahun dan ke atas yang mengamalkan pengambilan bawang sekurang-kurangnya sekali sehari memiliki kekuatan tulang sebanyak 5% lebih daripada mereka yang hanya memakan bawang sekali sebulan atau tidak langsung.

Yup! Wanita yang amalkan pengambilan bawang turut terbukti dapat mengurangkan risiko keretakkan pinggul lebih dari 20% berbanding mereka yang tidak pernah makan bawang langsung. WOW!

#5 Mengurangkan Simtom PMS (Pre-Menstrual Syndrome)

Percubaan secara klinikal yang dilakukan di daerah North Dakota pada tahun 1999 menunjukkan bahawa wanita yang mengamalkan makanan yang mengandungi sumber zat nutrisi penuh manganese akan mempunyai perubahan mood serta kejang lebih kurang berbanding mereka yang kurang makan bawang.

Rata-ratanya, bawang mengandungi mineral penting. Sebagai contoh, 1/2 cawan batang daun bawang (leeks) cukup untuk memenuhi 13% keperluan sumber zat nutrisi manganese untuk tubuh anda.

#6 Mengawal Tekanan Darah

Bawang yang juga mirip epal dan buah beri merupakan sumber terbesar kepada ‘Kuersetin Antioksidan’.

Kajian dari University of Utah menunjukkan kuersetin bisa menurunkan kadar tekanan darah dalam diri individu yang menghidap Hypertensi (tekanan darah tinggi).

Malah, ia juga dapat melindungi lapisan pembuluh darah kerana kerosakkan lapisan yang menyelaputi saluran darah boleh meningkatakan risiko penyakit jantung.

Bermula dari hari ini, makanlah bawang banyak-banyak okay? Jangan lupa kongsi artikel ini bersama dengan yang tersayang! Selamat beramal!

Sumber: Islam Itu Indah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*