Perisian ini bantu dapatkan semula gambar yang dipadam

JIKA sebelum ini, pelayar internet mengalami kesukaran untuk mendapatkan data-data lama yang sudah dipadam.

Untuk mendapatkannya kembali, kebarangkalian amatlah tipis.

Namun, untuk carian sama ada gambar atau data-data lama yang sudah dipadamkan, ia tidak lagi menjadi masalah.

Amanz.my menyenaraikan empat perisian yang mampu membantu pelayar mendapatkannya kembali.

Mungkin ramai yang bertanyakan bagaimana perkara ini boleh dijayakan. Kebiasaan, apabila anda memadam sesuatu fail atau dokumen pada komputer, ia hanya memadam fail berkenaan daripada dipaparkan dan melabelkan ruangan berkenaan supaya bebas untuk digunakan bagi simpanan data.

Ini secara tidak langsung membuatkan fail berkenaan masih tersimpan pada ruangan storan sehingga data baru ditulis di atasnya. Perisian-perisian ini membantu anda mendapatkan kembali fail yang telah dipadam dengan menggunakan algoritma khusus untuk mengaksesnya kembali.

Berikut merupakan antara perisian yang boleh membantu anda untuk berusaha mendapatkan kembali fail yang dipadam:

* Recuva

Salah satu perisian daripada pembangun Cleaner, di mana ia menyediakan antaramuka yang mudah difahami oleh ramai pengguna. Anda hanya perlu memulakan Recuva, memilih storan yang ingin dimbas dan jenis fail yang ingin dicari, seterusnya melakukan imbasan untuk fail yang boleh diselamatkan.

* PhotoRec

PhotoRdc memfokuskan untuk mendapatkan kembali gambar digital yang hilang atau terpadam tanpa sengaja daripada cakera keras atau sebarang medium – tetapi turut boleh digunakan untuk pelbagai jenis fail lain. PhotoRec ini ditawarkan bukan sahaja untuk Windows, tetapi untuk Linux dan juga OSX.

* FreeUndelete

Dengan konsep yang lebih kurang sama, dan memfokuskan pengguna Windows sahaja adalah satu lagi perisian untuk mencari kembali fail terpadam, iaitu FreeUndelete.

* Disk Drill

Satu lagi perisian yang turut membantu bagi tujuan sama adalah Disk Drill untuk Windows. Pengguna boleh lakukan imbasan, dan perisian percuma ini membolehkan anda mencari kembali fail sehingga 1GB melalui versi percuma perisian ini.

Memandangkan semua perisian berfungsi dengan keadaan yang lebih kurang sama, maka ia adalah sesuatu yang penting untuk anda tidak membuat sebarang penulisan data baru (seperti pemasangan perisian baru, merakamkan gambar pada kad-SD, dan sebagainya) untuk memastikan kebarangkalian untuk mendapatkan kembali data terpadam adalah tinggi.

Sila share, semoga membantu.

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*